I Will Follow You...(^___^)

Sunday, April 29, 2012

Saya Takut!

haaa...memang aku sangat2 takut skarang nie...takut dengan isu bersih 3.0..
aku belum bersedia dari segi mental, untuk melihat video serta membaca artikel/berita mengenai perhimpunan 2..

Sesetengah orang akan kata,
"Kenapa perlu bersedia mental+fizikal? Nak tgk video je..bukan nk g berdemo pn..."
Sebenarnya, aku mahu bersiap sedia mental+fizikal sebelum menonton serta menghadam segala video, supaya mataku tak dibutakan dengan provokasi atau lakonan..tidak juga tenggelam dalam penipuan..

Aku tak mahu mengikut sahaja apa yang diperkatakan.. aku percayakan mataku..dan, aku mampu menggunakan akalku untuk berfikir...

Moga2 aku mendapat kekuatan untuk mencari fakta dan dapat membezakan auta..
Dulu, masa bersih 2.0, aku terpaksa menonton video2 di youtube sebab kawan2 serumahku suka berbicara mengenainya...jadi, untuk mengelak dari menjadi noob atau pak turut, aku menkaji sendiri video2 serta artikel..

Setakat ini, aku cuma dapat tahu bahawa sepupuku tercedera, ditumbuk serta dibaling botol mineral oleh peserta Bersih 3.0..dia merupakan wartawan yang membuat liputan dikawasan demo diadakan..

Saturday, April 14, 2012

Kasih-Nya Tiada Tandingan.....

Walau terkadang aku lemah,
Aku cuba menjadi gagah,
Aku mahu jadi manusia tabah,
Supaya dapat ku teruskan langkah
Menyusuri jalan yang berliku
Meredah hutan belantara
Mengharungi onak dan duri,
Demi mencapai impian ini..

Kadang ku terlupa,
Kadang ku terleka,
Bahawa hanya Dia,
Mampu memberi bahagia,
Kasih manusia manis rasanya
Namun terkadang melukai hati
Kasih Allah kepada hamba-Nya,
Tiada apa dapat menandingi..



p/s : tak tahu nak tulis apa..ini saja terlintas difikiran...mungkin tak sempurna...


Sunday, April 8, 2012

Assignment Menggunung....

Sejak akhir2 ini, aku hilang idea untuk menulis di blog.. Segala kata2 lenyap dari ruang minda.. Ku rasakan seperti kabus tebal meliputi fikiran ku..huhuhu..

Ini semua gara2 assignment yang bertimbun-timbun, menggunung, macam Gunung Everest.. hah....memang hiperbola..tapi nak buat macam mana..dah memang aku rasa macam tu..hahah..

Hidup ku dipenuhi dengan pelbagai jenis assignment yang membuatkan aku rasa seperti mahu menjerit di atas Gunung Himalaya..

Adesss...stress bertambah2...dah la tak dapat balik rumah..sejak praktikal, aku belum berkesempatan nak balik rumah..sekarang, dah start semester baru..lagi tak ada masa nak balik.. MAKKKKKK!!!!! cheq nak balik......uwaaaaa....(T_T)

Harap2 cuti midsem nanti tidak diganggu oleh assignment..aku nak bercuti puas2..huh..

Pergilah assignment...pergilah....kau tidak dijemput pulang ke kampung...fuhh..fuhh..fuhh....


p/s : stress yang teramat sangat....(T_T)

Monday, March 26, 2012

Novel oh Novel : Pencarianku Berakhir

Assalamualaikum.....

Di malam yang sepi ini, ingin aku luahkan rasa hati..

Setelah hampir 3 purnama aku memulakan pencarian, hari ini, segalanya telah selesai...

Telahku temui benda yang ku cari-cari selama ini...

Betapa sukarnya misi pencarianku..

Deretan kereta membanjiri jalan telah aku lewati.. Jalan raya yang berliku relaku tempuhi... Lautan manusia sanggup ku redahi,

Tidak sia-sia pencarianku selama ini... Hasilnya amat memuaskan hati...

Tadaaaaaa........


koleksi - "Laksamana Sunan"

Ya... Akhirnya koleksi ku sudah lengkap... Pencarian memakan masa berbulan2 akibat kelarisan novel nukilan Ramlee Awang Mursyid (RAM). Novel RAM yang dah lama keluar, memang susah nak cari.. Yang ada, novel2 baru..


dalam plastik lagi..fresh from oven..hahah

Dua novel ni la yang sangat susah untuk di temui... Setelah keluar masuk hampir 10 kedai buku, akhirnya aku jumpa kedua-duanya di JUSCO.. 1 di MPH dan 1 di POPULAR..

Akibat perasaan gembira yang tak dapat dihuraikan, penangan dari penemuan dua novel diatas, aku telah mengambil gambar dan edit gambar2 tersebut untuk ku abadikan dalam kamus hidupku... Fuyooooooohhhh.... Bermadah pulak aku hari ni... Semangat Sunan sudah datang kot... ahaha...

Ni la koleksi terbaru aku.... 

Mari Membaca

Next on my list is............ "Sunan Musafir"

Cepat la publish, cepat la...cepat la.....hohoh...

p/s : peminat novel sahaja yang akan faham perasaanku ketika menaip post ini....(^____^)
 

Thursday, March 15, 2012

Keperluan VS Kemahuan

Assalamualaikum w.b.t.

Okei..untuk post kali ini, cheq nak membebel panjang2.....

Post kali ini di inspirasikan oleh.....


jeng....jeng....jeng.....


Gambar nie........






Kenapa gambar ni memberi inspirasi kepada post kali ini?
Kenapa? Kenapa?

Meh awok nak ceghite....hahah...

Pada suatu malam yang dingin, daku duduk seorang diri didalam bilik...menghadap laptop, membaca segala newsfeed di facebook ku..Scroll down, punya scroll down, tiba2 mataku ternampak gambar yang agak menarik...haa....gambar kat atas 2 laa...

Apa yang menarik sangat? Duit...duit...gaji.... Haha... Tak... Yang menarik minatku adalah pernyataan di bahagian bawah gambar tu.

"TIDAK TERMASUK LAGI DENGAN: Cukai Tanah, Cukai Pintu, Belanja Perayaan, Astro, Kos Perubatan, Potongan KWSP, Tol dan Barang-barag yang harga naik ?.

BAGAIMANA PULA DENGAN : Belanja Cuti Sekolah/ Makan Angin & Servis Kereta/ Motorsikal ?."

Adakah anda dapat meneka apa yang sedang terlintas difikiranku? Cer teka...cer teka.....hehehe...



Okei lah... Aku akan terangkan sedikit tentang gambar diatas.. Pertama kali ku membaca setiap butiran dalam gambar tersebut, aku mendapati mesej yang cuba disampaikan adalah mengenai kos sara hidup yang lebih tinggi dari gaji bulanan. Setelah gambar itu diteliti beberapa kali, aku nampak beberapa perkara yang disenaraikan disitu hanya ditokok-tambah untuk menyedapkan serta memanjangkan ayat..

Pertama, "cukai tanah dan cukai pintu". Ini memang penting, tapi bukan setiap bulan kena bayar cukai tanah dan cukai pintu. Mungkin lebih sesuai diletakkan jika mengira income sepanjang tahun serta kos sara hidup untuk jangka masa setahun. Kenapa cukai diadakan? Itu adalah salah satu sumber pendapatan negara yang juga digunakan untuk memberi biasiswa, bil2 hospital kerajaan (kita bayar rm1 sahaja untuk rawatan pesakit luar) serta segala bantuan yang kita terima.

Kedua, "belanja perayaan dan astro"??. Kenapa belanja perayaan disenaraikan? Bukankah kita boleh sambut dengan bersederhana? Cukup sepasang pakaian serta makanan yang ringkas. Tak perlu tukar perabot, cat rumah, pelbagai jenis biskut atau hiasan berlebihan. Astro? Gunalah TV biasa, channel free. Kan jimat? Kalau nak guna astro juga, ambil pakej paling murah. Ikutlah kemampuan. Jangan kerana jiran sebelah guna astro, kita pun nak guna astro. Jiran sebelah gaji rm3000..kita gaji rm1500. Apa2pun, ikut kemampuan kita.

Ketiga, kos perubatan. Jika anda ke hospital kerajaan, anda cuma perlu bayar rm1 untuk rawatan pesakit luar. Jika masuk wad, aku tak pasti. Dulu mak aku kerap keluar/masuk wad (dari aku sekolah rendah, sehingga aku masuk matrikulasi) dan masih mampu membayar kos perubatan walaupun gaji ayahku kurang dari rm1500. Bagi aku, selagi aku boleh tahan, aku takkan makan ubat. Kalau selesema, demam dan sakit tekak/batuk, aku akan beli ubat di farmasi. Panadol soluble dan dequadin cukup la.

