I Will Follow You...(^___^)

Sunday, October 30, 2011

Bicara Cinta

Sejak akhir2 ni, kawan2 aku suka sembang tentang hati, perasaan, cinta dan kahwin. Bukan sebab gatal atau tak sabar2 nak kawin, tapi sebab berfikir tentang cara memelihara diri dari cinta duniawi yang membutakan mata hati.

Antara isu2 yang timbul adalah, kahwin awal, cinta selepas kahwin, couple, ber-sms dengan sahabat lelaki, menyukai seseorang dalam diam, dan macam2 lagi.

Semalam, aku bersembang dengan 2 orang sahabatku, aku dapat tahu rupa-rupanya mereka juga mengalami masalah yang sama dengan aku. Namun, aku telah hampir berjaya menyelesaikan masalah aku. Jadi, mereka mahu aku kongsikan cara-cara aku mengatasi masalah itu.

Apakah masalah yang dimaksudkan? Ia berkenaan dengan ber-SMS dengan sahabat lelaki. Sekali lagi diulangi, SAHABAT lelaki. Bukan kekasih ye. Dulu, aku berkawan dengan semua orang. Lelaki dan perempuan aku layan sama saja. Aku tak rasa ber-SMS tanpa sebab yang penting adalah salah. Tapi kini, aku dah tersedar. Perbuatan ku dulu adalah salah. Totally wrong!

Terima kasih kepada sahabat aku yang telah membuka mata ku. Kaulah sahabatku, dunia dan akhirat. Kawan aku selalu mengajak aku mengikuti ceramah2 agama serta program2 yang berkaitan dengan agama. Sedikit sebanyak, aku mula tersedar akan kesilapan ku yang dulu.

Kini, aku tak suka ber-SMS. Call, jauh sekali. Aku suka keadaan sekarang. Aku jarang topup. Selalu tak ada kredit. Kalau ada pun, cuma cukup untuk call mak. Bila aku menjauhi handset, aku juga berjaya menjauhi SMS yang karut-marut. Bukan aku tak ada handset, tapi, kurang menggunakannya. Itu saja cara aku menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina hati. Walaupun cara aku tak hebat mana, tapi aku harap sahabat aku juga dapat gunakan cara ini untuk mengatasi masalah mereka.


2 comments: