I Will Follow You...(^___^)

Tuesday, November 15, 2011

Bercuti : Raya Haji vs Trip ke Pangkor

Holla everybody......(mcm la ada org baca blog nih..)..hahah


Dah agak lama aku tak update blog ni. Banyak kerja nak kena settle. Time cuti raya haji plak, kesihatan  tak mengizinkan aku buat apa2 pun kat rumah. Orang lain sibuk makan daging korban, aku sibuk telan macam2 jenis ubat. fuhhh....mencabar betul cuti kali ni.


Tapi, walaupun 5hari terseksa, akhirnya aku boleh bergembira. Sabtu lepas, aku join trip ke Pangkor. Trip ni melibatkan Persatuan Taekwon-Do UiTM Shah Alam, Puncak Alam & Puncak Perdana. Terbaik! Memang enjoy, walaupun belum betul2 sihat sebenarnya. huhu


Hari jumaat, 11Nov, aku naik bas pukul 10.00pagi kat terminal Kangar, menuju ke Seksyen 17, Shah Alam. Ni first time aku turun kat Shah Alam. Nasib baik ada abang aku yang sedia menjemput kat sana. Perjalanan yang panjang memang memenatkan. Aku sampai Shah Alam around 6pm. Lepas 2, gerak ke Seksyen 2 untuk menjemput member ku, Fadilah. Dia sampai lambat, so aku & abang aku decide untuk makan dulu. Lapar beb, duduk dalam bas lama2. Restoran Ani Sup Utara menjadi pilihan. Sedap sup dia. Tapi, sup kat branch kat Plaza Alam Sentral lagi best. heheh..


After member aku sampai, kitorng pun bergerak ke UiTM Shah Alam, Kolej Seroja. Macam biasa la. Bila masuk dalam UiTM induk, confirm sesat. Tambah2 plak, malam. Gelap. Bersiar-siar dalam UiTM, dan akhirnya, jumpa gak Kolej Seroja, atas pertolongan kawanku, Yazi. haha..thnx ye....


Malam 2, aku & Fadilah tumpang bilik Yazi. Room8 dia belum balik, So, ada la katil untuk kitorng berdua. Keesokkan harinya, awal2 lagi aku & fad dah bangun. Excited nak pergi Pangkor..hahah.. Pukul 7 lebih, kitorng turun ke bus-stop bersama-sama dengan yazi & Amal. Hujan renyai2. 


Sepanjang perjalanan ke Lumut, aku layan perasaan ja..hihih...macam biasa la. Aku tak reti nak tidur dalam bas. So, aku cuma menikmati pemandangan luar. Cantik. Lalu jalan lama, kawasan kampung. Sampai kat Lumut, lama gak kami semua tunggu untuk naik feri. Aku mengantuk macam sehari tak tidur. Padahal baru tengah hari. huhu..


After naik feri, aku pun pilih untuk layan pemandangan. Snap2 gambar. 





Sampai kat Jeti Pangkor, kitorng naik van untuk ke chalet. Van PINK! Elergic ooo....hahah.... Sampai kat chalet, ada sedikit penerangan & pemberian kunci bilik. Aku sebilik dengan Fad. 


Petang 2, aktiviti snorkeling. Kena naik bot ke pulau ape ntah. Lupa plak aku. Aku ni boleh la berenang sikit2. Tak expert pun. huhu... Aku tak suka pakai goggle yang disediakan 2. Buat air masuk hidung aku je. Lebih baik aku bernafas sendiri, tak payah guna paip yang ntahpape 2. Best dapat tengok ikan. Best dapat swimming. Tak best sebab tertelan air laut. errghhh...MASIN! terus kenyang perut aku. hahah..


Dalam pukul 6, bertolak semula ke pantai. Ada yang sambung mandi-manda, ada yang main volleyball. Aku? Menjadi penonton yang setia. Teringin nak main volleyball, tapi tak reti, so, jadi penonton je la. Seronok tengok diorang main..huhuhu....


Then, malam 2 BBQ. Tapi tak la macam BBQ sangat sebab makanan semua dah siap terhidang. hehe. 


 ikan bakar....sodap2....

ni baru sebahagian dari makanan yang ada...heheh...