Keempat, "Potongan KWSP". Tidakkah anda rasa potongan KWSP itu untuk masa depan anda dan keluarga anda? Walaupun gaji dipotong setiap bulan, tapi bukannya untuk kepentingan orang lain. Ia untuk diri sendiri juga. Setiap sen dari potongan gaji kita akan diberi setelah mencapai umur 50 dan 55 tahun. Ia boleh digunakan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung kehidupan selepas bersara. Tak perlulah ungkit tentang wang yang kita akan dapat semula.

Kelima, "belanja cuti sekolah/makan angin". Benda ni memang LAWAK..! Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, adakah makan angin termasuk kategori perkara penting dalam kehidupan kita? Cuba tenangkan hati, kosongkan minda, dan fikirkan semula. Kalau cuti sekolah, kita tak pergi makan angin, boleh menyebabkan kita mati ke? Rasanya tidak. Seingat aku, mak dan ayah aku tidak pernah bawa aku makan angin ketika cuti sekolah. Mereka bekerja keras membanting tulang untuk mencari rezeki. Cuma, kadang2 mereka membawa aku serta adik-beradikku berkelah di kwsn yang tidak terlalu jauh dari rumah. Makanan dimasak di rumah dan dibawa ke tempat berkelah.. Jimat.

Keenam, "servis kereta/motorsikal". Mula2 aku nak komen tentang ejaan..motosikal ye...bukan "motorsikal". (ok, ni aku main2 je).. Haa, sama la macam komen aku tentang cukai. Bukan setiap bulan kena servis motosikal/kereta kan? 

Jadi, bagi aku, enam perkara tersenarai diatas hanyalah sebagai penambah perisa, penyedap rasa, pemanjang cerita...




Tentang harga2 yang tersenarai pula, aku akan berikan pendapat aku (kalau rasa tak suka, jangan baca..aku tak paksa sesiapa untuk baca post ini)...

Bil telefon, aku rasa tak mahal sangat kalau guna talian tetap TM. Mungkin cuma rm20 (tak pasti harga sekarang). Kalau pengguna handphone, mungkin mahal sedikit. Tapi, paling banyak pun, cuma rm30 sebulan, kan? Kalau lebih dari itu, mungkin anda perlu kurangkan bergayut lama2. Gunalah telefon untuk perkara penting sahaja. Elakkan bergosip ketika menelefon (ini serius, selalunya kalau bergosip, tentu x sedar walaupun dah bercakap berjam-jam.)

Bil elektrik pula, boleh jadi murah kalau kita pandai berjimat. Banyak dah iklan tentang cara2 untuk jimatkan elektrik. Tutup lampu dan kipas apabila keluar dari bilik, tutup peti ais dengan rapat, tutup  suis sebelum keluar rumah, elakkan menonton TV sepanjang hari. Pandai2lah aplikasikan dalam kehidupan kita. Jangan hanya mengeluh apabila bil sampai ke pintu rumah.

Bil air juga murah sebenarnya. Tak perlu basuh kereta terlalu kerap. Jangan biarkan air paip mengalir ketika anda tidak menggunakannya seperti, ketika sedang menggosok gigi. Bila nak kumur, baru la buka paip air 2.

Untuk minyak kenderaan, memang mahal la...tapi, dah nak guna, kan...ok la rm200 tu...

Tentang barangan keperluan anak2, seperti susu dan lampin pakai buang, gunakan yang murah2 cukup la. Sekarang ni, barang murah pun berkualiti. Kadang2 kualitinya sama dengan barang mahal. Kalau di rumah, guna la kain lampin yang orang dulu2 guna. Lebih jimat.

Untuk keperluan sekolah seperti buku tulis dan alat2 tulis, bukannya kita beli setiap bulan kan? Kalau di sekolah, selalunya pelajar akan beli semua buku di awal tahun, cukup untuk setahun. Kalau perlu beli buku lain pun, tak banyak sangat. Alat tulis pun sama. Sekali beli boleh guna beberapa bulan (ini berdasarkan pengalamanku sebagai seorang pelajar sekolah harian).

