I Will Follow You...(^___^)

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Pesanan dari mak, yang membuatkanku terkejut..

Assalamualaikum...

Kali nie, nak cerita tentang perbualanku dengan emak tersayang..
Ketika cuti hari gawai yang lepas, aku balik kampung, di Perlis.
Macam biasa laa...lepak2 depan TV, sembang-sembang dengan mak..
Tetiba keluarlah topik hangat...

Mak : Hg dh ada boyfren ka?

Haiya....soalan cepu cemas plak dah.....dengan slumber, aku jawab

Aku : Tak dak...awat mak?

Mak : Tak bekenan kat sapa2 ka?

Aku : errr......tak....(sambil cuba taknak senyum...kih3...)

Mak : mak bukan apa...tak mau hang kawen lambat ja....

Lepas 2, keluarlah pesanan yang menggelikan hatiku......hahah

Mak : Cari la calon...berkenalan dulu...kawan2 ka....nanti kalo dh kerja, dah tak dak masa nak cari calon...mak ni teringin nak dapat menantu....kalo habes study nanti, nak kawen trus pun tak pa...

Aku :hah? mak biaq betoi....hahahahhaha


Aku hanya mampu tergelak dan tersengih...disebabkan mak dah tak larat suruh abang dan kakakku cari calon, sekarang, aku pulak yang jadi mangsa.....haishhh.....camno nih?

Aku bukannya tak nak kahwin, tapi, sememangnya aku tak jumpa calon lagi...heehee...
Dan, bukan mudah nak mencari calon untuk memimpinku di alam perkahwinan.....

p/s : ini bukan entri untuk mencari calon, okeh?? hahahahah....

'Laksamana Sunan'ku milik orang lain..

Haaa... ape ke hey nye yong? kemain lg tajuk kome....

Disebabkan tengah sibuk nak exam ujung bulan nie, otakku pun seperti tak centre..kih3..
Sekarang nie rasa macam nak balik rumah...tak nak fikir pasal exam...buat sakit kepala ja...walaupun cuma 2 paper...:p

Berkenaan tajuk diatas, aku ada ter'jatuh-suka' kat seseorang persis Laksamana Sunan, yang dalam novel Ramlee Awang Mursyid 2....bukan dia pandai bersilat atau berlawan..tapi, karakter dia yang menghormati orang lain, percakapan dia yang penuh sopan santun serta sifat rendah diri yang ada padanya...fuyooo...kemain lagi puji mamat 2....

hishhh...dah2...dia 2 bukan milikku...walaupun aku ingin menjadi 'Sang Ratu' untuk 'Laksamana Sunan', tapi itu sesuatu yang mustahil..kerna ku tahu, hatinya sudah dimiliki...kbai...


p/s: mood jiwang sat....esok nak jd hensem plak....heheheh...=D

Saturday, April 14, 2012

Kasih-Nya Tiada Tandingan.....

Walau terkadang aku lemah,
Aku cuba menjadi gagah,
Aku mahu jadi manusia tabah,
Supaya dapat ku teruskan langkah
Menyusuri jalan yang berliku
Meredah hutan belantara
Mengharungi onak dan duri,
Demi mencapai impian ini..

Kadang ku terlupa,
Kadang ku terleka,
Bahawa hanya Dia,
Mampu memberi bahagia,
Kasih manusia manis rasanya
Namun terkadang melukai hati
Kasih Allah kepada hamba-Nya,
Tiada apa dapat menandingi..



p/s : tak tahu nak tulis apa..ini saja terlintas difikiran...mungkin tak sempurna...


Wednesday, November 30, 2011

NurQaseh Quickie - Love in the Silence of the Dark Night

I don't know how to express it into words..
but somehow, deep down inside, i have a weird feeling that sometime makes me feel unease..
That guy....i don't really know him, and he don't know me..but, i think i like his character, so far...
A decent guy, with nerdy look...hahah...
And i know, he is in love with someone else. Good for him.


Thursday, November 17, 2011

Cinta Seorang Gadis



Disebuah rumah teres, seorang gadis sedang asyik berbalas SMS dengan seorang kawan lelaki. Kawannya itu dikenali beberapa bulan yang lepas dan mereka semakin rapat.

Lelaki : Awak, saya suka tengok awak. Awak baik. Sejuk mata memandang.

Gadis : Jgn la puji2 macam 2. Semuanya adalah kurniaan Allah S.W.T.

Lelaki : Awak, sudi tak awak jadi kekasih saya? Saya janji, saya takkan kecewakan awak.

Gadis : Boleh ke awak janji akan menjaga saya setiap masa, 24/7? Tak boleh kan?

Lelaki : Boleh.

Gadis : Awak mesti nak ke kelas, nak keluar dengan kawan2, nak mandi, nak buat macam2 lagi. Bukan sepanjang masa awak boleh menjaga saya.

