I Will Follow You...(^___^)

Showing posts with label seni?. Show all posts
Showing posts with label seni?. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Kasih-Nya Tiada Tandingan.....

Walau terkadang aku lemah,
Aku cuba menjadi gagah,
Aku mahu jadi manusia tabah,
Supaya dapat ku teruskan langkah
Menyusuri jalan yang berliku
Meredah hutan belantara
Mengharungi onak dan duri,
Demi mencapai impian ini..

Kadang ku terlupa,
Kadang ku terleka,
Bahawa hanya Dia,
Mampu memberi bahagia,
Kasih manusia manis rasanya
Namun terkadang melukai hati
Kasih Allah kepada hamba-Nya,
Tiada apa dapat menandingi..



p/s : tak tahu nak tulis apa..ini saja terlintas difikiran...mungkin tak sempurna...


Thursday, October 13, 2011

Jom Layan Lagu Nasyid!

Assalamualaikum w.b.t.

Dihari Jumaat yang mulia ni, aku nak post sedikit tentang nasyid.
Bukan nak komen tentang artis nasyid, bukan juga nak menyanyi lagu nasyid. hahah

Aku cuma nak kongsi lagu nasyid "cover version", nyanyian kawan-kawan aku.

1st : Kawan aku kat matrik. Dulu dia selalu menyanyi lagu kumpulan Westlife ketika dalam kelas. heheh.
Dia pernah masuk pertandingan nyanyian kat matrik dulu, tapi tak menang la...heheh... Aku tak boleh nak upload lagu kat sini sebab internet slow, so, aku share link je....lalala...
2nd : Kawan sekelas dengan aku kat UiTM ni. Dalam video kat bawah ni, dia menyanyi dengan beberapa orang kawan dia. Video ni mereka rekod ketika sesi latihan untuk persembahan kat dalam kampus.

Ok la...aku tak ada idea nak merepek lagi. Sekian, Layannnnnn......

Monday, May 24, 2010

Manusia Biasa

bila aku diam,
mereka sangka aku lemah

bila aku berkata-kata,
mereka anggap aku sensitif

bila aku kembali membisu,
mereka kata aku berhati batu

salahkah aku diam membisu?
salahkah aku meluahkan rasa?

aku hanya insan biasa
punya rasa dijiwa
tak mampu memendam segalanya
pabila sering dipersenda...