I Will Follow You...(^___^)

Sunday, April 29, 2012

Saya Takut!

haaa...memang aku sangat2 takut skarang nie...takut dengan isu bersih 3.0..
aku belum bersedia dari segi mental, untuk melihat video serta membaca artikel/berita mengenai perhimpunan 2..

Sesetengah orang akan kata,
"Kenapa perlu bersedia mental+fizikal? Nak tgk video je..bukan nk g berdemo pn..."
Sebenarnya, aku mahu bersiap sedia mental+fizikal sebelum menonton serta menghadam segala video, supaya mataku tak dibutakan dengan provokasi atau lakonan..tidak juga tenggelam dalam penipuan..

Aku tak mahu mengikut sahaja apa yang diperkatakan.. aku percayakan mataku..dan, aku mampu menggunakan akalku untuk berfikir...

Moga2 aku mendapat kekuatan untuk mencari fakta dan dapat membezakan auta..
Dulu, masa bersih 2.0, aku terpaksa menonton video2 di youtube sebab kawan2 serumahku suka berbicara mengenainya...jadi, untuk mengelak dari menjadi noob atau pak turut, aku menkaji sendiri video2 serta artikel..

Setakat ini, aku cuma dapat tahu bahawa sepupuku tercedera, ditumbuk serta dibaling botol mineral oleh peserta Bersih 3.0..dia merupakan wartawan yang membuat liputan dikawasan demo diadakan..

No comments:

Post a Comment