Lelaki : Err..tapi awak sentiasa dalam hati saya.

Gadis : Tapi, Allah S.W.T boleh menjaga saya 24/7. Tak perlu SMS, tak perlu call. Hanya perlu mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya Setiap detik Dia menjaga keselamatan saya. Saya cintakan Allah. Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun kadang2 saya lalai.

Lelaki : hmm.....betul cakap awak. Allah sentiasa menjaga manusia, tak kira waktu. Saya tak mampu jaga awak macam 2.


Beberapa bulan kemudian,


Lelaki : Awak, saya sayangkan awak. Boleh tak saya nak panggil awak "sayang"?

Gadis : Perlu ke macam 2? Bukan ke perasaan sayang 2 boleh dirasa? Tak perlu diucapkan sepanjang masa untuk membuktikannya.

Lelaki : Yela. Saya tak panggil macam 2. Tapi, awak sayangkan saya tak?

Gadis : Kasih sayang saya untuk semua orang. Awak pun ada dalam lingkungan 2.

Lelaki : Bahagianya saya. Berapa peratus awak sayangkan saya?

Gadis : 0.01%.

Lelaki : Sikitnye? Yang lain untuk siapa? Awak dah ada kekasih lain ke?

Gadis : Ye. Saya ada kekasih lain.

Lelaki : Siapa? =(

Gadis : Kasih sayang saya 100% untuk Allah. Dalam 100% tu, 60% saya sayangkan keluarga saya kerana Allah. 30% saya sayangkan kawan2 saya kerana Allah. 10% saya sayangkan diri sendiri kerana Allah. Awak termasuk dalam 30% untuk kawan2. Saya ada ramai kawan. So, kena bahagi sama rata. Cukup la 0.01% untuk awak. heheh..

Lelaki : Owh...macam 2 ke. Tapi, kenapa untuk kawan2 lebih dari diri awak sendiri?

Gadis : Sebab ustaz saya pernah berpesan, iman seseorang muslim tidak lengkap selagi dia tidak menyayangi saudaranya lebih dari diri sendiri....


@~~~Begitulah al-kisahnya. Sayangilah keluarga anda kerana mereka tiada gantinya. Sayangilah sahabat anda dan hargailah mereka kerana merekalah yang sentiasa berada disisi anda bila anda memerlukan teman, dan Cintailah Allah kerana cinta kepada-Nya takkan pernah mengecewakan.

p/s : Nukilan yang serabut sedikit. Idea yang datang ketika sakit kepala, sambil menunggu lif selama 20minit.

Copyright reserved. NurQaseh90.

Sunday, October 30, 2011

Bicara Cinta

Sejak akhir2 ni, kawan2 aku suka sembang tentang hati, perasaan, cinta dan kahwin. Bukan sebab gatal atau tak sabar2 nak kawin, tapi sebab berfikir tentang cara memelihara diri dari cinta duniawi yang membutakan mata hati.

Antara isu2 yang timbul adalah, kahwin awal, cinta selepas kahwin, couple, ber-sms dengan sahabat lelaki, menyukai seseorang dalam diam, dan macam2 lagi.

Semalam, aku bersembang dengan 2 orang sahabatku, aku dapat tahu rupa-rupanya mereka juga mengalami masalah yang sama dengan aku. Namun, aku telah hampir berjaya menyelesaikan masalah aku. Jadi, mereka mahu aku kongsikan cara-cara aku mengatasi masalah itu.

Apakah masalah yang dimaksudkan? Ia berkenaan dengan ber-SMS dengan sahabat lelaki. Sekali lagi diulangi, SAHABAT lelaki. Bukan kekasih ye. Dulu, aku berkawan dengan semua orang. Lelaki dan perempuan aku layan sama saja. Aku tak rasa ber-SMS tanpa sebab yang penting adalah salah. Tapi kini, aku dah tersedar. Perbuatan ku dulu adalah salah. Totally wrong!

Terima kasih kepada sahabat aku yang telah membuka mata ku. Kaulah sahabatku, dunia dan akhirat. Kawan aku selalu mengajak aku mengikuti ceramah2 agama serta program2 yang berkaitan dengan agama. Sedikit sebanyak, aku mula tersedar akan kesilapan ku yang dulu.

Kini, aku tak suka ber-SMS. Call, jauh sekali. Aku suka keadaan sekarang. Aku jarang topup. Selalu tak ada kredit. Kalau ada pun, cuma cukup untuk call mak. Bila aku menjauhi handset, aku juga berjaya menjauhi SMS yang karut-marut. Bukan aku tak ada handset, tapi, kurang menggunakannya. Itu saja cara aku menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina hati. Walaupun cara aku tak hebat mana, tapi aku harap sahabat aku juga dapat gunakan cara ini untuk mengatasi masalah mereka.