I Will Follow You...(^___^)

Saturday, March 26, 2011

Ku Merindu vs Ku Menunggu

Di hari yang amat tenang ini, aku mendapat ilham untuk berceloteh tentang topik plagiat. Sejak dulu lagi warga Malaysia dan Indonesia bergaduh dan saling tuduh-menuduh. Indonesia kata, Malaysia maling, suka plagiat karya, budaya serta cerita dongeng mereka. Malaysia kata, Indonesia plagiat lagu artis Malaysia. Aku tak tahu yang mana betul dan yang mana salah dalam hal ini. Bagi aku, kalau budaya dan cerita dongeng hampir sama, itu perkara biasa sebab kedua-dua negara sangat berhampiran. Serumpun. Tapi, tentang plagiat karya seni, aku rasa memang tak patut berlaku. Tak salah kalau nak nyanyi atau cover lagu karya orang lain, jika dapat kebenaran dari pemilik/komposer lagu berkenaan.

Tentang tajuk aku ni, "Ku Merindu vs Ku Menunggu". Lagu Ku Merindu nyanyian Shah&Ella released tahun 2006 seingat aku. Lagu Ku Menunggu nyanyian Rossa baru aku dengar hari ini, tapi rasanya dah released dalam tahun 2010.
Disini aku sertakan sekali official music video kedua-dua versi.:

Ini video lagu Ku Merindu, nyanyian Shah&Ella...


Ini pula video lagu Ku Menunggu, nyanyian Rossa



Melodi lagunya memang sama tapi dengan  susunan muzik berbeza. Aku memang tak update tentang lagu-lagu terbaru. So, lambat la aku post pasal topik ini. Dalam youtube dan forum, orang malaysia dan indonesia saling memaki-hamun, mencarut bagai nak gila tentang lagu nyanyian rossa dan ella ni.

Antara perkara yang disebut (tak tahu sama ada fakta atau auta) :

1. lagu ini ciptaan komposer indonesia yang bernama Merry LC
2. Merry LC pernah offer the song to a Malaysian's label but tak pernah dapat confirmation.
3. Merry LC claims that she didn't know the song has been released and sang by ella&shah.
4. Ada juga beberapa orang mengatakan, komposer sebenar lagu ini telah menjual karyanya kepada seorang datuk, warga Malaysia.

Setahu aku, kalau seseorang komposer dah MENJUAL karyanya kepada orang lain, karya itu tak boleh di CLAIM sebagai hak dia lagi. Komposer tu juga tak akan dapat royalti untuk lagu yang dah dijual. Basically, the composer has no right on the song anymore. Menjual lagu tak sama konsep dengan memberi lagu untuk dinyanyikan oleh artis. Kalau bagi lagu untuk dinyanyikan artis, hak cipta masih milik komposer dan dia layak mendapat royalti. Kalau lagu/karya dah dijual, hak milik lagu tersebut berpindah kepada si pembeli dan dia boleh buat apa saja dengan lagu tersebut. Komposer tak boleh claim lagu dia diciplak kalau "Si Pembeli" bagi lagu yang dibeli kepada mana-mana artis.

Aku bukan arif sangat pasal benda ni, tapi dulu cikgu sekolah rendah aku pernah jual lagu kepada artis berkumpulan. Lagu ciptaan cikgu aku ni menang pertandingan peringkat kebangsaan dan artis 2 pn, berminat dengan lagu 2. So, lastly, cikgu aku jual lagu dia kepada artis tersebut dan tak pernah claim apa-apa sampai sekarang kerana dia dah tak ada hak keatas lagu 2. Memang lagu 2 karya cikgu aku, tapi dah menjadi hak milik orang lain. Fokusnya disini adalah "HAK MILIK" siapa? bukannya, karya siapa? Same goes to the song, Ku Merindu a.k.a. Ku Menunggu. Lagu ini, specifically, the original melody, menjadi hak milik siapa? Komposer asal atau pun dah dijual kepada orang lain?

Dalam isu yang sebenarnya tak penting ini, aku rasa semua orang tak perlu melenting. Biar komposer asal serta orang-orang yang terlibat sahaja bercakap pasal kes ini. Sama ada nak saman atau apa-apa sekali pun, biar mereka settle sendiri. Orang lain tak perlu menyibuk, maki-hamun sana-sini.

p/s : aku minat kedua-dua versi......

Tuesday, March 22, 2011

Membazir amalan Syaitan...........

hari ni aku nak membebel pasal "membazir"....
selalunya aku tak banyak cakap dan tak suka nak sibuk pasal hal orang lain...tapi, di hari yang mendung ini, aku nak meluahkan perasaan dalam blog aku yang tak ada orang baca nih.....sebabnya, aku dah penat tegur orang, jangan membazir, tapi tak dilayan....kalau aku buat salah kecik habuk sekalipun, bukan main dapat ceramah agama....tapi, bila depa buat salah terang-terangan, mula la nak tegakkan benang yang basah....hampeh....ingatkan dah pandai bab2 hukum agama, tapi, masih buat perkara yang ditegah oleh Islam.....aku ni bukannya hebat sangat bab2 agama ni.....tapi, aku tak suka tengok orang membazir.....

