I Will Follow You...(^___^)

Sunday, December 4, 2011

Pelik : Aku atau mereka?

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari ahad yang tenang ni, aku nak berceloteh tentang perkara2 pelik yang aku rasa tak pelik pun sebenarnya. Jadi, apa yang peliknya? hahah...

Seperti biasa la, masalah aku mesti berkaitan dengan kawan2. Bagi mereka, segala perkara yang aku buat adalah pelik. Aku join taekwon-do, aku suka 'camping', aku suka buat benda2 adventure such as Skytrex, aku masuk pertandingan kayak, dan yang paling tak boleh aku terima, aku tengok cermin pun ada orang gelak2, kata pelik gak. Haishhh....biasa la kalau tengok cermin, takkan la dia 2 tak pernah tengok cermin kot?? Kamon la kawan, ada ke perempuan yang tak pernah tengok cermin. And, kalau kau tak pernah tengok cermin, buat apa kau beli cermin BESAU gedabak, letak kat dalam rumah??

Aku ni sentiasa cuba nak bersabar dengan perangai mereka2 nih, kadang2 rasa macam nak meletup. Sampai bila aku mampu bertahan? Takkan la semua benda aku nak buat, kena dapat permission dari mereka? Kalau mereka kata pelik, aku tak boleh buat la? Gilooooo kot. Hidup aku tak sama dengan mereka. Jiwa aku tak sama dengan mereka. Selagi aku rasa sesuatu perkara yang aku nak buat 2, tak salah dan tak melanggar peraturan dalam Islam, aku tetap akan buat.

Tak perlulah jadi extremist dalam beragama. Takkan nak bersukan pun tak boleh. Bukannya aku pakai baju kecik, seluar sendat. Aku masih kekalkan cara berpakaian yang sesuai menurut Islam. Aku tahu, ilmu agamaku tak setinggi mereka, tapi, bukan juga terlalu cetek, sampai tak tahu bezakan yang baik atau buruk.

Kalau aku buat sesuatu, ada saja yang tak kena. Semua benda nak di komen dan aku terpaksa terima. Tapi bila aku tegur kesalahan mereka, mula lah nak tarik muka masam. Kalau mereka buat kesalahan apapun, tetap tak boleh tegur. Hmm...macam mana nak terbuka minda 2? Kononnya "sahabat perlu saling mengingatkan". Habis 2, yang kau tak boleh terima teguran 2 kenapa? Dah terang2 kau buat salah. Terima lah, dan cuba berubah. Bukannya buat alasan macam2, untuk menegakkan benang yang basah!

Manusia2....memang selalu berkata-kata sesedap rasa, merubah pendirian/pernyataan, sesuai dengan kepentingan diri sendiri. Selagi boleh, manusia akan cuba menyalahkan orang lain dan tak mahu terima kesalahan sendiri. Ingatlah, tak ada manusia yang sempurna. Jadi, terimalah kesalahan sendiri dan tak perlu malu dengan kesalahan yang kita buat. Belajarlah dari kesilapan....

Dan aku masih belajar dari kesilapan yang berulang-ulang. Salah memilih kawan!

Wednesday, November 30, 2011

NurQaseh Quickie - Love in the Silence of the Dark Night

I don't know how to express it into words..
but somehow, deep down inside, i have a weird feeling that sometime makes me feel unease..
That guy....i don't really know him, and he don't know me..but, i think i like his character, so far...
A decent guy, with nerdy look...hahah...
And i know, he is in love with someone else. Good for him.


Saturday, November 19, 2011

Whatever!

Okei..Now I'm pissed off...huh...

I really tried to take a deep breath and forget about it, but it seems like the other person always try to provoke me. Come on, don't be childish. You should be more mature than me 'cause you are older than me. Or, you didn't realize it?

As far as i'm concerned, a subject's identity in a research should be private and confidential. I'm really curious why this person is trying to know who is the subjects. They already submitted the things you want. Why asking for their identity anyway? They wrote their personal thing on the little book that you gave them, just like what you want. For sure they don't want you to know their identity. The thing is, when you put a column for "NAME" on that book, first impression would be; "i can't wrote this and that because I don't want people to know about it". Then, your research result will be invalid because the subject didn't write the real thing.

This is just my personal opinion. Take it or leave it. No offence!

