I Will Follow You...(^___^)

Saturday, April 9, 2011

Sadness is Painful

I don't know what to do....



I feel like having a deep cut in my heart..
Its like a bleeding deep inside.....
Worsen day by day...
Deeper night by night....

I don't want to cry anymore...
I need to live my life as before...
I must gain my happiness...
I want my smiles to be the sweetest...

Why would you enter my life...
If you don't care whether I'll survive...
Why did you came closed to me...
If you don't bother if I fall in my journey...

Friends are fun, full of joy
Loves are sweet, full of cares
Sadness are dull, full of pain
I'm a girl, full of feelings...

love, care and joy...I would prefer....
tears, sadness and pain....please don't interfere...


 wahai hati....tenanglah dikau........

Tuesday, April 5, 2011

sahabat sejati......

Apakah erti sahabat sejati?
Apakah erti persahabatan?

Selalunya, kita akan sebut si A atau si B sebagai bestfriend kita. Tahukah kita erti sebenar "bestfriend"??
Apakah yang telah kita lakukan kepada sahabat kita, sehingga kita layak menggelarkan diri sendiri sebagai "bestfriend" orang itu?

Manusia sekarang begitu mudah mengeluarkan kata-kata manis ketika dalam kesenangan. Namun, ketika dalam kesusahan, adakah kita akan tetap teguh dengan janji-janji manis itu? Ataupun, kita akan mengubah pendirian, mengikut kepentingan diri?

Ketika senang, segala perkara dilakukan bersama. Pergi ke kelas, kafe, shopping, dan segala jenis aktiviti akan dilakukan bersama "sahabat".

Ketika susah, sesetengah orang akan mula berubah. Ada yang bertelingkah, menegakkan pendirian masing-masing demi kesenangan diri sendiri. Lebih sanggup meninggalkan sahabat, daripada diri sendiri mendapat kesusahan. Biarkan sahabat terkapai-kapai bersendirian.

Beginikah sikap kita yang kita sendiri gelarkan sebagai sahabat sejati? Tak sanggup berkorban untuk sahabat. Layakkah kita mendapat sahabat sedangkan kita lebih mementingkan diri sendiri? Padahal, kita disarankan oleh agama, untuk menyayangi orang lain, seperti kita menyayangi diri sendiri.

Malulah kita menggelarkan diri sebagai SAHABAT jika perbuatan kita tidak menggambarkan sebagai seorang sahabat.

"Selama ini, ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini. Namun sehingga kini, belum ku temui insan yang sudi memberi sokongan, pengorbanan, dan pengertian......."
"Pilu hati ini, mengenangkan sahabat yang tidak mengerti. Ku amat menyayangi mereka kerana Allah, namun mereka menganggap persahabatan hanya mainan di dunia....."

Saturday, April 2, 2011


boleh pandang2....
jgn pegang2...
duduk renggang2...
bertambah sayang....
biar malu2........
biar segan2.......
kerna malu itu, perisai orang beriman....
lagu ni mmg best untuk didengar dan mnyampaikan mesej yang sangat jelas dan tepat untuk remaja2 zaman skarang....
boleh dikatakan ramai remaja suka lagu ni....siap boleh nyanyi karaoke lagi....tapi, malangnya, ramai yang sekadar menyanyi tapi tak ambil kisah tentang mesej sebenar yang ingin disampaikan melalui lagu ni.....

kenapa? kenapa? kenapa?

takkan tak faham mesej yang disampaikan? lirik2 lagu ini sangat simple dan direct.....takkan la tak terasa walau secebis pun, bila dengar lagu ni? 

sangat2 sedih bila terpandang merpati dua sejoli disana-sini, dengan pelbagai ragam...ada yang pegang2 tangan, ada yang bertepuk-tampar....tak faham betul dengan perangai couple2 ni smua...tak ada rsa malu ke?? orang sekeliling pandang aksi yang menjelikkan 2.....dah tak ada maruah agaknya....

ada sesetengah pasangan remaja yang bercinta tak ingat dunia.....macam dalam dunia ini orang lain tak wujud.... habis semua kawan2 diabaikan..kalau dulu, sentiasa dengan bestfriend, tapi, selepas bercinta, pergi ke mana2 pun dengan buah hati....ke kelas, ke cafe, ke library, ke bilik study....hish.....tak boring ke 24/7 berkepit?? sembang topik apa setiap msa?? setiap mata yang memandang pasti akan mengumpat...bukan dengki, cemburu atau apa2...tapi, cuma menyampah dengan sikap pasangan yang "OVER" ni.....

