I Will Follow You...(^___^)

Showing posts with label AkuTetapAku. Show all posts
Showing posts with label AkuTetapAku. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Overdose Kesibukkan

Assalamualaikum.....
Ada orang tak? (bajet macam pergi rumah orang..)

uhuk..uhuk...dah berhabuk rupanya blog aku ni... Kesian...hahah

Dari dulu aku berhajat nak update blog secara konsisten. Tapi malangnya, aku terlalu sibuk sem ni sampai tak sempat nak merepek kat dalam blog ni. hohoh.. Biasa la...student final year memang banyak kerja... final year project (FYP), assignment yang bertimbun, presentation.... Macam-macam ada...

Sem ni, semua assignment nak gaya mini-research. Tak cukup dengan BIG research yang buat aku migraine hari-hari tu, ditambah pula dengan mini-research untuk subjek-subjek sem ni. Sekarang tengah study week dan aku masih lagi meneruskan FYP. Nak siapkan data analysis dan discussion. Exam dah dekat, buku tak didekati pun. HAMPEH!

Dah la... Malas nak merepek banyak-banyak. Otak asyik fikirkan FYP je. Kbai....hehu....

Monday, June 18, 2012

Pesanan dari mak, yang membuatkanku terkejut..

Assalamualaikum...

Kali nie, nak cerita tentang perbualanku dengan emak tersayang..
Ketika cuti hari gawai yang lepas, aku balik kampung, di Perlis.
Macam biasa laa...lepak2 depan TV, sembang-sembang dengan mak..
Tetiba keluarlah topik hangat...

Mak : Hg dh ada boyfren ka?

Haiya....soalan cepu cemas plak dah.....dengan slumber, aku jawab

Aku : Tak dak...awat mak?

Mak : Tak bekenan kat sapa2 ka?

Aku : errr......tak....(sambil cuba taknak senyum...kih3...)

Mak : mak bukan apa...tak mau hang kawen lambat ja....

Lepas 2, keluarlah pesanan yang menggelikan hatiku......hahah

Mak : Cari la calon...berkenalan dulu...kawan2 ka....nanti kalo dh kerja, dah tak dak masa nak cari calon...mak ni teringin nak dapat menantu....kalo habes study nanti, nak kawen trus pun tak pa...

Aku :hah? mak biaq betoi....hahahahhaha


Aku hanya mampu tergelak dan tersengih...disebabkan mak dah tak larat suruh abang dan kakakku cari calon, sekarang, aku pulak yang jadi mangsa.....haishhh.....camno nih?

Aku bukannya tak nak kahwin, tapi, sememangnya aku tak jumpa calon lagi...heehee...
Dan, bukan mudah nak mencari calon untuk memimpinku di alam perkahwinan.....

p/s : ini bukan entri untuk mencari calon, okeh?? hahahahah....

'Laksamana Sunan'ku milik orang lain..

Haaa... ape ke hey nye yong? kemain lg tajuk kome....

Disebabkan tengah sibuk nak exam ujung bulan nie, otakku pun seperti tak centre..kih3..
Sekarang nie rasa macam nak balik rumah...tak nak fikir pasal exam...buat sakit kepala ja...walaupun cuma 2 paper...:p

Berkenaan tajuk diatas, aku ada ter'jatuh-suka' kat seseorang persis Laksamana Sunan, yang dalam novel Ramlee Awang Mursyid 2....bukan dia pandai bersilat atau berlawan..tapi, karakter dia yang menghormati orang lain, percakapan dia yang penuh sopan santun serta sifat rendah diri yang ada padanya...fuyooo...kemain lagi puji mamat 2....

hishhh...dah2...dia 2 bukan milikku...walaupun aku ingin menjadi 'Sang Ratu' untuk 'Laksamana Sunan', tapi itu sesuatu yang mustahil..kerna ku tahu, hatinya sudah dimiliki...kbai...


p/s: mood jiwang sat....esok nak jd hensem plak....heheheh...=D

Saturday, October 22, 2011

Sahabatku......


Hari ini ku menangis lagi
Aku kecewa, terluka
Kerna sahabat ku kini
Pergi menjauhi

Bukan aku tak cuba,

bukan aku tak berdoa
Supaya persahabatan kita,
kekal harmoni selamanya


Namun apakan daya
Aku insan biasa tak punya apa-apa
Dan, kau tak pernah cuba
mengerti apa yang ku rasa


Aku mencari sahabat sejati
yang bisa bersamaku
Bukan sekadar didunia, 
tapi juga diakhirat sana


Kini ku sedar, kau bukan yang ku cari 
Aku hanya penyeri disaat kau sendiri
Kau melangkah pergi disaat aku berduka
Kau kembali pabila tiada teman berbicara


Kau bukan sahabat sejati
Aku ditolak ketepi 
setelah kau jumpa teman baru
Kini, dialah keutamaanmu


Kau bukan sahabat sejati
Aku dibiarkan menangis sendiri
Tanpa teman disisi
Sepi


Bukan niatku untuk mengungkit
Tapi sekadar meluahkan
Segala rasa yang terpendam
Tak mampu ku tuturkan


Aku cuma insan biasa
Tak punya apa-apa
Aku tak ingin menangis lagi
Aku akan pergi menjauhi


Terima kasih atas segalanya
Takkan ku berpaling lagi
Tak inginku mengganggu mu lagi
Kaulah sahabat yang ku sayangi....