Why should love stop at the border..

Ni sebenarnya aku nak cakap tentang video yang sangat awesome. Video ni dibuat oleh anak Malaysia, dengan kerjasama sahabatnya dari Indonesia.

Aku kagum tengok video ni. Memang dia buat untuk pertandingan, tapi storyline hebat! Mantap! Sesuai dengan situasi Malaysia-Indonesia yang agak tegang sekarang ni. Especially selepas Malaysia kalahkan Indonesia dalam perlawanan bolasepak Sukan SEA kumpulan A.



Aku tak faham dengan manusia2 yang kononnya fanatik dengan sukan, menyokong arena sukan negara tapi, mereka sendiri tak ada semangat kesukanan. Baik penyokong Malaysia, mahupun Indonesia. Tak habis-habis bergaduh, bertikam-lidah, mencaci-maki sesama mereka. Kita kan serumpun, sesama Islam. Buat apa nak gaduh? Chill lah, kalah atau menang, adat pertandingan. Tak perlu maki-hamun segala. Kalau dah menang sekalipun, tak perlu terlalu berlagak, takut nanti kalau kalah, malu pulak.

Tentang warga Indonesia yang tak suka rakyat Malaysia panggil mereka dengan gelaran "budak indon" sebenarnya adalah salah faham kerana perbezaan bahasa. Di Indonesia, budak bermaksud hamba. So, bila dipanggil "budak indon", mereka terasa seperti dipanggil "hamba indon". Biasalah, di Malaysia, semua benda nak di singkatkan. Dalam konteks Malaysia, perkataan "budak" bererti "anak-anak" atau "rakyat/warga".  Macam aku kata tadi, Indonesia disingkatkan menjadi "Indon", supaya senang di sebut. Samalah seperti orang Indonesia memanggil orang Malaysia sebagai "Malay". So, sebenarnya "budak indon" bermaksud "warga Indonesia". Lumrah manusia, sukakan sesuatu yang mudah. Mudah disebut, mudah ditulis.

To everyone that claims to be supporters of football team, layanlah video ni.
Hak milik Zulhilmi Zahir (Jubei').


Thursday, November 17, 2011

Cinta Seorang Gadis



Disebuah rumah teres, seorang gadis sedang asyik berbalas SMS dengan seorang kawan lelaki. Kawannya itu dikenali beberapa bulan yang lepas dan mereka semakin rapat.

Lelaki : Awak, saya suka tengok awak. Awak baik. Sejuk mata memandang.

Gadis : Jgn la puji2 macam 2. Semuanya adalah kurniaan Allah S.W.T.

Lelaki : Awak, sudi tak awak jadi kekasih saya? Saya janji, saya takkan kecewakan awak.

Gadis : Boleh ke awak janji akan menjaga saya setiap masa, 24/7? Tak boleh kan?

Lelaki : Boleh.

Gadis : Awak mesti nak ke kelas, nak keluar dengan kawan2, nak mandi, nak buat macam2 lagi. Bukan sepanjang masa awak boleh menjaga saya.

Lelaki : Err..tapi awak sentiasa dalam hati saya.

Gadis : Tapi, Allah S.W.T boleh menjaga saya 24/7. Tak perlu SMS, tak perlu call. Hanya perlu mengikut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya Setiap detik Dia menjaga keselamatan saya. Saya cintakan Allah. Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun kadang2 saya lalai.

Lelaki : hmm.....betul cakap awak. Allah sentiasa menjaga manusia, tak kira waktu. Saya tak mampu jaga awak macam 2.


Beberapa bulan kemudian,


Lelaki : Awak, saya sayangkan awak. Boleh tak saya nak panggil awak "sayang"?

Gadis : Perlu ke macam 2? Bukan ke perasaan sayang 2 boleh dirasa? Tak perlu diucapkan sepanjang masa untuk membuktikannya.

Lelaki : Yela. Saya tak panggil macam 2. Tapi, awak sayangkan saya tak?

Gadis : Kasih sayang saya untuk semua orang. Awak pun ada dalam lingkungan 2.

Lelaki : Bahagianya saya. Berapa peratus awak sayangkan saya?

Gadis : 0.01%.

Lelaki : Sikitnye? Yang lain untuk siapa? Awak dah ada kekasih lain ke?