p/s: post ni sengaja di wujudkan, untuk melepaskan geram kerana dah agak lama sakit mata, setiap kali berjalan di kampus n hostel.....SIAPA MAKAN CILI, SILA MINUM AIR........peace...=)

Saturday, March 26, 2011

Ku Merindu vs Ku Menunggu

Di hari yang amat tenang ini, aku mendapat ilham untuk berceloteh tentang topik plagiat. Sejak dulu lagi warga Malaysia dan Indonesia bergaduh dan saling tuduh-menuduh. Indonesia kata, Malaysia maling, suka plagiat karya, budaya serta cerita dongeng mereka. Malaysia kata, Indonesia plagiat lagu artis Malaysia. Aku tak tahu yang mana betul dan yang mana salah dalam hal ini. Bagi aku, kalau budaya dan cerita dongeng hampir sama, itu perkara biasa sebab kedua-dua negara sangat berhampiran. Serumpun. Tapi, tentang plagiat karya seni, aku rasa memang tak patut berlaku. Tak salah kalau nak nyanyi atau cover lagu karya orang lain, jika dapat kebenaran dari pemilik/komposer lagu berkenaan.

Tentang tajuk aku ni, "Ku Merindu vs Ku Menunggu". Lagu Ku Merindu nyanyian Shah&Ella released tahun 2006 seingat aku. Lagu Ku Menunggu nyanyian Rossa baru aku dengar hari ini, tapi rasanya dah released dalam tahun 2010.
Disini aku sertakan sekali official music video kedua-dua versi.:

Ini video lagu Ku Merindu, nyanyian Shah&Ella...


Ini pula video lagu Ku Menunggu, nyanyian Rossa



Melodi lagunya memang sama tapi dengan  susunan muzik berbeza. Aku memang tak update tentang lagu-lagu terbaru. So, lambat la aku post pasal topik ini. Dalam youtube dan forum, orang malaysia dan indonesia saling memaki-hamun, mencarut bagai nak gila tentang lagu nyanyian rossa dan ella ni.

Antara perkara yang disebut (tak tahu sama ada fakta atau auta) :

1. lagu ini ciptaan komposer indonesia yang bernama Merry LC
2. Merry LC pernah offer the song to a Malaysian's label but tak pernah dapat confirmation.
3. Merry LC claims that she didn't know the song has been released and sang by ella&shah.
4. Ada juga beberapa orang mengatakan, komposer sebenar lagu ini telah menjual karyanya kepada seorang datuk, warga Malaysia.

Setahu aku, kalau seseorang komposer dah MENJUAL karyanya kepada orang lain, karya itu tak boleh di CLAIM sebagai hak dia lagi. Komposer tu juga tak akan dapat royalti untuk lagu yang dah dijual. Basically, the composer has no right on the song anymore. Menjual lagu tak sama konsep dengan memberi lagu untuk dinyanyikan oleh artis. Kalau bagi lagu untuk dinyanyikan artis, hak cipta masih milik komposer dan dia layak mendapat royalti. Kalau lagu/karya dah dijual, hak milik lagu tersebut berpindah kepada si pembeli dan dia boleh buat apa saja dengan lagu tersebut. Komposer tak boleh claim lagu dia diciplak kalau "Si Pembeli" bagi lagu yang dibeli kepada mana-mana artis.

Aku bukan arif sangat pasal benda ni, tapi dulu cikgu sekolah rendah aku pernah jual lagu kepada artis berkumpulan. Lagu ciptaan cikgu aku ni menang pertandingan peringkat kebangsaan dan artis 2 pn, berminat dengan lagu 2. So, lastly, cikgu aku jual lagu dia kepada artis tersebut dan tak pernah claim apa-apa sampai sekarang kerana dia dah tak ada hak keatas lagu 2. Memang lagu 2 karya cikgu aku, tapi dah menjadi hak milik orang lain. Fokusnya disini adalah "HAK MILIK" siapa? bukannya, karya siapa? Same goes to the song, Ku Merindu a.k.a. Ku Menunggu. Lagu ini, specifically, the original melody, menjadi hak milik siapa? Komposer asal atau pun dah dijual kepada orang lain?

