I Will Follow You...(^___^)

Sunday, January 8, 2012

NurQaseh Quickie - Demo sana-sini

                                                            Gambar Hiasan tingkap bilik

Aku sangat2 tak faham. Kenapa student IPT sekarang sangat menyokong demo?
Kalau demo yang berkenaan kepentingan Islam, atau kepentingan akademik, aku boleh terima lagi. Tapi, demo untuk menyokong politik pun mereka sokong, apa kes? Siap kutuk2 mahkamah dan hakim. Kata semuanya tipu, segala bagai. Kawan2 yang terdekat dengan aku pun sama saja. Aku sangat2 tak faham.
Aku cuma pegang kepada 1 prinsip, iaitu

"Aku takkan buat sesuatu yang aku tak pasti kebenarannya."

Ini termasuklah memfitnah sesuatu organisasi atau individu, menyokong mana2 pihak, atau mengeluarkan kata-kata yang berat sebelah. Siapa kita untuk berkata orang itu bersalah atau tak? Siapa kita untuk berkata orang ini buat tuduhan palsu atau tak? Siapa kita untuk berkata orang itu merasuah atau tak? Lain lah kalau kita memang nampak kejadian sebenar di depan mata kita sendiri.

Cemburu : Perbandingan aku dan dia.

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, aku bertambah cemburu dengan seorang sahabat baik aku. Aku dan dia berbicara lagi mengenai kehidupan. Dan ketika berbual dengannya, timbul rasa cemburu. Tapi, bukan cemburu kearah negatif. Aku cemburu ke arah yang positif.

Aku rasa diriku kerdil bila aku bandingkan dengan dia. Memang orang selalu kata, tak perlu perbandingan, jadilah diri sendiri. Tapi bagi aku, perbandingan secara sihat amat diperlukan supaya aku tak syok sendiri dan tersasar jauh.

Dia taklah kaya harta, tak juga rupawan (tapi comel gak la berbanding aku).. Ada beberapa sebab aku cemburu dengan dia. Antaranya :

1) Dia baik.

Ya..dia sangat baik. Suci hatinya. Tak macam aku. Aku suka dengar lagu segala genre. Dia dengar lagu nasyid dan alunan zikir je. Baiknya dia.

2) Dia dibesarkan dengan dikelilingi oleh orang baik2.

Sepanjang aku mengenali dia, dia selalu menceritakan tentang orang2 yang wujud disekeliling dia. Dia punyai seorang sepupu yang sangat rapat dengan dia. Ke mana saja bersama. Yang aku jeles, mereka belajar agama juga bersama-sama.

Dari aku kecil, sampai habis sekolah menengah, tak ada seorang kawan pun yang pernah ajak aku ke kelas/ceramah agama. Aku selalu dengar ceramah agama secara tak sengaja sebab rumah aku berhampiran dengan surau. Kalau ada ceramah di surau, memang akan dengar sampai ke rumah aku. Itu saja cara aku mendengar ceramah. Dia? Sentiasa mengikut kelas/ceramah.

Dia sangat beruntung. Ketika cuti semester, dia belajar agama dengan ustaz yang berhampiran dengan rumahnya. Aku? Entah apa yang aku buat sepanjang cuti sem. Lagha semuanya.

3) Dia sentiasa bersabar

Yang ini, aku paling kagum dengan dia. Dia amat bersabar. Aku tak mampu. Kadang2 aku boleh bersabar, dan kadang2 aku tersasar. Teruknya aku.

4) Dia sentiasa bersangka baik.

Aku bukanlah suka bersangka buruk. Tapi kadang2 terjadi tanpa aku sedari. Dia pulak, sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain.

Sebenarnya banyak lagi sebab aku "cemburu" dengan dia. Tapi, cukup la setakat ini. Aku sedih bila mengenangkan diriku ini. Aku nak berubah. Aku akan berubah. Aku nak jadi macam sahabatku ini.

Jadi kesimpulannya, perbandingan seperti diatas amat bagus supaya aku sedar diri. Supaya aku tak leka dengan kehidupan aku ini.

Monday, January 2, 2012

Permulaan Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang 2012, Selamat tinggal 2011...ayat yang ramai orang ucapkan di tahun baru...
Macam biasa, setiap kali tahun baru, aku tak pergi mana2 pun.. Lepak2 kat rumah dengan family.. Tengok cerita yang tak ada kaitan dengan tahun baru pun.. Life aku memang tak interesting macam orang lain... Tak kisah la, new year ke, merdeka ke, memang aku tak ambil kisah sangat.. Tak pernah pergi sambut kat mana2 pun.. Sekali je aku tengok bunga api time merdeka..Masa aku kat matrikulasi dulu.. Tu pun sebab ada lecturer baik hati sponsor bunga api untuk countdown merdeka kat dalam matrik 2....

Permulaan 2012 lain sikit dari tahun2 sebelum ni sebab start final exam... hmm... exam dah dekat, study masih terkial2.. Apa nak jadi? Aku harap lepas habis taip post ni, aku akan dapat mood untuk study...hahaha...

Azam tahun baru? Aku tak pernah ada... Sebab, setiap masa aku akan ada azam baru...especially bila aku ada buat salah, aku berazam nak betulkan..bagi aku, tak perlu berazam di tahun baru sahaja.. Anytime pun boleh....

Buat masa sekarang, aku berazam nak score untuk final exam...InsyaAllah..... Aku tak nak repeat lagi..cukup la setakat 2paper yang aku kantoi....tak nak dah....tak sanggup... orang lain exam 3 paper je sem ni, aku kena 5 paper...padan muka aku...

Apa2 pun, aku harap tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya....(^____^)