Gadis : Ye. Saya ada kekasih lain.

Lelaki : Siapa? =(

Gadis : Kasih sayang saya 100% untuk Allah. Dalam 100% tu, 60% saya sayangkan keluarga saya kerana Allah. 30% saya sayangkan kawan2 saya kerana Allah. 10% saya sayangkan diri sendiri kerana Allah. Awak termasuk dalam 30% untuk kawan2. Saya ada ramai kawan. So, kena bahagi sama rata. Cukup la 0.01% untuk awak. heheh..

Lelaki : Owh...macam 2 ke. Tapi, kenapa untuk kawan2 lebih dari diri awak sendiri?

Gadis : Sebab ustaz saya pernah berpesan, iman seseorang muslim tidak lengkap selagi dia tidak menyayangi saudaranya lebih dari diri sendiri....


@~~~Begitulah al-kisahnya. Sayangilah keluarga anda kerana mereka tiada gantinya. Sayangilah sahabat anda dan hargailah mereka kerana merekalah yang sentiasa berada disisi anda bila anda memerlukan teman, dan Cintailah Allah kerana cinta kepada-Nya takkan pernah mengecewakan.

p/s : Nukilan yang serabut sedikit. Idea yang datang ketika sakit kepala, sambil menunggu lif selama 20minit.

Copyright reserved. NurQaseh90.

Special Entry For a Special Group of Special People....=)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti tajuk diatas, entri kali ini khas buat orang2 SPECIAL yang aku jumpa dalam group SPECIAL di facebook.

Kenapa mereka special?

Sebab mereka hebat.

Apa yang hebat sangat?

Mereka bersatu hati.

Untuk apa?

Untuk membanteras gejala tak bermoral dalam facebook. Dan semestinya, mereka lakukan semuanya kerana Allah S.W.T.

Setakat aku menulis entri ni, dah 17 group/profile tak senonoh telah berjaya di"BAKO" oleh ahli2 group ni. Semua bekerjasama me"report" group dan profile2 yang menjelikkan.
Group ni baru berusia dua hari tapi dah berjaya hapuskan 17 group/profile. HEBAT!
Untuk hari pertama, 9 group dihanguskan. Hari kedua, sudah 8 group. Dan hari kedua masih belum berakhir. Semoga lebih banyak group/profile yang tak bermoral akan dihanguskan oleh group TERHEBAT ini.

Inilah group "MENENTANG PAGE BOHSIA MURAHAN DEMI ISLAM" (MPBMDI). buat short-form pun masih panjang jugak...hihihi.....

Mula2 aku join group ni, agak terkejut sebab banyak sangat link untuk page/profile yang tak senonoh. Malu tengok perangai budak2 zaman sekarang. Budak sekolah pun dah pandai tayang body, half naked. Malu! Malu! Aku yang tengok profile budak2 ni pulak yang malu. Ada juga page yang mengaibkan orang lain. Ini lebih menyakitkan hati. Kesian mangsa2 yang terkena.

Mujurlah ada group MPBMDI ni. Aku akan sokong sepenuhnya. Sejak menyertai group ni, aku mempunyai tujuan baru untuk ber'facebook'.. Kite Bako! Kite Bako! hihih...=)

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT!

Tuesday, November 15, 2011

Bercuti : Raya Haji vs Trip ke Pangkor

Holla everybody......(mcm la ada org baca blog nih..)..hahah


Dah agak lama aku tak update blog ni. Banyak kerja nak kena settle. Time cuti raya haji plak, kesihatan  tak mengizinkan aku buat apa2 pun kat rumah. Orang lain sibuk makan daging korban, aku sibuk telan macam2 jenis ubat. fuhhh....mencabar betul cuti kali ni.


Tapi, walaupun 5hari terseksa, akhirnya aku boleh bergembira. Sabtu lepas, aku join trip ke Pangkor. Trip ni melibatkan Persatuan Taekwon-Do UiTM Shah Alam, Puncak Alam & Puncak Perdana. Terbaik! Memang enjoy, walaupun belum betul2 sihat sebenarnya. huhu


Hari jumaat, 11Nov, aku naik bas pukul 10.00pagi kat terminal Kangar, menuju ke Seksyen 17, Shah Alam. Ni first time aku turun kat Shah Alam. Nasib baik ada abang aku yang sedia menjemput kat sana. Perjalanan yang panjang memang memenatkan. Aku sampai Shah Alam around 6pm. Lepas 2, gerak ke Seksyen 2 untuk menjemput member ku, Fadilah. Dia sampai lambat, so aku & abang aku decide untuk makan dulu. Lapar beb, duduk dalam bas lama2. Restoran Ani Sup Utara menjadi pilihan. Sedap sup dia. Tapi, sup kat branch kat Plaza Alam Sentral lagi best. heheh..


