I Will Follow You...(^___^)

Thursday, November 17, 2011

Cinta Seorang Gadis



Disebuah rumah teres, seorang gadis sedang asyik berbalas SMS dengan seorang kawan lelaki. Kawannya itu dikenali beberapa bulan yang lepas dan mereka semakin rapat.

Lelaki : Awak, saya suka tengok awak. Awak baik. Sejuk mata memandang.

Gadis : Jgn la puji2 macam 2. Semuanya adalah kurniaan Allah S.W.T.

Lelaki : Awak, sudi tak awak jadi kekasih saya? Saya janji, saya takkan kecewakan awak.

Gadis : Boleh ke awak janji akan menjaga saya setiap masa, 24/7? Tak boleh kan?

Lelaki : Boleh.

Gadis : Awak mesti nak ke kelas, nak keluar dengan kawan2, nak mandi, nak buat macam2 lagi. Bukan sepanjang masa awak boleh menjaga saya.

Lelaki : Err..tapi awak sentiasa dalam hati saya.

Gadis : Tapi, Allah S.W.T boleh menjaga saya 24/7. Tak perlu SMS, tak perlu call. Hanya perlu mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya Setiap detik Dia menjaga keselamatan saya. Saya cintakan Allah. Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun kadang2 saya lalai.

Lelaki : hmm.....betul cakap awak. Allah sentiasa menjaga manusia, tak kira waktu. Saya tak mampu jaga awak macam 2.


Beberapa bulan kemudian,


Lelaki : Awak, saya sayangkan awak. Boleh tak saya nak panggil awak "sayang"?

Gadis : Perlu ke macam 2? Bukan ke perasaan sayang 2 boleh dirasa? Tak perlu diucapkan sepanjang masa untuk membuktikannya.

Lelaki : Yela. Saya tak panggil macam 2. Tapi, awak sayangkan saya tak?

Gadis : Kasih sayang saya untuk semua orang. Awak pun ada dalam lingkungan 2.

Lelaki : Bahagianya saya. Berapa peratus awak sayangkan saya?

Gadis : 0.01%.

Lelaki : Sikitnye? Yang lain untuk siapa? Awak dah ada kekasih lain ke?

Gadis : Ye. Saya ada kekasih lain.

Lelaki : Siapa? =(

Gadis : Kasih sayang saya 100% untuk Allah. Dalam 100% tu, 60% saya sayangkan keluarga saya kerana Allah. 30% saya sayangkan kawan2 saya kerana Allah. 10% saya sayangkan diri sendiri kerana Allah. Awak termasuk dalam 30% untuk kawan2. Saya ada ramai kawan. So, kena bahagi sama rata. Cukup la 0.01% untuk awak. heheh..

Lelaki : Owh...macam 2 ke. Tapi, kenapa untuk kawan2 lebih dari diri awak sendiri?

Gadis : Sebab ustaz saya pernah berpesan, iman seseorang muslim tidak lengkap selagi dia tidak menyayangi saudaranya lebih dari diri sendiri....


@~~~Begitulah al-kisahnya. Sayangilah keluarga anda kerana mereka tiada gantinya. Sayangilah sahabat anda dan hargailah mereka kerana merekalah yang sentiasa berada disisi anda bila anda memerlukan teman, dan Cintailah Allah kerana cinta kepada-Nya takkan pernah mengecewakan.

p/s : Nukilan yang serabut sedikit. Idea yang datang ketika sakit kepala, sambil menunggu lif selama 20minit.

Copyright reserved. NurQaseh90.

No comments:

Post a Comment