I Will Follow You...(^___^)

Saturday, September 24, 2011

Permission DENIED!!

Dah agak lama aku tak post entri. Nampak boring ja blog aku ni. Awal2 pembikinan blog ni, aku dah terangkan aku sebenarnya saja2 nak follow blog2 orang lain yang best2. Sebab tu aku wujudkan blog ni.

Macam biasa la, walaupun tak post entri, aku masih jenguk blog ni, blog-walking berjam-jam. Berpinar mata aku baca macam-macam jenis entri dan komen2. Seronok tengok blog orang lain banyak follower n komen. Blog pemalas macam aku ni mustahil la nak ada ramai follower kan? hahah..

Berkaitan dengan tajuk diatas, aku terkesima, tergamam, terkejut, dan bermacam-macam "ter-" lagi la masa nak melawat salah sebuah blog yang aku follow ni. Dengan muka bahagia aku klik tajuk entri orang tu. Dan.....tadaaa!!


This blog is open to invited readers only


It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
Apa kejadahnya semua ini? aku dah la tak faham benda2 blog ni. Boleh buat blog private a.k.a untuk orang tertentu je baca? hahah... Aku tak pernah terfikir pun pasal setting camni untuk blog.

Geram gak aku ada orang buat setting camtu. Kalau tak nak bagi aku baca blog dia, kenapa dia biar ja aku follow dulu?? Ingat best sangat ke blog dia tu? (kalo x best buat pe aku follow?)

Blogger2 yang lebih hebat n meleTOP pun tak buat macam tu. Maybe dia suka post entri yang serius. Ye la. Nama blog pun "SERIUS".

Maria Elena, JejariRuncing, Kerana Manisnya Epal n blog lain2 rilek ja walaupun popular n ramai followers.

Setakat ni je la aku nak merepek. Tak ada idea sebenarnya, tapi cuma nak melepaskan geram apabila niat nak baca blog terbantut. "Entah pape jeeee"