After member aku sampai, kitorng pun bergerak ke UiTM Shah Alam, Kolej Seroja. Macam biasa la. Bila masuk dalam UiTM induk, confirm sesat. Tambah2 plak, malam. Gelap. Bersiar-siar dalam UiTM, dan akhirnya, jumpa gak Kolej Seroja, atas pertolongan kawanku, Yazi. haha..thnx ye....


Malam 2, aku & Fadilah tumpang bilik Yazi. Room8 dia belum balik, So, ada la katil untuk kitorng berdua. Keesokkan harinya, awal2 lagi aku & fad dah bangun. Excited nak pergi Pangkor..hahah.. Pukul 7 lebih, kitorng turun ke bus-stop bersama-sama dengan yazi & Amal. Hujan renyai2. 


Sepanjang perjalanan ke Lumut, aku layan perasaan ja..hihih...macam biasa la. Aku tak reti nak tidur dalam bas. So, aku cuma menikmati pemandangan luar. Cantik. Lalu jalan lama, kawasan kampung. Sampai kat Lumut, lama gak kami semua tunggu untuk naik feri. Aku mengantuk macam sehari tak tidur. Padahal baru tengah hari. huhu..


After naik feri, aku pun pilih untuk layan pemandangan. Snap2 gambar. 





Sampai kat Jeti Pangkor, kitorng naik van untuk ke chalet. Van PINK! Elergic ooo....hahah.... Sampai kat chalet, ada sedikit penerangan & pemberian kunci bilik. Aku sebilik dengan Fad. 


Petang 2, aktiviti snorkeling. Kena naik bot ke pulau ape ntah. Lupa plak aku. Aku ni boleh la berenang sikit2. Tak expert pun. huhu... Aku tak suka pakai goggle yang disediakan 2. Buat air masuk hidung aku je. Lebih baik aku bernafas sendiri, tak payah guna paip yang ntahpape 2. Best dapat tengok ikan. Best dapat swimming. Tak best sebab tertelan air laut. errghhh...MASIN! terus kenyang perut aku. hahah..


Dalam pukul 6, bertolak semula ke pantai. Ada yang sambung mandi-manda, ada yang main volleyball. Aku? Menjadi penonton yang setia. Teringin nak main volleyball, tapi tak reti, so, jadi penonton je la. Seronok tengok diorang main..huhuhu....


Then, malam 2 BBQ. Tapi tak la macam BBQ sangat sebab makanan semua dah siap terhidang. hehe. 


 ikan bakar....sodap2....

ni baru sebahagian dari makanan yang ada...heheh...

Kitorang semua turun untuk makan je. Kat meja aku ada 6orang. Aku, Fad, Aznizah, Dyana, n 2 orang lelaki.     tak silap aku nama diorang ammar n afifi. kalo salah, sorry...heheh... Memang melantak sakan la. Seronok aku tengok Ammar & Az makan. hahah. Memang sporting habis. Diorang la yang menghabiskan makanan. Bagus! Tak membazir. Aku nak makan banyak, tapi perut belum betul2 sihat. Sabar je la..


After makan2, ada sesi LDK. Bahagi2 group, aku masuk group KATAK. Ong..Ong..Ong...hahahah. Kelakar la aktiviti malam 2. Group Ong asyik bertekak dengan Group Nyet2. Dah la duduk sebelah2. Group lain adalah Kucing "meow meow" & Ular "Black Mamba".... Presentation untuk logo n moto setiap group memang hebat! Semua buat yang terbaik! Ini la semangat yang kita nak...hahahah.... Lepas 2, sambung pulak dengan game "Marina-Menari-Menara" & "Badang-Jin-Puteri"... Memang lawak habis. Gelak sampai sakit perut. haha.. Congrats to group Meow sebab menang game "Badang-Jin-Puteri"....


