Apakah erti sahabat sejati?
Apakah erti persahabatan?
Selalunya, kita akan sebut si A atau si B sebagai bestfriend kita. Tahukah kita erti sebenar "bestfriend"??
Apakah yang telah kita lakukan kepada sahabat kita, sehingga kita layak menggelarkan diri sendiri sebagai "bestfriend" orang itu?
Manusia sekarang begitu mudah mengeluarkan kata-kata manis ketika dalam kesenangan. Namun, ketika dalam kesusahan, adakah kita akan tetap teguh dengan janji-janji manis itu? Ataupun, kita akan mengubah pendirian, mengikut kepentingan diri?
Ketika senang, segala perkara dilakukan bersama. Pergi ke kelas, kafe, shopping, dan segala jenis aktiviti akan dilakukan bersama "sahabat".
Ketika susah, sesetengah orang akan mula berubah. Ada yang bertelingkah, menegakkan pendirian masing-masing demi kesenangan diri sendiri. Lebih sanggup meninggalkan sahabat, daripada diri sendiri mendapat kesusahan. Biarkan sahabat terkapai-kapai bersendirian.
Beginikah sikap kita yang kita sendiri gelarkan sebagai sahabat sejati? Tak sanggup berkorban untuk sahabat. Layakkah kita mendapat sahabat sedangkan kita lebih mementingkan diri sendiri? Padahal, kita disarankan oleh agama, untuk menyayangi orang lain, seperti kita menyayangi diri sendiri.
Malulah kita menggelarkan diri sebagai SAHABAT jika perbuatan kita tidak menggambarkan sebagai seorang sahabat.
"Selama ini, ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini. Namun sehingga kini, belum ku temui insan yang sudi memberi sokongan, pengorbanan, dan pengertian......."
"Pilu hati ini, mengenangkan sahabat yang tidak mengerti. Ku amat menyayangi mereka kerana Allah, namun mereka menganggap persahabatan hanya mainan di dunia....."
sahabat sejati ibarat keluarga kita sndiri. sgt susah mahu dapatkannya. tapi boleh dicari. hehehe
ReplyDeletethnx syamilah....=)
ReplyDelete