I Will Follow You...(^___^)

Tuesday, April 8, 2014

Ceritaku

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera

ohoiii.....oi......lamo bonar tak post kat blog ni..hehe

Beberapa bulan telah berlalu. Macam-macam terjadi dalam hidupku.
Terjatuh, tersungkur, tergolek, gedebuk-gedebak, bangun semula, buat muka selamba, macam tak ada apa-apa, dalam hati hanya Allah S.W.T saja yang tahu.

Apa yang aku maksudkan dengan terjatuh tergolek? haaaa... ni aku nak bercerita....

Pada suatu zaman dahulu (yakni pertengahan tahun 2013, hehe), aku tamat latihan klinikal di sebuah hospital di pantai timur. Maka bermulalah kekalutan untuk menghadapi peperiksaan yang terakhir (sepatutnya laa), Professional exam a.k.a final practical exam. Sementara menunggu hari peperiksaan, berseleraklah aku dan kawan-kawanku menumpang teduh di rumah kenalan di kawasan puncak alam.

Pada hari peperiksaan, macam-macam yang terjadi. Biasa la, ada yang dapat dapat jawab dengan baik, ada yang menangis selepas habis exam. Kebanyakkannya menangis! Aku? Aku tak la menangis tapi agak serabut memikirkan keputusan peperiksaan aku nanti. Aku dah cuba yang termampu. Hari-hari yang berikutnya dilalui dengan penuh gembira untuk mengelakkan diriku dari memikirkan keputusan exam.

Pada bulan Ogos 2013, result pun keluar. Tadaaaaa..... Ada yang lulus, ada yang gagal. Aku termasuk dalam golongan yang gagal peperiksaan akhir. Bermakna, aku perlu sambung praktikal 6 minggu dan exam final kali kedua. Adoiyaiiiii... what can i do? Teruskan saja, demi segulung ijazah yang mungkin takkan memberi apa-apa erti lagi. Ramai yang tanya bila aku akan grad? Aku hanya mampu tersenyum. Hatiku memjawab, belum rezekiku untuk grad.

Kali ini, aku praktikal di sebuah hospital di utara. Sabar, 6 minggu saja. Selesai praktikal, aku dan kawan-kawanku ke UiTM untuk praktis segala skill yang diketahui. Mengharap agar dapat perform dalam exam kali ini. Setelah selesai exam, maka kembalilah aku ke kampung halaman. Menanti keputusan yang mendebarkan. Pada Februari 2014, keluarlah result yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah. Kami semua lulus.

Dengan result itu, maka tamatlah pengajian ku di UiTM selama empat tahun 'lebih'. Kawan-kawan yang senasib denganku berkata "Kalau orang tanya belajar berapa lama, perlu jawab empat tahun LEBIH". Hahah...tepat sekali..empat tahun LEBIH!

Setelah dapat result, hidup terasa tenang. Tak perlu pergi praktikal lagi. Tak perlu exam lagi....
InsyaAllah, Aku akan bergraduasi pada bulan Mei 2014.

Sekian saja kisah hidupku.


~written by NurQaseh90~
08/04/2014 ; 11:29 a.m.

1 comment: