I Will Follow You...(^___^)

Saturday, October 15, 2011

Hari Yang Sangat Bermakna Dalam Hidup....

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tajuk yang diatas, aku rasa, hari ni memang sangat bererti buat diriku. 
Kenapa? Bukan sebab dapat hadiah, bukan sebab dapat duit, bukan juga sebab dapat boyfriend.

Hari ini aku menghadiri sebuah program motivasi yang aku rasa terbaik. Selama ni, aku dah join macam-macam jenis program motivasi, di sekolah, hotel, kelab golf pun pernah. Walaupun tempat-tempat sangat hebat, tapi, pengisiannya tak sehebat program hari ni. Program ni dikelola oleh Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan bertemakan, Mukmin Profesional: Mahasiswa. Antara penceramahnya, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, En. Mohd Arif, serta dua orang lagi yang aku terlupa nama mereka.  
(Teruk betul aku ni. )

Program yang diadakan hari ni begitu menyentuh hati aku. Ya! Sangat terkesan. Menitis air mata tatkala topik tentang dosa disebutkan, terutamanya dosa terhadap ibu bapa. Merambu ayaq mata cheq..huhu..

Aku ni memang susah nak menangis. Konon malu dengan orang. Tapi, sejak dah masuk UiTM ni, kerap air mataku jatuh membasahi pipi..(macam ayat novel la...haha)

Ketika penceramah menyampaikan segala ilmu mereka, aku rasa seperti orang yang tak punya apa-apa. Kosong betul minda aku ni. Apalah sangat diriku ini kalau nak dibandingkan dengan mereka yang berakhlak mulia serta berpengetahuan yang sangat luas. Hanya dengan kata-kata, mereka berjaya menyentuh hati setiap insan yang berada didalam dewan itu, terutamanya hati orang macam aku ni.
Sepanjang program ni berlangsung, aku mendapat banyak input dan kata-kata hikmat yang bermanfaat. Jadi, aku nak kongsikan beberapa dibawah ni. Antaranya ialah :

1. Ilmu ibarat air terjun yang sentiasa mengalir, meluas serta menyejukkan hati, membersihkan jiwa.

2. Repetition is mother of Knowledge.

- memang tepat sekali. Kalau setakat belajar dalam kelas/kuliah, tapi tak ulangkaji dirumah, sudah tentu ilmu itu akan terluput dari minda.

3. When you stop learning, you stop leading.

- bak kata penceramah, pemimpin perlu mempunyai ilmu, dan perlu sentiasa update ilmu. Kalau tak, mustahil pemimpin tu boleh memimpin orang lain.

4. Jadilah kamu umpama dua tangan dan jangan jadi umpama dua telinga.

- walaupun telingan kita (kiri & kanan) dalam kedudukan sangat rapat, tapi, tak pernah bertemu.

- tangan pula, walaupun jauh, tapi sentiasa berinteraksi. Kalau tangan kiri kotor, tangan kanan tolong bersihkan, dan begitulah sebaliknya.

- Hal ini menunjukkan bahawa kita perlu berinteraksi, serta berkomunikasi dengan baik

5. Action speaks louder than word.

- ayat ni semua orang dah pernah dengar. Tak guna bercakap kalau kerja tak jalan.

6. Buatlah kebaikan yang akan terus hidup walaupun setelah kamu mati

-erinya, kita perlu buat perkara yang bermanfaat kepada orang lain sepanjang masa, walaupun kita dah meninggal dunia.

7. Berbuat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita.

-perkara inilah yang susah sangat nak dipraktikkan. selalunya, kita akan balas balik perbuatan orang terhadap kita. Sebagai contoh, jarang sekali kita belanja makan orang yang dah fitnah kita. Betul tak?

8. Hidup untuk Memberi

9. Visi Tanpa Misi adalah MIMPI.

10. Bagi sesiapa yang mencari kebenaran, dia pasti akan menemui kebahagiaan.

11. Makan untuk HIDUP, HIDUP untuk BERIBADAH.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku dengar dari program motivasi tu, tapi, aku tak sempat mencatat sebab terlalu khusyuk mendengar. (cewah...padahal, lmbt sgt menulis)

Ok la..cukup setakat ni celoteh aku. Bukan ada orang nak baca pun. haha. 
Sekian. Assalamualaikum.


p/s : Sakit kepala+mengantuk. Roommates pun dah lenyap ke alam mimpi. Aku nak join sekaki.

No comments:

Post a Comment