Habis ja aktiviti LDK, semua buat aktiviti masing2. Ramai yang pergi jalan2 & minum2. Aku terus balik bilik sebab rasa macam tak sihat je. hmm...


Hari ahad, awal2 lagi dah bergerak ke pantai. Aktiviti yang memenatkan. Rugi, aku tak dapat join sesetengah aktiviti sebab rasa macam nak pitam jek! Hadoi...time ni la BP nak low kn....masalah yang sama dari zaman sekolah dulu, sampai sekarang! Aku join time aktiviti kumpulan. Kena angkat orang. Nasib baik ada ahli yang memang ringan. So, senang la kerja aku nak mengangkat. Tapi, lepas 2, aku pening lagi. Kena rehat lagi.... Next, Self-defense. Yang ni aku suka. heheh. Pening pn xpa. Still boleh join. Tendang2, Tepis2, Jatuh2, Pulas2 tangan orang. Memang best! Last2, tangan aku kena pulas dengan instructor.hahah. SAKIT! 


Selesai aktiviti hari 2, diteruskan dengan sesi bergambar. Aku snap2 gambar candid.


 ni yang dah siap edit...xdak keja...






Puas bergambar, terus bergerak untuk breakfast. Makan nasi lemak. Sedap. Tapi aku tak dapat nak makan sambal banyak2. PEDAS.. Nanti tak pasal2 sakit perut guling2 plak. Lepas makan, aku n Fad gerak ke bilik. Kemas2 barang. Cadangnya, after kemas barang n mandi, nak jalan2 jap. Tapi tak sempat. So, terus berkumpul kat lobi chalet. Time ni, aku snap2 lagi. Muka aku xda la. Malu laaa....ahahaha.....






Lepas dah berkumpul, naik van PINK lagi, untuk ke Jeti Pangkor. Kat atas feri, aku snap2 sakan. Tapi, lebih banyak gambar pemandangan berbanding muka orang. Sorry guys....hihihihihi......








Sampai kat Lumut, SHOPPING TIME!!!! Walaupun dah banyak kali aku menjejakkan kaki ke Lumut, aku tetap nak shopping gak. hahah. Ni dah hampir 10kali aku p Lumut. Tapi kali ni aku beli sikit2 je. t-shirt labuh yang cantik, keropok ikan untuk aku n my beloved brother, n sedikit buah tangan untuk housemates ku sekalian. 


Wahhh...panjang bebenor post kali ni. Well, ni namanya excited terlebih. Hopefully lepas ni ada trip ke pulau lain plak. Tioman ke, Redang ke, mana2 pun tak pe. hahah. Xpn, g camping kat hutan ke, best gak...hihihi...


Nak lagi? Baca kat SINI...


Sekian, ponat eden menaip. Assalamualaikum w.b.t.
p/s : merapu sakan kali ni......(^_____^)



Monday, October 31, 2011

NurQaseh Quickie - Diary is a stressor, indeed...

Why did I use the word stressor?
It is because, I feel so stressed about writing a diary.
Diary is not my thing. Sorry to say, I hate it!
Why did I was included in that research?
Because I am a PT student. Sighhh....
I HATE DIARY!!!!
I never keep a diary, I don't like to report any of my daily activities, I don't know how to do it!
Even my mother didn't ask me to report my activities in EVERY TEN MINUTES!
Arghh!! Please, exclude me from the research. I'm begging you, my sweetest senior. huhu...
Why no one understand this? It is difficult to do something that you don't like.
(lebih kurang mcm ni la bila stress..huhu)

Sunday, October 30, 2011

Bicara Cinta

Sejak akhir2 ni, kawan2 aku suka sembang tentang hati, perasaan, cinta dan kahwin. Bukan sebab gatal atau tak sabar2 nak kawin, tapi sebab berfikir tentang cara memelihara diri dari cinta duniawi yang membutakan mata hati.

Antara isu2 yang timbul adalah, kahwin awal, cinta selepas kahwin, couple, ber-sms dengan sahabat lelaki, menyukai seseorang dalam diam, dan macam2 lagi.

