Di hari yang amat tenang ini, aku mendapat ilham untuk berceloteh tentang topik plagiat. Sejak dulu lagi warga Malaysia dan Indonesia bergaduh dan saling tuduh-menuduh. Indonesia kata, Malaysia maling, suka plagiat karya, budaya serta cerita dongeng mereka. Malaysia kata, Indonesia plagiat lagu artis Malaysia. Aku tak tahu yang mana betul dan yang mana salah dalam hal ini. Bagi aku, kalau budaya dan cerita dongeng hampir sama, itu perkara biasa sebab kedua-dua negara sangat berhampiran. Serumpun. Tapi, tentang plagiat karya seni, aku rasa memang tak patut berlaku. Tak salah kalau nak nyanyi atau cover lagu karya orang lain, jika dapat kebenaran dari pemilik/komposer lagu berkenaan.
Tentang tajuk aku ni, "Ku Merindu vs Ku Menunggu". Lagu Ku Merindu nyanyian Shah&Ella released tahun 2006 seingat aku. Lagu Ku Menunggu nyanyian Rossa baru aku dengar hari ini, tapi rasanya dah released dalam tahun 2010.
Disini aku sertakan sekali official music video kedua-dua versi.:
Ini video lagu Ku Merindu, nyanyian Shah&Ella...
Ini pula video lagu Ku Menunggu, nyanyian Rossa
Melodi lagunya memang sama tapi dengan susunan muzik berbeza. Aku memang tak update tentang lagu-lagu terbaru. So, lambat la aku post pasal topik ini. Dalam youtube dan forum, orang malaysia dan indonesia saling memaki-hamun, mencarut bagai nak gila tentang lagu nyanyian rossa dan ella ni.
Antara perkara yang disebut (tak tahu sama ada fakta atau auta) :
1. lagu ini ciptaan komposer indonesia yang bernama Merry LC
2. Merry LC pernah offer the song to a Malaysian's label but tak pernah dapat confirmation.
3. Merry LC claims that she didn't know the song has been released and sang by ella&shah.
4. Ada juga beberapa orang mengatakan, komposer sebenar lagu ini telah menjual karyanya kepada seorang datuk, warga Malaysia.
Setahu aku, kalau seseorang komposer dah MENJUAL karyanya kepada orang lain, karya itu tak boleh di CLAIM sebagai hak dia lagi. Komposer tu juga tak akan dapat royalti untuk lagu yang dah dijual. Basically, the composer has no right on the song anymore. Menjual lagu tak sama konsep dengan memberi lagu untuk dinyanyikan oleh artis. Kalau bagi lagu untuk dinyanyikan artis, hak cipta masih milik komposer dan dia layak mendapat royalti. Kalau lagu/karya dah dijual, hak milik lagu tersebut berpindah kepada si pembeli dan dia boleh buat apa saja dengan lagu tersebut. Komposer tak boleh claim lagu dia diciplak kalau "Si Pembeli" bagi lagu yang dibeli kepada mana-mana artis.
Aku bukan arif sangat pasal benda ni, tapi dulu cikgu sekolah rendah aku pernah jual lagu kepada artis berkumpulan. Lagu ciptaan cikgu aku ni menang pertandingan peringkat kebangsaan dan artis 2 pn, berminat dengan lagu 2. So, lastly, cikgu aku jual lagu dia kepada artis tersebut dan tak pernah claim apa-apa sampai sekarang kerana dia dah tak ada hak keatas lagu 2. Memang lagu 2 karya cikgu aku, tapi dah menjadi hak milik orang lain. Fokusnya disini adalah "HAK MILIK" siapa? bukannya, karya siapa? Same goes to the song, Ku Merindu a.k.a. Ku Menunggu. Lagu ini, specifically, the original melody, menjadi hak milik siapa? Komposer asal atau pun dah dijual kepada orang lain?
Dalam isu yang sebenarnya tak penting ini, aku rasa semua orang tak perlu melenting. Biar komposer asal serta orang-orang yang terlibat sahaja bercakap pasal kes ini. Sama ada nak saman atau apa-apa sekali pun, biar mereka settle sendiri. Orang lain tak perlu menyibuk, maki-hamun sana-sini.
p/s : aku minat kedua-dua versi......
No comments:
Post a Comment