I Will Follow You...(^___^)

Thursday, October 13, 2011

Handsome, Macho atau Gentlemen?

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak cerita pasal kisah yang berlaku lebih kurang 13jam yang lepas. hahah...
Apa kena mengena dengan tajuk kat atas tu?

Sebelum ni, kawan-kawan aku asyik cerita pasal ciri-ciri lelaki idaman. Selalunya, aku layan je. Tapi tak ambil kisah sangat. Sebab bagi aku, semua sama saja. Antara ciri-ciri yang sering disebutkan adalah :

  • Handsome
  • Macho
  • Memahami wanita
  • Gentlemen
  • Berbudi bahasa
OK...banyak lagi ciri-ciri lain yang tersenarai. Tapi, aku malas nak taip.

Dalam banyak-banyak 2, aku selalu nampak lelaki sopan, lelaki handsome, lelaki macho.
Jarang sekali aku jumpa lelaki bersifat gentlemen ni, especially kat dalam kampus ni.

Haa...macam mana sifat gentlemen 2? Mengikut kamus SukaHati (NurQaseh,2011), lelaki gentlemen adalah lelaki yang
  1. menghormati wanita selayaknya
  2. suka membantu orang lain
  3. berbudi-bahasa
  4. tidak ego
  5. tidak perasan hebat
Agak pelik aku punya definisi untuk "gentlemen" ni.
Well, it is very subjective actually. It depends on how you interpret the word.

Biarlah apapun maksud disebalik perkataan tu, yang sebenarnya aku memang dah melalut. Intro melebihi isi. Patut la exam tak dapat A. hahaha...

Cerita asal yang menimbulkan idea untuk post ni sebenarnya macam ni....

Pukul 12.10tgh hari tadi, aku dari hostel (tumpang bilik kawan) nak ke pejabat HEP.

Dengan kaki yang dah fatigue akibat menjadi bahan research seniorku, aku berjalan dengan gaya macam robot, sebab nak control rasa sakit 2.

Bila aku menghampiri salah satu pintu di Kompleks Rafflesia, muncul dua orang pelajar lelaki yang juga bergerak kearah pintu (dari arah dalam). Salah seorang dari mereka terus melencong ke pintu lain(sebab memang ada banyak lagi pintu).

Seorang lagi tetap menuju ke pintu yang ada betul-betul depan aku. Of course aku berhenti kat sebelah pintu tu dan tunggu orang tu keluar. Tapi, dia masih tak keluar walaupun dia dah buka pintu. Aku pun pandang muka dia (nak tengok kenapa dia tak bergerak).

Bila aku tengok dia, dia pun bagi isyarat suruh aku masuk. Waaaaaahhh....tetiba aku rasa dia sangat gentlemen walaupun aku tak kenal dia. Dia sanggup buka pintu dan tunggu aku masuk, baru dia keluar. Walaupun sesetengah orang anggap perbuatan dia tu biasa ja, kat dalam kampus ni, jarang aku jumpa lelaki yang tolong buka pintu dan bagi laluan kepada perempuan. So, agak kagum dengan orang tu.

Selalunya, semua orang nak cepat kerana sibuk dengan hal masing-masing. Tak ada masa nak jadi gentlemen (kononnya). Ada yang sanggup bersesak-sesak, ada yang jalan laju tak tengok kiri-kanan sampai terlanggar pelajar perempuan, sebab nak cepat.

Terima kasih kepada orang yang tolong buka pintu untuk aku tu. Dia berjaya mengubah sedikit tanggapan negatif aku mengenai lelaki di Puncak Alam ni.

Setakat ini saja aku punya celoteh. Sekian, Assalamualaikum......

p/s : Aku tak suka lelaki yang memalukan aku didalam kelas dengan lawak yang sangat pathetic. Nak melawak pun kena la bertempat.

No comments:

Post a Comment