I Will Follow You...(^___^)

Friday, July 22, 2011

Aku juga begitu.....

Apakah erti tajuk ku kali ini? jeng jeng jeng.......haa...post kali ni tercetus setelah aku bca entri kat blog Cahayachenta...kisah dia dapat kos yang tak diminati, sama seperti aku...ya, aku juga mengalami keadaan yang sama....aku dapat kos yang tak diminati, tak dikenali..Tapi, itulah pilihan yang aku ada......

Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku tetapkan sendiri segalanya. mak dan ayah aku tak pernah paksa. Aku memilih untuk ke sekolah yang agak baru dibuka ditempatku. Walaupun aku mendapat tawaran ke sekolah lain yang menawarkan kelas sains, tapi aku lebih memilih kelas muzik di sekolah ini. Ya, satu-satunya sekolah yang menawarkan kelas muzik di daerah Kerian. Tak mungkin aku lepaskan peluang yang terbentang didepan mata. Aku memang dah lama impikan untuk belajar muzik (walaupun sebenarnya ramai orang tak sokong keputusan aku). Aku juga menolak tawaran cikgu ku, untuk masuk kelas arab.

Di sekolah ini la aku belajar mengenali erti persahabatan. Dan kerana sahabat juga, aku lakukan perkara2 yang agak bodoh. Aku selalu bagi orang lain meniru jawapanku dalam exam. Aku selalu dapat no1 dalam kelas dan aku tak mahu digelar kedekut. So, aku benarkan kawan2 aku meniru. Nasib aku agak baik, tak tertangkap oleh cikgu. 

Tahap meniru dalam kelas aku memang sangat teruk. Ramai yang bertukar2 kertas/nota kecil. Selalunya tempat duduk aku telah ditetapkan ditempat paling strategik, supaya ramai yang akan dapat meniru aku. Untuk paper objektif, kelas aku ada bahasa isyarat tersendiri. Hanya kami yang tahu. Untuk paper subjektif, kertas jawapan akan bertukar tangan. Aku pun agak pelik, cikgu tak pernah perasan perbuatan bodoh aku dan kawan2ku. Berdosanya aku membantu mereka menipu dalam exam.

Aku bersyukur sangat kerana dapat 8A dalam PMR. Bukanlah niatku untuk berbangga. Tapi, layanan terhadapku berubah setelah result PMR diumumkan. Setelah aku mendapat hadiah dihadapan perhimpunan sekolah, orang yang dulu tak suka berkawan dengan aku sebab aku dari kelas budak2 nakal, sudah mula mendekati aku. Orang yang pandang sinis dan anggap aku pelajar lemah dalam pelajaran mula tunjukkan riak benci kerana keputusan. Tapi, aku tetap aku. Budak dari kelas paling nakal.

Dalam tingkatan 4, aku terpaksa masuk kelas sains tulen (biologi). Aku dipaksa kerana result PMR aku 8A dan tak ramai pelajar yang berminat dengan aliran sains. Hanya 13 pelajar dalam kelas aku dan hampir kesemua mereka dari kelas arab. Mereka yang selalu mempersenda aku ketika form1 sampai form3, kini menjadi classmate aku. 

Aku melakukan kesilapan terbesar apabila terlalu rapat dengan seorang rakan yang bergaul bebas. Aku ikhlas berkawan dengan dia kerana orang lain meminggirkan dia. Aku mula belajar ponteng kelas, tapi Allah S.W.T melindungi aku. Aku sentiasa berasa takut apabila nak ponteng kelas. Dan selalunya aku akan berikan pelbagai alasan kepada rakan ku supaya aku dapat mengikuti kelas. Tapi, aku lebih banyak bersembang daripada belajar didalam kelas. PADAN MUKA aku. Selalu gagal add.math dan kimia. Aku tak dapat memahami langsung topik2 untuk subjek killer 2. 

Masa form4 ni la aku cuba ikut rakan ku. Main2 cinta. Tapi, aku rasa terkongkong. Dan aku tamatkan hubungan yang baru 4bulan. Dalam 4bulan, aku dah banyak membuang masa dengan handphone. Pelajaran terabai. Dan aku menyesal sehingga ke hari ini.