Semalam, aku bersembang dengan 2 orang sahabatku, aku dapat tahu rupa-rupanya mereka juga mengalami masalah yang sama dengan aku. Namun, aku telah hampir berjaya menyelesaikan masalah aku. Jadi, mereka mahu aku kongsikan cara-cara aku mengatasi masalah itu.

Apakah masalah yang dimaksudkan? Ia berkenaan dengan ber-SMS dengan sahabat lelaki. Sekali lagi diulangi, SAHABAT lelaki. Bukan kekasih ye. Dulu, aku berkawan dengan semua orang. Lelaki dan perempuan aku layan sama saja. Aku tak rasa ber-SMS tanpa sebab yang penting adalah salah. Tapi kini, aku dah tersedar. Perbuatan ku dulu adalah salah. Totally wrong!

Terima kasih kepada sahabat aku yang telah membuka mata ku. Kaulah sahabatku, dunia dan akhirat. Kawan aku selalu mengajak aku mengikuti ceramah2 agama serta program2 yang berkaitan dengan agama. Sedikit sebanyak, aku mula tersedar akan kesilapan ku yang dulu.

Kini, aku tak suka ber-SMS. Call, jauh sekali. Aku suka keadaan sekarang. Aku jarang topup. Selalu tak ada kredit. Kalau ada pun, cuma cukup untuk call mak. Bila aku menjauhi handset, aku juga berjaya menjauhi SMS yang karut-marut. Bukan aku tak ada handset, tapi, kurang menggunakannya. Itu saja cara aku menjauhi perkara yang boleh membawa kepada zina hati. Walaupun cara aku tak hebat mana, tapi aku harap sahabat aku juga dapat gunakan cara ini untuk mengatasi masalah mereka.


Friday, October 28, 2011

NurQaseh Quickie - Misteri

Aku dah nak tidur sebenarnya...saja2 share gambar yg berkenan dihati...
Maybe sebab gmbar ni macam aku...mysterious (kononnya)....ahaha...

Saturday, October 22, 2011

Sahabatku......


Hari ini ku menangis lagi
Aku kecewa, terluka
Kerna sahabat ku kini
Pergi menjauhi

Bukan aku tak cuba,

bukan aku tak berdoa
Supaya persahabatan kita,
kekal harmoni selamanya


Namun apakan daya
Aku insan biasa tak punya apa-apa
Dan, kau tak pernah cuba
mengerti apa yang ku rasa


Aku mencari sahabat sejati
yang bisa bersamaku
Bukan sekadar didunia, 
tapi juga diakhirat sana


Kini ku sedar, kau bukan yang ku cari 
Aku hanya penyeri disaat kau sendiri
Kau melangkah pergi disaat aku berduka
Kau kembali pabila tiada teman berbicara


Kau bukan sahabat sejati
Aku ditolak ketepi 
setelah kau jumpa teman baru
Kini, dialah keutamaanmu


Kau bukan sahabat sejati
Aku dibiarkan menangis sendiri
Tanpa teman disisi
Sepi


Bukan niatku untuk mengungkit
Tapi sekadar meluahkan
Segala rasa yang terpendam
Tak mampu ku tuturkan


Aku cuma insan biasa
Tak punya apa-apa
Aku tak ingin menangis lagi
Aku akan pergi menjauhi


Terima kasih atas segalanya
Takkan ku berpaling lagi
Tak inginku mengganggu mu lagi
Kaulah sahabat yang ku sayangi....


(Hak cipta terpelihara : Nur Qaseh)




p/s : aku bukan ahli sastera..tak mampu berpuisi bermadah segala...sekadar luahan hati yang lara...

Saturday, October 15, 2011

Hari Yang Sangat Bermakna Dalam Hidup....

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti tajuk yang diatas, aku rasa, hari ni memang sangat bererti buat diriku. 
Kenapa? Bukan sebab dapat hadiah, bukan sebab dapat duit, bukan juga sebab dapat boyfriend.

Hari ini aku menghadiri sebuah program motivasi yang aku rasa terbaik. Selama ni, aku dah join macam-macam jenis program motivasi, di sekolah, hotel, kelab golf pun pernah. Walaupun tempat-tempat sangat hebat, tapi, pengisiannya tak sehebat program hari ni. Program ni dikelola oleh Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan bertemakan, Mukmin Profesional: Mahasiswa. Antara penceramahnya, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, En. Mohd Arif, serta dua orang lagi yang aku terlupa nama mereka.  
(Teruk betul aku ni. )

Program yang diadakan hari ni begitu menyentuh hati aku. Ya! Sangat terkesan. Menitis air mata tatkala topik tentang dosa disebutkan, terutamanya dosa terhadap ibu bapa. Merambu ayaq mata cheq..huhu..