Dalam isu yang sebenarnya tak penting ini, aku rasa semua orang tak perlu melenting. Biar komposer asal serta orang-orang yang terlibat sahaja bercakap pasal kes ini. Sama ada nak saman atau apa-apa sekali pun, biar mereka settle sendiri. Orang lain tak perlu menyibuk, maki-hamun sana-sini.

p/s : aku minat kedua-dua versi......

Tuesday, March 22, 2011

Membazir amalan Syaitan...........

hari ni aku nak membebel pasal "membazir"....
selalunya aku tak banyak cakap dan tak suka nak sibuk pasal hal orang lain...tapi, di hari yang mendung ini, aku nak meluahkan perasaan dalam blog aku yang tak ada orang baca nih.....sebabnya, aku dah penat tegur orang, jangan membazir, tapi tak dilayan....kalau aku buat salah kecik habuk sekalipun, bukan main dapat ceramah agama....tapi, bila depa buat salah terang-terangan, mula la nak tegakkan benang yang basah....hampeh....ingatkan dah pandai bab2 hukum agama, tapi, masih buat perkara yang ditegah oleh Islam.....aku ni bukannya hebat sangat bab2 agama ni.....tapi, aku tak suka tengok orang membazir.....

Sekarang ni, aku selalu nampak kawan2 aku membazir air dan  makanan. Kalau dah tau diri 2 tak boleh makan banyak, jangan la beli makanan banyak2. Ini tak, beli barang ikut nafsu....bila makan tak habis, terus masuk dalam tong sampah. tak ke membazir namanya?
Lepas 2, bab air. Bila kita duduk dalam hostel ni, biasa la....air dan elektrik tak perlu bayar....syukur alhamdulillah...tapi, malangnya, ada beberapa orang kawanku yang tak tau bersyukur...aku tau mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada...tapi bila bab air ni, tak tau la kat mana rasa syukur dilemparkan....time basuh baju manually, suka-suki dia buka paip air dan biar air mengalir sampai melimpah-limpah dalam sinki n atas lantai tandas....air sabun tak payah cakap la....penuh merata-rata...macam tengah cuci toilet pun ada....Masa nak bilas baju, biar ja air mengalir tak henti2...Apa salahnya kalau tadah air dalam baldi untuk bilas baju? Kaedah ni memang macam leceh sikit, tapi tak membazir dan tak memenuhkan toilet dengan air. kalau dah malas sangat, guna la mesin basuh yang tersedia di bilik basuh... Setakat rm2 untuk basuh baju, tak la membazir sangat kalau kita bandingkan dengan bergelen2 air melimpah begitu saja ketika basuh baju manually....
Bila aku tegur, suruh jimatkan air, dengan slumbernya dia bagi jawapan macam ni..
"ala...air ni free...tak pe la...tak puas la guna air sikit2...lagipun dah biasa guna air banyak2 masa kat skolah asrama n matrik dulu"
OMG....senangnya cakap.....hello.....ketika senang ni, boleh la cakap macam tu....cuba bayangkan orang yang hidup susah, guna air sungai untuk keperluan harian....mereka sangat hargai air walaupun tak sebersih mana pun......
MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN.......kalau selama ni, dah biasa membazir, cuba2 la berubah bila orang tegur.....ini tak, bagi macam2 alasan yang tak masuk dek akal.....nak kata tak pandai, dah masuk universiti...nak kata tak biasa hidup susah, padahal asal dari kampung je....hmm...tak tau nak kata apa dah.....maybe dia memang dah terdidik sejak sekolah asrama untuk membazir air macam 2....tak paham la dengan manusia macam ni....mungkin aku berbeza dari mereka yang suka membazir kerna aku sekolah biasa2 saja....sepanjang aku berada disisi parent ketika zaman sekolah, aku tau betapa susahnya nak bayar bil kalau guna air secara berlebihan....dan aku telah di didik untuk tidak membazir walaupun bukan aku yang perlu bayar bil.....arghhhh.....speechless sudah..........sampai bila mereka mahu membazir? AKU BENCI ORANG YANG MEMBAZIR....................