I Will Follow You...(^___^)

Saturday, October 20, 2012

NurQaseh Quickie : Jatuh Suka

haa...malam ni aku tak nak bebel panjang2..
Dah lepas pukul 12.
Baru balik dari konsert Devotees kat UiTM Puncak Alam..
Sangat BEST!!!
Malam ni aku terjatuh suka dengan suara mereka...
Merdu...heheh...
Sebelum ni dengar kat radio je.
Bila tengok live, memang terbaik laa...

Tapi, tajuk kat atas 2 bukan sebab aku jatuh suka dengan Devotees.
Tajuk 2 merujuk kepada aku terjatuh suka kat .......teeeeeettttttt.........hahah
Dia ibarat Laksamana Sunan..(^_____^)

p/s: Jatuh suka n jatuh cinta berbeza tau. Kbai....

Friday, October 19, 2012

Kenapa nak DIET?

Diet???????

Selalunya kalau sebut pasal diet, orang sekeliling akan kata
-sebab nak kurus,
-nak jadi cantik,
-nak jadi 'HOT',
-nak 'naikkan saham'

Pelbagai spesis perkataan digunakan....ayat2 stereotype!

Bukannya marah, tapi, menyampah..
Tak boleh ke cakap orang diet sebab nak jaga kesihatan?
Tau tak berat berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit?
Jadi, mungkin seseorang 2 cuba berdiet untuk menjaga kesihatan diri, mengurangkan risiko penyakit.

Kenapa tetiba membebel pasal diet? haaa...sebab aku tengah berdiet sekarang nie.. Bukan apa...sejak masuk universiti ni, semakin hari, badan semakin mengembang (besau benor..dh ler tinggi..hahah)..... Stamina pun terjejas. Walaupun aku aktif taekwondo, tapi, kesibukkan menghadap laptop sambil buat esaimen telah menyebabkan badanku menyimpan lebihan tenaga dalam bentuk lemak. (huuhuu...) Next month ada 2 tournament taekwondo. Macam mana nak pungut medal kalau stamina hampeh? Sah2 tak dapat. (bajet mcm confirm ja nk dpt pingat..hahah).......

Diet ni banyak jenis sebenarnya.
Ada orang kurangkan saiz hidangan (bukan macam saiz baju tau!)
Contohnya, kalau biasa makan nasi sepinggan, tukar la, makan separuh pinggan je.
Paling penting, banyakkan makan sayur n buah. (aku susah sikit nk telan sayur..heheheh)..

Cara kedua, gantikan nasi dengan makanan lain.
Ni untuk orang yang perut mat saleh bleh la tahan.
Hari2 makan sayur, buah n benda low calorie je.

Mula2 aku gunakan cara pertama.
Bila dah dapat adapt, sekarang aku sedang mencuba cara kedua.
Tengoklah nanti jadi cmna...

Haa..selain itu, aku exercise gak. Ye la..dah masuk taekwon-do. At least seminggu 2 kali training. Dekat2 nak tournament, training bertambah2. Harap2 dapat la turunkan sikit berat. Baru la senang nak angkat kaki, sepak orang. (macam ganas je..padahal.........)...

Lagi sekali ku tegaskan disini. Aku berdiet untuk kesihatan dan untuk kejayaan ku dlm tournament nanti. Xdak kena mengena dengan nak jadi lawa or hot. Macam orang lain selalu kata, 'tak payah hot sangat la, neraka lagi hot'....
Aku tak pernah teringin nak berubah jadi lawa. Sebab aku rasa aku dah lawa (kahkahkah..nak termuntah...perasan plak dah)......

Setakat ni saja bebelan ku... Nak sambung buat esaimen..

Adios, Amigos....... (^_______*)