Seperti yang kita semua tahu, manusia dikurniakan otak serta akal fikiran. Tujuannya adalah supaya kita dapat berfikir dan bertindak dengan tepat. Manusia mampu melakukan perkara-perkara yang binatang tak boleh buat. Manusia boleh berfikir dengan waras dan mampu membezakan perkara yang buruk dan yang baik!!!
Jadi, jikalau anda mengaku anda seorang manusia, mengapa anda tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu atau menuturkan kata-kata?
Tahukah anda, nikmat akal yang dianugerahkan kepada kita sememangnya perlu digunakan sebaik mungkin supaya tak di sia-siakan??
Disini terdapat beberapa contoh perbuatan/percakapan yang dilakukan dengan tidak berfikir/tidak menggunakan akal yang waras.
Contoh 1 :
Seorang pelajar diberi tugasan untuk diselesaikan dalam masa seminggu, namun pelajar tersebut lebih mementingkan aktiviti persatuan/kelab, dan mengabaikan tugasan yang diberikan. Tugasan tersebut hanya dimulakan pada malam sebelum "due-date".
==>Pelajar ini tidak dapat membezakan perkara yang penting dan perkara yang kurang penting. Adakah pelajar ini telah menggunakan akalnya dengan baik?
Contoh 2 :
Beberapa orang sahabat sedang berbincang..
A : Esok awak nak ke bandar kan? Boleh tak awak tolong pergi ke bank, untuk membayar sewa?
B : Boleh, tak ada masalah. Lagipun, ditempat kita ini, tak ada cash-deposit.
Tiba-tiba...
C : Eh..kita tak bayar sewa lagi. Sepatutnya bayar hari ini. Esok kena bank-in awal-awal pagi la.
A : Mangkuk Ayun!!! Kat sini kan tak ada cash-deposit!! (menjerit dalam hati)
==>Situasi ini menunjukkan "C" telah berkata-kata tanpa berfikir bahawa dikawasan tempat mereka tinggal tidak ada mesin cash-deposit dan perlu mengambil masa sejam untuk ke bandar. Ini bermakna, "C" tidak menggunakan akalnya untuk berfikir secara kreatif dan logik!!!
Contoh 3 :
Beberapa orang pelajar sedang berbincang tentang situasi mereka diluar kampus. Salah seorang dari mereka memulakan bicara.
A : Saya rasa kita perlu menjimatkan penggunaan elektrik.
B : Betul, saya setuju.
C : Saya juga bersetuju. Tetapi, kita akan membeli peti ais, jadi, penggunaan elektrik akan meningkat.
D : Kita perlu membeli peti ais satu pintu. Peti ais dua pintu akan menggunakan elektrik yang banyak kerana perlu menyejukkan dua ruang.
A, B, & C bermonolog dalam hati masing-masing :
"Bukankah lebih jimat elektrik jika gunakan peti ais dua pintu? Jika kita membuka pintu atas (freezer), hanya sedikit tenaga diperlukan untuk menyejukkan semula ruang freezer tersebut. Berbanding dengan peti ais satu pintu (sama saiz n kW), apabila kita membuka pintu untuk mengambil barang ditempat freezer, keseluruhan ruang dalam peti ais perlu disejukkan semula. Ini memerlukan tenaga elektrik yang LEBIH BANYAK!!!"
==> Situasi ini pula menunjukkan "D" hanya berkata-kata mengikut hatinya sahaja, dan bukannya menggunakan akal untuk berfikir dahulu. A, B, dan C pula berjaya menggunakan akal mereka dengan baik dan telah berfikir secara logik.
"Mini-doors give you easy access to items most often used. The main door is opened less often, which saves energy" ~Sumber DISINI...
Setakat ini sahaja celoteh saya. Sekian, Assalamualaikum.
Renung-renungkan, Selamat berfikir..=)
p/s : Percubaan pertama menulis menggunakan bahasa baku. Memang pelik sikit. Tapi, inilah luahan hatiku dikala sahabatku bersikap seperti diatas. hehehehehe.....
No comments:
Post a Comment