Aku ni memang susah nak menangis. Konon malu dengan orang. Tapi, sejak dah masuk UiTM ni, kerap air mataku jatuh membasahi pipi..(macam ayat novel la...haha)

Ketika penceramah menyampaikan segala ilmu mereka, aku rasa seperti orang yang tak punya apa-apa. Kosong betul minda aku ni. Apalah sangat diriku ini kalau nak dibandingkan dengan mereka yang berakhlak mulia serta berpengetahuan yang sangat luas. Hanya dengan kata-kata, mereka berjaya menyentuh hati setiap insan yang berada didalam dewan itu, terutamanya hati orang macam aku ni.
Sepanjang program ni berlangsung, aku mendapat banyak input dan kata-kata hikmat yang bermanfaat. Jadi, aku nak kongsikan beberapa dibawah ni. Antaranya ialah :

1. Ilmu ibarat air terjun yang sentiasa mengalir, meluas serta menyejukkan hati, membersihkan jiwa.

2. Repetition is mother of Knowledge.

- memang tepat sekali. Kalau setakat belajar dalam kelas/kuliah, tapi tak ulangkaji dirumah, sudah tentu ilmu itu akan terluput dari minda.

3. When you stop learning, you stop leading.

- bak kata penceramah, pemimpin perlu mempunyai ilmu, dan perlu sentiasa update ilmu. Kalau tak, mustahil pemimpin tu boleh memimpin orang lain.

4. Jadilah kamu umpama dua tangan dan jangan jadi umpama dua telinga.

- walaupun telingan kita (kiri & kanan) dalam kedudukan sangat rapat, tapi, tak pernah bertemu.

- tangan pula, walaupun jauh, tapi sentiasa berinteraksi. Kalau tangan kiri kotor, tangan kanan tolong bersihkan, dan begitulah sebaliknya.

- Hal ini menunjukkan bahawa kita perlu berinteraksi, serta berkomunikasi dengan baik

5. Action speaks louder than word.

- ayat ni semua orang dah pernah dengar. Tak guna bercakap kalau kerja tak jalan.

6. Buatlah kebaikan yang akan terus hidup walaupun setelah kamu mati

-erinya, kita perlu buat perkara yang bermanfaat kepada orang lain sepanjang masa, walaupun kita dah meninggal dunia.

7. Berbuat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita.

-perkara inilah yang susah sangat nak dipraktikkan. selalunya, kita akan balas balik perbuatan orang terhadap kita. Sebagai contoh, jarang sekali kita belanja makan orang yang dah fitnah kita. Betul tak?

8. Hidup untuk Memberi

9. Visi Tanpa Misi adalah MIMPI.

10. Bagi sesiapa yang mencari kebenaran, dia pasti akan menemui kebahagiaan.

11. Makan untuk HIDUP, HIDUP untuk BERIBADAH.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku dengar dari program motivasi tu, tapi, aku tak sempat mencatat sebab terlalu khusyuk mendengar. (cewah...padahal, lmbt sgt menulis)

Ok la..cukup setakat ni celoteh aku. Bukan ada orang nak baca pun. haha. 
Sekian. Assalamualaikum.


p/s : Sakit kepala+mengantuk. Roommates pun dah lenyap ke alam mimpi. Aku nak join sekaki.

Thursday, October 13, 2011

Jom Layan Lagu Nasyid!

Assalamualaikum w.b.t.

Dihari Jumaat yang mulia ni, aku nak post sedikit tentang nasyid.
Bukan nak komen tentang artis nasyid, bukan juga nak menyanyi lagu nasyid. hahah

Aku cuma nak kongsi lagu nasyid "cover version", nyanyian kawan-kawan aku.

