I Will Follow You...(^___^)

Friday, May 11, 2012

Jumpa orang Popular...

Assalamualaikum w.b.t.

Di malam yang tak berapa best ini (sbb kaki tgh gatal2, allergic reaction), inginku coretkan tentang aktivitiku selama beberapa hari yang lepas (bajet puitis)..heheh..

Aku sangat sibuk minggu ni, jadi tak dapat nak post pasal benda ni awal-awal.. Walaupun macam dah terlambat, tapi aku nak cerita gak..tak kira! hahah..

Pada hari jumaat yang lepas, yakni 4/5/2012, aku dengan bahagianya bergerak ke kampus UiTM Puncak Alam bersama seorang rakan untuk menumpang di hostel (nasib budak NR, kena bermusafir). Ada dua sebab kenapa kami bermusafir. Pertama, sebab malam tu, ada konsert UNIC di dalam kampus, yang diberi nama "Concierto de Charitate". Dan yang kedua, sebab pagi sabtu (5/5/20112), kami nak bergerak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Kalau gerak dari rumah sewa, memang lambat sampai laa...huhu..

So, malam tu memang best. Tak rugi beli tiket rm7. Berbaloi-baloi......hihih... Ahli2 kumpulan UNIC memang sporting habis. Pandai ambil hati para penonton. Tambahan pula, diselitkan dengan nasihat2 yang berguna.

(tiket konsert)

Ini sedikit gambar mereka pada malam tersebut....






Selepas puas tengok konsert, aku beli pula CD terbaru dari UNIC. Dapat harga istimewa. Murah dan sangat berbaloi.



Keesokkan harinya, aku dan kawanku keluar awal, untuk ke pesta buku. Malangnya, bas datang lambat dan menyebabkan kami terlepas untuk menonton persembahan UNIC..(hihih..xpuas2 nengoknye).. Disebabkan dah terlepas persembahan, kami pun mula berjalan-jalan dalam dewan2 di PWTC. Ramainya manusia. SESAK!! Nak melangkah pun susah. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku akan ke pesta buku yang besar macam ni. Tak sanggup lagi aku nak meredah lautan manusia.

Jalan punya jalan, ternampak ramai orang berkumpul disatu sudut dewan. Macam ada seseorang tengah sign autograf. Aku pun menyelit la. Nak tengok siapakah gerangan yang sedang dikerumuni peminat. Berbekalkan ketinggianku yang sukar ditandingi (over sikit), aku pun berjaya menjenguk ke tengah-tengah crowd. Alangkah gembiranya hatiku, terlihat seseorang yang memang aku kagumi. USTAZ DON!! huhuh...(perlu ke caps lock?)... Disebabkan ramai sangat peminat di sekeliling beliau, maka tak dapat nak ambil gambar depan-depan. Gambar dari tepi pun jadilah....(next time nk amik gmbaq betoi2..huaaa...)



Dengan hati yang kuciwa, aku sambung meredah booth2 yang ada. Tetiba, terjumpalah booth Inteam Publishing. Kebetulan ahli2 In-team ada disitu. Dengan muka tak malunya, aku dan kawan aku pergi tegur mereka untuk mengambil gambar. Tapi, gambar kat bawah ni telah di crop. Muka aku dan kawan aku tak bleh la nak publish kat sini..nanti dapat publisiti murahan plak..hahah...


Lepas bergambar dengan In-team (walaupun 2orang je, jadi laaaa...), kami pun sambung jalan-jalan cari buku. Tiba-tiba, terjumpa pula Prof. Muhaya. Bergambar lagi...........


Pusing punya pusing, terjumpa booth In-team balik. Kali ini ada Ustaz Kazim pula. haa..memang bernasib baik lah.



Kemudian, kami berjalan-jalan lagi, untuk mencari booth karangkraf. Susah betul nak jumpa jalan, gara-gara terlalu ramai pengunjung. Dalam perjalanan, terjumpa pula Ustaz Amal.



Akhirnya, booth yang dicari2 telah dijumpai. Koleksi buku keluaran Alaf21. Nak tau apa yang aku cari? Ni haaaaa.......



Akhirnya, sesi pengumpulan novel telah selesai. Sudah ada kesemua enam episod, novel karya Ramlee Awang Mursyid ini. Sekarang, menunggu masa untuk membaca. Tapi mungkin akan tertangguh sehingga cuti sem nanti, memandangkan sekarang assignment tengah bertimbun-timbun.

Setelah membeli novel ini, maka aku dan kawanku pun mula bergerak menuju ke KTM, sekitar jam 1.15pm. Ya, nak balik awal untuk mengelak kesesakan di dalam pengangkutan awam tersebut. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan Allah S.W.T. Kami dapat duduk dengan selesa sepanjang perjalanan dari KTM Putra ke Shah Alam. Kemudian, singgah makan di kedai Ani Sup Utara di seksyen2 Shah Alam. Selesai mengisi perut, terus bergerak ke bus stop. Nah, bas U90 sedang berhenti betul-betul dihadapan kami. Lega.....dapat naik bas tanpa perlu menunggu berjam-jam. Malam itu, aku masih menumpang di hostel sebab ada aktiviti sukan pada pagi ahad.

Pada pagi ahad itu, aku dengan bangganya bergerak ke gelanggang basketball untuk menyertai pertandingan anjuran Persatuan Rakan Masjid (PRM). Tak sedar diri betul. Dah la memang tak tahu main basketball, tak buat latihan langsung plak tu. Aku pun belasah je la. Asalkan dapat score. hihih... Nasib baik main half court je. Kalau full court, confirm semput. Alhamdulillah, berjaya dapat tempat ketiga. Hamper kecil pun tak apa. Yang penting seronok dapat bersukan tanpa dilihat kaum lelaki.

Haaa...aku suka program kali ini sebab acara lelaki dan perempuan berlainan hari. Pada hari ahad, semua lelaki dilarang menjejakkan kaki di kawasan pertandingan dijalankan. Hebat! Tahniah penganjur.

Selesai ambil hadiah, aku pun bergerak pulang ke rumah sewa. Owh..rindunya pada tilam (walaupun nipis je) dan bantal (yg terbaekkk!)... 

Okeilah. setakat ni saja aku nak merepek. Panjang jugak post kali ni.
Sekian, Assalamualaikum...........