Selepas dapat result SPM, aku sedikit kecewa dengan diri sendiri. Aku dapat 6A, 2B, 2C. Ya, aku dapat C untuk add.math dan kimia. Bio dan fizik aku dapat B. Aku mengejek diri sendiri. Nama ja masuk kelas sains, tapi subjek sains semua tak dapat A. Aku mengulangi ejekan ku setiap hari. nasib aku agak baik. Aku dapat tawaran ke matrik walaupun ada 2C untuk subjek penting. Aku ragu2 untuk masuk matrik. Tapi aku terpaksa sebab tak dapat langsung tawaran diploma. Maybe sebab aku tersalah isi borang (haha..).

Aku berusaha keras di matrik. Aku tak nak gagal kimia dan maths. Aku berjaya memahami kimia. Tapi, maths tetap tak difahami. Maths kat matrik memang macam add.math kat sekolah. Aku cuba sedaya upaya untuk memahami maths, tapi tak berjaya. Dalam kelas 13orang pun aku susah nak faham, inikan pula dalam kuliah lebih dari 100 orang. Result sem1 aku, alhamdulillah, tak mengecewakan. Aku dpat 3.80 Namun, kegagalan aku untuk memahami maths memakan diriku. Result sem2 jatuh seperti buah durian gugur ke tanah. Dan akibatnya, result keseluruhan aku cuma 3.47. 

Aku risau kerana aku takkan dapat masuk ke universiti idaman aku, untuk kos yang menjadi impian ku. Pilihan pertama aku dalam UPU, forensik. Kawan2 aku kata aku gila, tapi aku memang minat. Aku rasa tak ada kos sains lain yang memenuhi citarasa aku melainkan forensik. Aku tak pernah minat untuk menjadi doktor atau apa2 yang berkaitan dengan merawat manusia. Aku takut untuk bermain dengan nyawa manusia. 

Aku dapat tawaran kos biotech di kolej swasta sebelum keputusan UPU keluar. Aku pernah isi borang untuk kolej 2 ketika minggu kerjaya di matrik. Tawarannya agak hebat. Ijazah Biotechnology 4 tahun. 2tahun di M'sia dan 2tahun lg di USA. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej, seperti scholarship. Tapi aku dalam dilema. Memang aku meminati biotech tapi aku masih mengharapkan kos forensik. Akhirnya aku abaikan tawaran kolej 2. Seperti selalu, mak aku tak membantah. Ayah ku tak memaksa. Tapi, aku bimbang tentang UPU.

Kebimbangan aku memuncak setelah keputusan UPU keluar. Aku dapat Kos Fisioterapi UiTM. Kecewa, sedih dan pelbagai perasaan bercampur baur. Mak aku sarankan aku untuk masuk UiTM. Aku tak pernah tahu apa itu fisioterapi tapi aku tahu, aku perlu berdepan dengan ramai orang, aku perlu merawat orang. Itulah perkara yang paling aku takut. MERAWAT MANUSIA..!!!! Berhari2 aku menangis seorang diri. mempersoalkan, mengapa aku dapat pilihan ke7. Aku tak menyangka akan dapat pilihan yang hampir terakhir. Tapi, akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran UiTM. Aku tak sanggup mengecewakan keluarga aku. 

Di UiTM, perjalanan yang berliku menanti aku. Aku sangat susah nak adapt dengan kos ini. Sangat mencabar diriku. Aku selalu menyembunyikan perasaan sendiri. Adakala, aku mahu berhenti belajar. Banyak kali aku terfikir untuk tukar kos. Aku tak ada tempat untuk mengadu kerana aku sangat susah untuk berkongsi perasaanku dengan orang lain. Roommate ku pula dah berhenti dari UiTM setelah dapat tawaran kos medik di Indonesia. 

Ketika sem2, aku masih terfikir nak tukar kos, sebab aku rasa tak mampu catch-up dengan subjek2 untuk kos ini. Result sem1&2, hanya 3.01. Result sem3, sangat mengecewakan. Tiada angka 3 dihadapan. sangat rendah!Aku gagal 2 subjek! Aku rasa seperti kepala ku diketuk dengan kayu besbol. Pening. Apa perlu aku cakap kepada keluarga ku? Sehingga hari ini, setelah tamat sem4 dan clinical posting yg pertama, hanya mak aku yang tahu tentang result sem3 aku. 

Mak aku amat memahami, sememangnya aku telah berusaha, tapi ini saja yang aku mampu. Result sem4 tak membanggakan, sekadar cukup untuk menaikkan sedikit pointer, menghampiri angka 3.

Clinical posting yang pertama memberikan aku sedikit semangat untuk lebih berusaha, setelah aku merawat pesakit sebenar. Alhamdulillah, aku masih pelajar fisioterapi UiTM. Aku tak menyesal terima tawaran ini. Aku tak akan memandang rendah dengan UiTM lagi. Dulu, mereka kata UiTM tak bagus, aku percaya. Tapi setelah aku masuk UiTM, aku rasa, inilah universiti terbaik untukku.

UiTM dihatiku.........=)

p/s : kisah ku ini tak pernah diceritakan secara detail kepada sesiapapun. hanya mereka yang membaca blog aku akan mengetahui.

Friday, June 3, 2011

1st time g PRAKTIkAL.....!!!!

fuhhh...dh lama aku tak melawat blog ni...sejak praktikal n broadband pun tak berbayar.....hihih...
ni 1st time aku praktikal....hospital yg tak berapa besar, tapi, bleh tahan ramai gak pesakit....

1st month, aku akan berbakti di dalam gym..hehe.....seronok sebab tak payah jalan2 ke wad....tapi, seram sebab banyak penyakit yang aku tak tau....nak prescribe exercise pun teragak-agak....ntah pape la aku nih...tu la, masa dalam kelas, tak nak belajar betul2....kan dah susah time praktikal....huhu...

dalam gym ni, byk kes neuro n ortho.....kes ortho byk variety, mcm fracture, dislocation, OA, RA n septic arthritis.... tp neuro, stroke je.....segala jenis penyakit lain, tak dijumpai...hmm...tak de rezeki nak tengok kes2 yg lain ckit dr stroke....

sejak berpraktikal ni, aku jumpa macam2 jenis manusia, yg baik, yg peramah, yg periang..tp, ada jugak org yg kejam, tak berhati-perut, tak mesra alam.....

patut kah seorang yg dh berpengalaman bekerja di hospital membandingkan dirinya dengan kami, student yg bru first time praktikal....aku n sahabat2 ku baru mula mngenali suasana sebenar di hospital, tapi, 2nd day praktikal pn dh kena sembur mcm2....

ada pula seorang staff yg tak nak layan@memberi tunjuk ajar kepada sahabatku, dengan alasan dia tak suka stdent dr UITM.....teruk sangatkah UITM?kenapa dia sgt2 membenci kami? terkilan, tapi, tak mampu utk buat apa2....hanya boleh tahan telinga.....

setakat inilah pengalaman aku selama 2mggu berpraktikal....ada lg 6minggu...sabarlah wahai hati......=)

Monday, May 9, 2011

terkejut....surprised....speechless....

hari ini, aku rasa "kejutan" berganda.... Ni bukan kejutan bithday or what so ever...tapi, ada 3 perkara yang bagi aku amat tak patut berlaku dalam dunia ni....

1) Hari ni aku ada practical exam...macam biasa la ada komen2 n rasa tak puas hati dalam kalangan kawan2 aku...antaranya