(Hak cipta terpelihara : Nur Qaseh)




p/s : aku bukan ahli sastera..tak mampu berpuisi bermadah segala...sekadar luahan hati yang lara...

Friday, July 22, 2011

Aku juga begitu.....

Apakah erti tajuk ku kali ini? jeng jeng jeng.......haa...post kali ni tercetus setelah aku bca entri kat blog Cahayachenta...kisah dia dapat kos yang tak diminati, sama seperti aku...ya, aku juga mengalami keadaan yang sama....aku dapat kos yang tak diminati, tak dikenali..Tapi, itulah pilihan yang aku ada......

Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku tetapkan sendiri segalanya. mak dan ayah aku tak pernah paksa. Aku memilih untuk ke sekolah yang agak baru dibuka ditempatku. Walaupun aku mendapat tawaran ke sekolah lain yang menawarkan kelas sains, tapi aku lebih memilih kelas muzik di sekolah ini. Ya, satu-satunya sekolah yang menawarkan kelas muzik di daerah Kerian. Tak mungkin aku lepaskan peluang yang terbentang didepan mata. Aku memang dah lama impikan untuk belajar muzik (walaupun sebenarnya ramai orang tak sokong keputusan aku). Aku juga menolak tawaran cikgu ku, untuk masuk kelas arab.

Di sekolah ini la aku belajar mengenali erti persahabatan. Dan kerana sahabat juga, aku lakukan perkara2 yang agak bodoh. Aku selalu bagi orang lain meniru jawapanku dalam exam. Aku selalu dapat no1 dalam kelas dan aku tak mahu digelar kedekut. So, aku benarkan kawan2 aku meniru. Nasib aku agak baik, tak tertangkap oleh cikgu. 

Tahap meniru dalam kelas aku memang sangat teruk. Ramai yang bertukar2 kertas/nota kecil. Selalunya tempat duduk aku telah ditetapkan ditempat paling strategik, supaya ramai yang akan dapat meniru aku. Untuk paper objektif, kelas aku ada bahasa isyarat tersendiri. Hanya kami yang tahu. Untuk paper subjektif, kertas jawapan akan bertukar tangan. Aku pun agak pelik, cikgu tak pernah perasan perbuatan bodoh aku dan kawan2ku. Berdosanya aku membantu mereka menipu dalam exam.

Aku bersyukur sangat kerana dapat 8A dalam PMR. Bukanlah niatku untuk berbangga. Tapi, layanan terhadapku berubah setelah result PMR diumumkan. Setelah aku mendapat hadiah dihadapan perhimpunan sekolah, orang yang dulu tak suka berkawan dengan aku sebab aku dari kelas budak2 nakal, sudah mula mendekati aku. Orang yang pandang sinis dan anggap aku pelajar lemah dalam pelajaran mula tunjukkan riak benci kerana keputusan. Tapi, aku tetap aku. Budak dari kelas paling nakal.

Dalam tingkatan 4, aku terpaksa masuk kelas sains tulen (biologi). Aku dipaksa kerana result PMR aku 8A dan tak ramai pelajar yang berminat dengan aliran sains. Hanya 13 pelajar dalam kelas aku dan hampir kesemua mereka dari kelas arab. Mereka yang selalu mempersenda aku ketika form1 sampai form3, kini menjadi classmate aku. 

Aku melakukan kesilapan terbesar apabila terlalu rapat dengan seorang rakan yang bergaul bebas. Aku ikhlas berkawan dengan dia kerana orang lain meminggirkan dia. Aku mula belajar ponteng kelas, tapi Allah S.W.T melindungi aku. Aku sentiasa berasa takut apabila nak ponteng kelas. Dan selalunya aku akan berikan pelbagai alasan kepada rakan ku supaya aku dapat mengikuti kelas. Tapi, aku lebih banyak bersembang daripada belajar didalam kelas. PADAN MUKA aku. Selalu gagal add.math dan kimia. Aku tak dapat memahami langsung topik2 untuk subjek killer 2. 

Masa form4 ni la aku cuba ikut rakan ku. Main2 cinta. Tapi, aku rasa terkongkong. Dan aku tamatkan hubungan yang baru 4bulan. Dalam 4bulan, aku dah banyak membuang masa dengan handphone. Pelajaran terabai. Dan aku menyesal sehingga ke hari ini.