Sekarang ni, aku selalu nampak kawan2 aku membazir air dan  makanan. Kalau dah tau diri 2 tak boleh makan banyak, jangan la beli makanan banyak2. Ini tak, beli barang ikut nafsu....bila makan tak habis, terus masuk dalam tong sampah. tak ke membazir namanya?
Lepas 2, bab air. Bila kita duduk dalam hostel ni, biasa la....air dan elektrik tak perlu bayar....syukur alhamdulillah...tapi, malangnya, ada beberapa orang kawanku yang tak tau bersyukur...aku tau mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada...tapi bila bab air ni, tak tau la kat mana rasa syukur dilemparkan....time basuh baju manually, suka-suki dia buka paip air dan biar air mengalir sampai melimpah-limpah dalam sinki n atas lantai tandas....air sabun tak payah cakap la....penuh merata-rata...macam tengah cuci toilet pun ada....Masa nak bilas baju, biar ja air mengalir tak henti2...Apa salahnya kalau tadah air dalam baldi untuk bilas baju? Kaedah ni memang macam leceh sikit, tapi tak membazir dan tak memenuhkan toilet dengan air. kalau dah malas sangat, guna la mesin basuh yang tersedia di bilik basuh... Setakat rm2 untuk basuh baju, tak la membazir sangat kalau kita bandingkan dengan bergelen2 air melimpah begitu saja ketika basuh baju manually....
Bila aku tegur, suruh jimatkan air, dengan slumbernya dia bagi jawapan macam ni..
"ala...air ni free...tak pe la...tak puas la guna air sikit2...lagipun dah biasa guna air banyak2 masa kat skolah asrama n matrik dulu"
OMG....senangnya cakap.....hello.....ketika senang ni, boleh la cakap macam tu....cuba bayangkan orang yang hidup susah, guna air sungai untuk keperluan harian....mereka sangat hargai air walaupun tak sebersih mana pun......
MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN.......kalau selama ni, dah biasa membazir, cuba2 la berubah bila orang tegur.....ini tak, bagi macam2 alasan yang tak masuk dek akal.....nak kata tak pandai, dah masuk universiti...nak kata tak biasa hidup susah, padahal asal dari kampung je....hmm...tak tau nak kata apa dah.....maybe dia memang dah terdidik sejak sekolah asrama untuk membazir air macam 2....tak paham la dengan manusia macam ni....mungkin aku berbeza dari mereka yang suka membazir kerna aku sekolah biasa2 saja....sepanjang aku berada disisi parent ketika zaman sekolah, aku tau betapa susahnya nak bayar bil kalau guna air secara berlebihan....dan aku telah di didik untuk tidak membazir walaupun bukan aku yang perlu bayar bil.....arghhhh.....speechless sudah..........sampai bila mereka mahu membazir? AKU BENCI ORANG YANG MEMBAZIR....................

Thursday, March 17, 2011

Belajar VS Ber"program"

Tugas utama seorang pelajar adalah belajar, menghadiri kuliah, siapkan assignment, serta menjawab kuiz/test/exam....

Selalunya, kita dengar lecturer yang membatalkan kelas, untuk hadiri program atau mesyuarat...tapi, perkara sebaliknya yang berlaku sekarang ni.....pelajar yang inform lecturer, kelas dibatalkan sebab ada program yang perlu dihadiri.....kalau program yang sangat-sangat penting, boleh la consider....tapi, kalau setakat majlis perasmian, takkan la sampai kena tangguhkan test?
patut ke student buat macam 2?
Memang la subjek 2 tak susah...tapi, still ada carry marks and masuk dalam pointer.....dan yang paling pelik, kelas yang bermula sedikit lewat pun, perlu dibatalkan, supaya student dapat hadiri program.....program dijangka habis pukul 11pg...kelas yang bermula pukul 10.30pg, turut dikatakan perlu dibatalkan.....tak boleh ke kalau student yang ada kelas, tinggalkan program awal sedikit??? takkan la semata-mata kerana program perasmian, lecturer kena cari masa lain untuk gantikan kelas?? lecturer 2 bukannya sentiasa free...dia mengajar di tempat lain.....seminggu sekali ja dia datang ke kampus "special" ni......

tak faham betul dengan sorang student yang memaksa kelas dibatalkan...kalau dia tak nak attend kelas, suka hati la...nobody cares.....tak perlu la libatkan orang lain....kalau ye pun nak jalankan tugas dia sebagai orang yang berjawatan dalam persatuan, tak perlu la sampai semua classmate kena ikut cakap dia.....excuse me, jawatan awak 2, tak memberi awak kuasa untuk batalkan kelas la.....

huh.....thats all for now...need to calm down a little bit......

LAGU TEMA: Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah



video yang amat hebat....pemandangan pun menarik.....
i'm addicted to the song n video....
tak sabar nak tonton movie Nur Kasih, bulan Mei...huh...lambat lagi 2...........
boleh tahan la suara tizz zaqyah ni....
ramai orang komen, suara dia tak sedap, ada yang suruh bagi misha omar nyanyi, bla..blaa...blaaaa......
orang yang bagi komen2 negatif ni, bukannya tau nyanyi pun...komen ja lebih...haha...
as a beginner, OK la nyanyian dia....tak payah la bandingkan dengan misha omar yang dah memang expert 2.....cuba bandingkan tizz zaqyah n fara fauzana....kih3........btw, i like both of them actually.......