Belanja sekolah/tuisyen dan belanja poket. Berilah ala kadar. Di sekolah, makanan tak terlalu mahal. Rm3 sehari sudah cukup. Jangan ajar anak2 belanja mewah. Kalau nak berjimat, sediakan bekal untuk anak2 bawa ke sekolah. Warga Jepun pun bawa makanan ke sekolah/tempat kerja. Mereka tak kisah dan lebih berbangga bila makanan tengah hari mereka disediakan oleh ibu/isteri. Tentang tuisyen, mungkin sesetangah orang rasa tuisyen itu perlu. Tapi, jika anak2 belajar bersungguh2 di sekolah, tak mustahil boleh berjaya walaupun tidak ke kelas tuisyen. Ketika aku di bangku sekolah, aku pergi tuisyen hanya setahun, iaitu ketika di tingkatan 3. Itupun kerana gurunya amat hebat, dan aku teringin untuk belajar dengannya. Dan guru tersebut bermurah hati untuk kurangkan yuran tuisyen apabila aku menunjukkan minat yang tinggi serta mampu mendapat markah yang tinggi setiap kali dia adakan ujian. Aku cuma bayar rm30 untuk tuisyen setahun. Alhamdulillah..terima kasih cikgu. Ya, aku tak nafikan, tuisyen dan buku rujukan juga membantu, selain daripada usaha dan tawakal. Tetapi, aku mengharungi PMR dan SPM berbekalkan study group, buku teks, dan nota2 sahaja. Aku tidak beli buku rujukan kerana tak mahu menyusahkan ibu bapa ku. Aku masih mampu mendapat keputusan yang baik. Bukan mahu menunjuk2..tapi cuma memberi contoh paling dekat dengan aku.

Untuk ansuran rumah, tak boleh kata apa2 la..harga ikut kawasan dan jenis rumah. Pandai2 la pilih mengikut kesesuaian keluarga masing2.

Untuk makanan, rm15 sehari agak mahal. Tapi ia juga mengikut kawasan. Kalau di kawasan bandar mungkin RM15 adalah harga standard.

Tentang ansuran kereta pula, belilah kereta yang kita mampu bayar. Jangan beli kereta besar2. Dan, belilah kereta yang menjimatkan minyak seperti VIVA atau Kancil.

Untuk belanja keperluan dapur, ikut saiz keluarga. Kalau keluarga besar/ramai anak, mungkin lebih. Kalau cuma seorang atau dua orang anak saja, mungkin sedikit.

Disini aku cuba senaraikan semula perbelanjaan yang aku sebut diatas (untuk sebulan)

Bil telefon/prepaid = RM 20
Bil air = RM 30*
Bil elektrik = RM 45*
Keperluan sekolah = rm90 (belanja poket rm3x30 untuk sebulan. Tak masuk tuisyen)**
Sewa/ansuran rumah = RM300 (tak ubah)
Makan = rm300 (rm15x20hari)***
Ansuran kereta = rm350 (kereta kecik je)
Barang dapur = rm300 (tak ubah)

Total = RM 1435, masih ada baki rm65.
*ini berdasarkan bil yang aku terima, di rumah sewa yang dihuni oleh 8 orang pelajar universiti.
**kalau beli buku tulis atau alat tulis pada bulan tertentu, tambah rm10.
***jimat+bawa bekal makanan ke tempat kerja untuk 10hari setiap bulan.

Kesimpulannya disini, apa-apa yang kita lakukan perlu mengikut kemampuan kita. Jangan bandingkan dengan orang kaya. Cuba bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih susah. Jangan salahkan sesiapa atas kesusahan kita. Terimalah seadanya. Allah Maha Mengetahui.

Cuba lakukan perubahan dalam hidup anda. Terima keadaan diri dan bersyukur dengan apa yang ada. Kalau anda rasa susah, ingatlah, ada orang yang lebih susah dari anda. Rakyat Somalia tidak dapat makan dan minum yang cukup, tapi mereka masih teruskan hidup. Kita yang hidup serba lengkap ni, takkan nak merungut?

p/s : Pernahkah anda sekeluarga tidak dapat makan nasi selama 7 hari berturut-turut? Jika tidak pernah, sila berhenti merungut!!


~Untuk beberapa perkara yang aku tak pasti, jika ada sesiapa yang tahu, sila inform di bahagian komen.