Selepas dapat result SPM, aku sedikit kecewa dengan diri sendiri. Aku dapat 6A, 2B, 2C. Ya, aku dapat C untuk add.math dan kimia. Bio dan fizik aku dapat B. Aku mengejek diri sendiri. Nama ja masuk kelas sains, tapi subjek sains semua tak dapat A. Aku mengulangi ejekan ku setiap hari. nasib aku agak baik. Aku dapat tawaran ke matrik walaupun ada 2C untuk subjek penting. Aku ragu2 untuk masuk matrik. Tapi aku terpaksa sebab tak dapat langsung tawaran diploma. Maybe sebab aku tersalah isi borang (haha..).

Aku berusaha keras di matrik. Aku tak nak gagal kimia dan maths. Aku berjaya memahami kimia. Tapi, maths tetap tak difahami. Maths kat matrik memang macam add.math kat sekolah. Aku cuba sedaya upaya untuk memahami maths, tapi tak berjaya. Dalam kelas 13orang pun aku susah nak faham, inikan pula dalam kuliah lebih dari 100 orang. Result sem1 aku, alhamdulillah, tak mengecewakan. Aku dpat 3.80 Namun, kegagalan aku untuk memahami maths memakan diriku. Result sem2 jatuh seperti buah durian gugur ke tanah. Dan akibatnya, result keseluruhan aku cuma 3.47. 

Aku risau kerana aku takkan dapat masuk ke universiti idaman aku, untuk kos yang menjadi impian ku. Pilihan pertama aku dalam UPU, forensik. Kawan2 aku kata aku gila, tapi aku memang minat. Aku rasa tak ada kos sains lain yang memenuhi citarasa aku melainkan forensik. Aku tak pernah minat untuk menjadi doktor atau apa2 yang berkaitan dengan merawat manusia. Aku takut untuk bermain dengan nyawa manusia. 

Aku dapat tawaran kos biotech di kolej swasta sebelum keputusan UPU keluar. Aku pernah isi borang untuk kolej 2 ketika minggu kerjaya di matrik. Tawarannya agak hebat. Ijazah Biotechnology 4 tahun. 2tahun di M'sia dan 2tahun lg di USA. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej, seperti scholarship. Tapi aku dalam dilema. Memang aku meminati biotech tapi aku masih mengharapkan kos forensik. Akhirnya aku abaikan tawaran kolej 2. Seperti selalu, mak aku tak membantah. Ayah ku tak memaksa. Tapi, aku bimbang tentang UPU.

Kebimbangan aku memuncak setelah keputusan UPU keluar. Aku dapat Kos Fisioterapi UiTM. Kecewa, sedih dan pelbagai perasaan bercampur baur. Mak aku sarankan aku untuk masuk UiTM. Aku tak pernah tahu apa itu fisioterapi tapi aku tahu, aku perlu berdepan dengan ramai orang, aku perlu merawat orang. Itulah perkara yang paling aku takut. MERAWAT MANUSIA..!!!! Berhari2 aku menangis seorang diri. mempersoalkan, mengapa aku dapat pilihan ke7. Aku tak menyangka akan dapat pilihan yang hampir terakhir. Tapi, akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran UiTM. Aku tak sanggup mengecewakan keluarga aku. 

Di UiTM, perjalanan yang berliku menanti aku. Aku sangat susah nak adapt dengan kos ini. Sangat mencabar diriku. Aku selalu menyembunyikan perasaan sendiri. Adakala, aku mahu berhenti belajar. Banyak kali aku terfikir untuk tukar kos. Aku tak ada tempat untuk mengadu kerana aku sangat susah untuk berkongsi perasaanku dengan orang lain. Roommate ku pula dah berhenti dari UiTM setelah dapat tawaran kos medik di Indonesia. 

Ketika sem2, aku masih terfikir nak tukar kos, sebab aku rasa tak mampu catch-up dengan subjek2 untuk kos ini. Result sem1&2, hanya 3.01. Result sem3, sangat mengecewakan. Tiada angka 3 dihadapan. sangat rendah!Aku gagal 2 subjek! Aku rasa seperti kepala ku diketuk dengan kayu besbol. Pening. Apa perlu aku cakap kepada keluarga ku? Sehingga hari ini, setelah tamat sem4 dan clinical posting yg pertama, hanya mak aku yang tahu tentang result sem3 aku. 

Mak aku amat memahami, sememangnya aku telah berusaha, tapi ini saja yang aku mampu. Result sem4 tak membanggakan, sekadar cukup untuk menaikkan sedikit pointer, menghampiri angka 3.

Clinical posting yang pertama memberikan aku sedikit semangat untuk lebih berusaha, setelah aku merawat pesakit sebenar. Alhamdulillah, aku masih pelajar fisioterapi UiTM. Aku tak menyesal terima tawaran ini. Aku tak akan memandang rendah dengan UiTM lagi. Dulu, mereka kata UiTM tak bagus, aku percaya. Tapi setelah aku masuk UiTM, aku rasa, inilah universiti terbaik untukku.

UiTM dihatiku.........=)

p/s : kisah ku ini tak pernah diceritakan secara detail kepada sesiapapun. hanya mereka yang membaca blog aku akan mengetahui.