Kali ni, aku memang betul2 tak tahu nak jawab test. Main tembak2 sesedap rasa ja. Ini semua sebab tak sempat study topik2 yang ada.
Bayangkan la, nak hafal macam2 jenis ubat, dengan pelbagai contoh, description serta pelbagai perkataan pelik2 yang tak pernah tengok. Mesti la ambil masa yang lama untuk study. Tapi, tak elok merungut....huhu...
Dengan masalah kepala yang kerap pening2 bila study lebih dari sejam, aku tak dapat nak stay-up macam orang lain. Terpaksa akur dengan tuntutan kepala untuk berehat apabila "alarm" sudah di"activate"kan. Kalau aku teruskan study bila kepala dah sakit, aku akan dapat second "alarm" iaitu, photophobia a.k.a. sensitif kepada cahaya. Bila 2nd alarm dah berbunyi, memang tak dapat buat apa2 selain telan panadol dan tidur.
Kadang2 aku risau dengan masalah kesihatan sendiri. Asyik2 sakit kepala. Migraine ke ni? Aku malas sikit kalau bab2 jumpa doktor ni. Sebab selalunya bila aku jumpa doktor, dia akan bagi panadol, tanpa apa2 penerangan tentang sakit aku ni. Kalau setakat panadol, aku boleh beli sendiri la. Buang masa ja tunggu kat hospital 3jam. Aku jumpa doktor sebab nak tahu kenapa kerap sakit kepala, bukannya nak minta panadol free. Doktor zaman sekarang memang macam ni agaknya. Dia tahu nak prescribe ubat ja. Tak reti2 nak explain kat patients. Menyampah aku jumpa doktor. BUANG MASA..!!
Sekarang ni, aku masih meneruskan terapi mata yang dh masuk setahun ni. Agak lama aku menjalani terapi, sampai aku dah tahu setiap procedure dan ramai student final year optometry dah kenal aku. Even lecturer opto pun dah hafal nama aku....haha...nampak sangat mata aku memang teruk.
Lateral deviation ni memang jarang dijumpai. Kalau ada pun, semua tidak mendapatkan rawatan yang proper. So, aku rasa special sikit, walaupun ada masalah yang teruk ni. Walaupun keadaan mata aku ni bermasalah, tapi, at least aku dapat membantu orang lain untuk betul2 memahami tentang penyakit ini. Kadang2 aku rasa macam dijadikan bahan ujikaji. Tapi, aku tak kisah pun. Aku still dapat benefit dari "ujikaji" mereka.
Setakat ini saja bebelan ku. Masa untuk menyiapkan assignment. Sekian, Assalamualaikum....=)
First time dengar masalah lateral deviation...mgkin sbb tu awak selalu pening kepala plus dengn severe silau...
ReplyDelete