I Will Follow You...(^___^)

Thursday, November 17, 2011

Special Entry For a Special Group of Special People....=)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti tajuk diatas, entri kali ini khas buat orang2 SPECIAL yang aku jumpa dalam group SPECIAL di facebook.

Kenapa mereka special?

Sebab mereka hebat.

Apa yang hebat sangat?

Mereka bersatu hati.

Untuk apa?

Untuk membanteras gejala tak bermoral dalam facebook. Dan semestinya, mereka lakukan semuanya kerana Allah S.W.T.

Setakat aku menulis entri ni, dah 17 group/profile tak senonoh telah berjaya di"BAKO" oleh ahli2 group ni. Semua bekerjasama me"report" group dan profile2 yang menjelikkan.
Group ni baru berusia dua hari tapi dah berjaya hapuskan 17 group/profile. HEBAT!
Untuk hari pertama, 9 group dihanguskan. Hari kedua, sudah 8 group. Dan hari kedua masih belum berakhir. Semoga lebih banyak group/profile yang tak bermoral akan dihanguskan oleh group TERHEBAT ini.

Inilah group "MENENTANG PAGE BOHSIA MURAHAN DEMI ISLAM" (MPBMDI). buat short-form pun masih panjang jugak...hihihi.....

Mula2 aku join group ni, agak terkejut sebab banyak sangat link untuk page/profile yang tak senonoh. Malu tengok perangai budak2 zaman sekarang. Budak sekolah pun dah pandai tayang body, half naked. Malu! Malu! Aku yang tengok profile budak2 ni pulak yang malu. Ada juga page yang mengaibkan orang lain. Ini lebih menyakitkan hati. Kesian mangsa2 yang terkena.

Mujurlah ada group MPBMDI ni. Aku akan sokong sepenuhnya. Sejak menyertai group ni, aku mempunyai tujuan baru untuk ber'facebook'.. Kite Bako! Kite Bako! hihih...=)

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT!

2 comments:

  1. ha'ah...seronok....especially bila tgk list yg dh hangus terbako.....hihihih.....:p

    ReplyDelete