  • Pertama, budak2 yang jadi model tak nak bagi kerjasama. Mereka menganggap, candidates for the 1st round dah bagi jawapan yang betul, padahal, not necessarily. Bila dh candidates for 2nd round masuk cubicle, ada beberapa model ni, buat2 pandai macam dah tau segalanya. Tak benarkan candidate buat teknik yang betul, kerana teknik tersebut berlainan dari candidate yang 1st round...Hello!! this is our exam, not yours. Awak 2 model je....ikut je la apa arahan yang diberi. Kalau awak betul2 tau teknik yang kitorg nak buat, xpe la...Ini x, you don't even know our syllabus....!!!!
  • Kedua, still pasal praktikal exam, ada examiner yang melempar pemadam ke arah candidate sebab candidate teragak2 nak bagi jawapan. Ini lagi satu masalah. Aku rasa, kalau dalam exam, tak ada manusia yang patut marah kalau student ambil masa untuk berfikir. For each cubicle, student are given 8minutes. So, we can take our time to answer the question. You don't have to push us so much. Kerja examiner hanya bagi markah, dan boleh tegur kalau ada apa2 kesalahan, tapi, jangan la sampai baling2 barang. Itu dah menjatuhkan maruah student n memalukan student depan orang lain. And the most important thing is,ia dah mematahkan semangat student dan menyebabkan student gelabah untuk cubicles yang seterusnya.
2) Perkara ketiga berkaitan kes buli. Aku terbaca kat blog Maria Elena pasal pelajar sekolah yang dibuli dan ada orang yang upload video kat YouTube. Tidak ku sangka, ganas betul budak2 perempuan sekarang. Sanggup buli kawan sekelas, potong2 rambut, tampar bertubi-tubi, tarik2 rambut. Lebih ganas dari yang aku pernah tengok dulu. Semakin parah nampaknya disiplin pelajar sekolah. Sangat-sangat menakutkan. Kesan mangsa buli 2. Aku tak faham, mana pergi cikgu2, classmates yang lain, takkan tak ada orang lain yang nak tolong? Takkan tak ada orang yang lapor kat cikgu masa kejadian buli 2 berlaku? Atau, semua orang turut jadi penonton aksi tak berperikemanusiaan 2? Huh.....sedih aku tengok video 2, hampir mengalir air mataku. Semoga orang yang membuli, yang merakam video, dan yang hanya menjadi penonton aksi melampau 2 diberi tindakan yang keras oleh pihak sekolah dan kementerian pelajaran.



Semalam, aku baru tengok video tentang anti-buli...sedap suara kumpulan ni..hayati lah liriknya. Versi asal nyanyian Pink, dan versi cover, oleh Ahmir.


Monday, May 2, 2011

short post...

disebabkan tak bayar broadband, aku dah tak boleh online...so, selepas dah bayar nanti, aku akan teruskan merepek kat blog ni...tapi, buat masa sekarang aku nak tumpukan perhatian kepada exam...(kononnya laaa...haha)

hidup aku tak la serabut sangat bila tak boleh online ni...sebab tak ada "SUARA" yang memanggil2 aku untuk on laptop....ahhaahahah.......aku nak study betul2.....harap2 sem ni tak seteruk sem lepas....

Ya Allah...bantulah hambaMu ini.....

Wednesday, April 27, 2011

Tegur salah...tak tegur pun salah...

Hari ni aku nak meluahkan perasaan....bukan pasal cinta, tapi pasal kawan2...
haa...ni dh post ke-3 kot pasal kawan...
Aku rasa, ramai lagi orang yang ada masalah, sama macam aku...
Macam yang aku pernah post dulu, pasal kawan aku yang suka membazir air....hari ni, still tentang masalah yang sama....MEMBAZIR air......
Aku cuma menegur (untuk kali yang ke berapa pn aku tak ingat), dengan harapan, dia akan berusaha untuk berubah...tapi sebaliknya yang berlaku...ayat yang sama still dia gunakan....

        "Dah terbiasa la...nak buat macam mana..."

ish...geram aku dengar ayat, macam 2...the main point bukan pasal dah terbiasa atau tak, tapi, cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik...takkan 2 pun tak faham...kalau nak bercakap pasal agama, dia lebih arif berbanding aku...takkan tak tahu, MEMBAZIR ADALAH AMALAN SYAITAN....

Lepas aku tegur 2, mula la tarik muka....terus diam membisu, tak cakap dengan aku dah.....suka hati la kalau nak terasa...selama ni aku terasa dengan dia, aku tak tarik muka pun...
Then, tiba2 aku dapat sms...dia kata, mintak maaf kalau aku terasa hati masa dia tarik muka tadi...n dia cakap lagi, dia rasa sedih bila aku tegur....dia rasa macam dia budak2 yang sentiasa perlu di ajar...n dia terasa macam tak berguna...

Aku tak paham kenapa sampai ke situ pulak dia fikirkan...Dalam Islam pun, kita digalakkan saling tegur menegur sesama kita, bukan bermakna bila ditegur, kita memang manusia paling teruk....Teguran cuma untuk tujuan mengingatkan.....takkan tak tahu...pelik betul....dah la..malas aku nak tegur lagi...lepas ni, kalu bil air umah sewa melambung tinggi, jangan tanya kenapa...kalau tanya jugak, nantikan jawapan terbaik dari aku......

Mood : kecewa+sedih+keliru......=(