Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini, aku bertambah cemburu dengan seorang sahabat baik aku. Aku dan dia berbicara lagi mengenai kehidupan. Dan ketika berbual dengannya, timbul rasa cemburu. Tapi, bukan cemburu kearah negatif. Aku cemburu ke arah yang positif.
Aku rasa diriku kerdil bila aku bandingkan dengan dia. Memang orang selalu kata, tak perlu perbandingan, jadilah diri sendiri. Tapi bagi aku, perbandingan secara sihat amat diperlukan supaya aku tak syok sendiri dan tersasar jauh.
Dia taklah kaya harta, tak juga rupawan (tapi comel gak la berbanding aku).. Ada beberapa sebab aku cemburu dengan dia. Antaranya :
1) Dia baik.
Ya..dia sangat baik. Suci hatinya. Tak macam aku. Aku suka dengar lagu segala genre. Dia dengar lagu nasyid dan alunan zikir je. Baiknya dia.
2) Dia dibesarkan dengan dikelilingi oleh orang baik2.
Sepanjang aku mengenali dia, dia selalu menceritakan tentang orang2 yang wujud disekeliling dia. Dia punyai seorang sepupu yang sangat rapat dengan dia. Ke mana saja bersama. Yang aku jeles, mereka belajar agama juga bersama-sama.
Dari aku kecil, sampai habis sekolah menengah, tak ada seorang kawan pun yang pernah ajak aku ke kelas/ceramah agama. Aku selalu dengar ceramah agama secara tak sengaja sebab rumah aku berhampiran dengan surau. Kalau ada ceramah di surau, memang akan dengar sampai ke rumah aku. Itu saja cara aku mendengar ceramah. Dia? Sentiasa mengikut kelas/ceramah.
Dia sangat beruntung. Ketika cuti semester, dia belajar agama dengan ustaz yang berhampiran dengan rumahnya. Aku? Entah apa yang aku buat sepanjang cuti sem. Lagha semuanya.
3) Dia sentiasa bersabar
Yang ini, aku paling kagum dengan dia. Dia amat bersabar. Aku tak mampu. Kadang2 aku boleh bersabar, dan kadang2 aku tersasar. Teruknya aku.
4) Dia sentiasa bersangka baik.
Aku bukanlah suka bersangka buruk. Tapi kadang2 terjadi tanpa aku sedari. Dia pulak, sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain.
Sebenarnya banyak lagi sebab aku "cemburu" dengan dia. Tapi, cukup la setakat ini. Aku sedih bila mengenangkan diriku ini. Aku nak berubah. Aku akan berubah. Aku nak jadi macam sahabatku ini.
Jadi kesimpulannya, perbandingan seperti diatas amat bagus supaya aku sedar diri. Supaya aku tak leka dengan kehidupan aku ini.

No comments:
Post a Comment