Kitorang semua turun untuk makan je. Kat meja aku ada 6orang. Aku, Fad, Aznizah, Dyana, n 2 orang lelaki.     tak silap aku nama diorang ammar n afifi. kalo salah, sorry...heheh... Memang melantak sakan la. Seronok aku tengok Ammar & Az makan. hahah. Memang sporting habis. Diorang la yang menghabiskan makanan. Bagus! Tak membazir. Aku nak makan banyak, tapi perut belum betul2 sihat. Sabar je la..


After makan2, ada sesi LDK. Bahagi2 group, aku masuk group KATAK. Ong..Ong..Ong...hahahah. Kelakar la aktiviti malam 2. Group Ong asyik bertekak dengan Group Nyet2. Dah la duduk sebelah2. Group lain adalah Kucing "meow meow" & Ular "Black Mamba".... Presentation untuk logo n moto setiap group memang hebat! Semua buat yang terbaik! Ini la semangat yang kita nak...hahahah.... Lepas 2, sambung pulak dengan game "Marina-Menari-Menara" & "Badang-Jin-Puteri"... Memang lawak habis. Gelak sampai sakit perut. haha.. Congrats to group Meow sebab menang game "Badang-Jin-Puteri"....


Habis ja aktiviti LDK, semua buat aktiviti masing2. Ramai yang pergi jalan2 & minum2. Aku terus balik bilik sebab rasa macam tak sihat je. hmm...


Hari ahad, awal2 lagi dah bergerak ke pantai. Aktiviti yang memenatkan. Rugi, aku tak dapat join sesetengah aktiviti sebab rasa macam nak pitam jek! Hadoi...time ni la BP nak low kn....masalah yang sama dari zaman sekolah dulu, sampai sekarang! Aku join time aktiviti kumpulan. Kena angkat orang. Nasib baik ada ahli yang memang ringan. So, senang la kerja aku nak mengangkat. Tapi, lepas 2, aku pening lagi. Kena rehat lagi.... Next, Self-defense. Yang ni aku suka. heheh. Pening pn xpa. Still boleh join. Tendang2, Tepis2, Jatuh2, Pulas2 tangan orang. Memang best! Last2, tangan aku kena pulas dengan instructor.hahah. SAKIT! 


Selesai aktiviti hari 2, diteruskan dengan sesi bergambar. Aku snap2 gambar candid.


 ni yang dah siap edit...xdak keja...






Puas bergambar, terus bergerak untuk breakfast. Makan nasi lemak. Sedap. Tapi aku tak dapat nak makan sambal banyak2. PEDAS.. Nanti tak pasal2 sakit perut guling2 plak. Lepas makan, aku n Fad gerak ke bilik. Kemas2 barang. Cadangnya, after kemas barang n mandi, nak jalan2 jap. Tapi tak sempat. So, terus berkumpul kat lobi chalet. Time ni, aku snap2 lagi. Muka aku xda la. Malu laaa....ahahaha.....






Lepas dah berkumpul, naik van PINK lagi, untuk ke Jeti Pangkor. Kat atas feri, aku snap2 sakan. Tapi, lebih banyak gambar pemandangan berbanding muka orang. Sorry guys....hihihihihi......








Sampai kat Lumut, SHOPPING TIME!!!! Walaupun dah banyak kali aku menjejakkan kaki ke Lumut, aku tetap nak shopping gak. hahah. Ni dah hampir 10kali aku p Lumut. Tapi kali ni aku beli sikit2 je. t-shirt labuh yang cantik, keropok ikan untuk aku n my beloved brother, n sedikit buah tangan untuk housemates ku sekalian. 


Wahhh...panjang bebenor post kali ni. Well, ni namanya excited terlebih. Hopefully lepas ni ada trip ke pulau lain plak. Tioman ke, Redang ke, mana2 pun tak pe. hahah. Xpn, g camping kat hutan ke, best gak...hihihi...


Nak lagi? Baca kat SINI...


Sekian, ponat eden menaip. Assalamualaikum w.b.t.
p/s : merapu sakan kali ni......(^_____^)



2 comments:

  1. hehe..awak nih...malu saye sampai dok link kat blog saye..nnt awk join jd kwn utk blog saye eh.. :)

    ReplyDelete
  2. jgn la malu2...sje2 nk link...=)
    xjmpe follow button kat blog awk lerr....huhu

    ReplyDelete