I Will Follow You...(^___^)

Sunday, April 29, 2012

Saya Takut!

haaa...memang aku sangat2 takut skarang nie...takut dengan isu bersih 3.0..
aku belum bersedia dari segi mental, untuk melihat video serta membaca artikel/berita mengenai perhimpunan 2..

Sesetengah orang akan kata,
"Kenapa perlu bersedia mental+fizikal? Nak tgk video je..bukan nk g berdemo pn..."
Sebenarnya, aku mahu bersiap sedia mental+fizikal sebelum menonton serta menghadam segala video, supaya mataku tak dibutakan dengan provokasi atau lakonan..tidak juga tenggelam dalam penipuan..

Aku tak mahu mengikut sahaja apa yang diperkatakan.. aku percayakan mataku..dan, aku mampu menggunakan akalku untuk berfikir...

Moga2 aku mendapat kekuatan untuk mencari fakta dan dapat membezakan auta..
Dulu, masa bersih 2.0, aku terpaksa menonton video2 di youtube sebab kawan2 serumahku suka berbicara mengenainya...jadi, untuk mengelak dari menjadi noob atau pak turut, aku menkaji sendiri video2 serta artikel..

Setakat ini, aku cuma dapat tahu bahawa sepupuku tercedera, ditumbuk serta dibaling botol mineral oleh peserta Bersih 3.0..dia merupakan wartawan yang membuat liputan dikawasan demo diadakan..

Saturday, April 14, 2012

Kasih-Nya Tiada Tandingan.....

Walau terkadang aku lemah,
Aku cuba menjadi gagah,
Aku mahu jadi manusia tabah,
Supaya dapat ku teruskan langkah
Menyusuri jalan yang berliku
Meredah hutan belantara
Mengharungi onak dan duri,
Demi mencapai impian ini..

Kadang ku terlupa,
Kadang ku terleka,
Bahawa hanya Dia,
Mampu memberi bahagia,
Kasih manusia manis rasanya
Namun terkadang melukai hati
Kasih Allah kepada hamba-Nya,
Tiada apa dapat menandingi..



p/s : tak tahu nak tulis apa..ini saja terlintas difikiran...mungkin tak sempurna...


Sunday, April 8, 2012

Assignment Menggunung....

Sejak akhir2 ini, aku hilang idea untuk menulis di blog.. Segala kata2 lenyap dari ruang minda.. Ku rasakan seperti kabus tebal meliputi fikiran ku..huhuhu..

Ini semua gara2 assignment yang bertimbun-timbun, menggunung, macam Gunung Everest.. hah....memang hiperbola..tapi nak buat macam mana..dah memang aku rasa macam tu..hahah..

Hidup ku dipenuhi dengan pelbagai jenis assignment yang membuatkan aku rasa seperti mahu menjerit di atas Gunung Himalaya..

Adesss...stress bertambah2...dah la tak dapat balik rumah..sejak praktikal, aku belum berkesempatan nak balik rumah..sekarang, dah start semester baru..lagi tak ada masa nak balik.. MAKKKKKK!!!!! cheq nak balik......uwaaaaa....(T_T)

Harap2 cuti midsem nanti tidak diganggu oleh assignment..aku nak bercuti puas2..huh..

Pergilah assignment...pergilah....kau tidak dijemput pulang ke kampung...fuhh..fuhh..fuhh....


p/s : stress yang teramat sangat....(T_T)