1st : Kawan aku kat matrik. Dulu dia selalu menyanyi lagu kumpulan Westlife ketika dalam kelas. heheh.
Dia pernah masuk pertandingan nyanyian kat matrik dulu, tapi tak menang la...heheh... Aku tak boleh nak upload lagu kat sini sebab internet slow, so, aku share link je....lalala...
2nd : Kawan sekelas dengan aku kat UiTM ni. Dalam video kat bawah ni, dia menyanyi dengan beberapa orang kawan dia. Video ni mereka rekod ketika sesi latihan untuk persembahan kat dalam kampus.

Ok la...aku tak ada idea nak merepek lagi. Sekian, Layannnnnn......

Handsome, Macho atau Gentlemen?

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak cerita pasal kisah yang berlaku lebih kurang 13jam yang lepas. hahah...
Apa kena mengena dengan tajuk kat atas tu?

Sebelum ni, kawan-kawan aku asyik cerita pasal ciri-ciri lelaki idaman. Selalunya, aku layan je. Tapi tak ambil kisah sangat. Sebab bagi aku, semua sama saja. Antara ciri-ciri yang sering disebutkan adalah :

  • Handsome
  • Macho
  • Memahami wanita
  • Gentlemen
  • Berbudi bahasa
OK...banyak lagi ciri-ciri lain yang tersenarai. Tapi, aku malas nak taip.

Dalam banyak-banyak 2, aku selalu nampak lelaki sopan, lelaki handsome, lelaki macho.
Jarang sekali aku jumpa lelaki bersifat gentlemen ni, especially kat dalam kampus ni.

Haa...macam mana sifat gentlemen 2? Mengikut kamus SukaHati (NurQaseh,2011), lelaki gentlemen adalah lelaki yang
  1. menghormati wanita selayaknya
  2. suka membantu orang lain
  3. berbudi-bahasa
  4. tidak ego
  5. tidak perasan hebat
Agak pelik aku punya definisi untuk "gentlemen" ni.
Well, it is very subjective actually. It depends on how you interpret the word.

Biarlah apapun maksud disebalik perkataan tu, yang sebenarnya aku memang dah melalut. Intro melebihi isi. Patut la exam tak dapat A. hahaha...

Cerita asal yang menimbulkan idea untuk post ni sebenarnya macam ni....

Pukul 12.10tgh hari tadi, aku dari hostel (tumpang bilik kawan) nak ke pejabat HEP.

Dengan kaki yang dah fatigue akibat menjadi bahan research seniorku, aku berjalan dengan gaya macam robot, sebab nak control rasa sakit 2.

Bila aku menghampiri salah satu pintu di Kompleks Rafflesia, muncul dua orang pelajar lelaki yang juga bergerak kearah pintu (dari arah dalam). Salah seorang dari mereka terus melencong ke pintu lain(sebab memang ada banyak lagi pintu).

Seorang lagi tetap menuju ke pintu yang ada betul-betul depan aku. Of course aku berhenti kat sebelah pintu tu dan tunggu orang tu keluar. Tapi, dia masih tak keluar walaupun dia dah buka pintu. Aku pun pandang muka dia (nak tengok kenapa dia tak bergerak).

Bila aku tengok dia, dia pun bagi isyarat suruh aku masuk. Waaaaaahhh....tetiba aku rasa dia sangat gentlemen walaupun aku tak kenal dia. Dia sanggup buka pintu dan tunggu aku masuk, baru dia keluar. Walaupun sesetengah orang anggap perbuatan dia tu biasa ja, kat dalam kampus ni, jarang aku jumpa lelaki yang tolong buka pintu dan bagi laluan kepada perempuan. So, agak kagum dengan orang tu.

Selalunya, semua orang nak cepat kerana sibuk dengan hal masing-masing. Tak ada masa nak jadi gentlemen (kononnya). Ada yang sanggup bersesak-sesak, ada yang jalan laju tak tengok kiri-kanan sampai terlanggar pelajar perempuan, sebab nak cepat.

Terima kasih kepada orang yang tolong buka pintu untuk aku tu. Dia berjaya mengubah sedikit tanggapan negatif aku mengenai lelaki di Puncak Alam ni.

Setakat ini saja aku punya celoteh. Sekian, Assalamualaikum......

p/s : Aku tak suka lelaki yang memalukan aku didalam kelas dengan lawak yang sangat pathetic. Nak melawak pun kena la bertempat.

Saturday, October 1, 2011

Ada otak, ada akal, sila guna untuk berfikir.....

Seperti yang kita semua tahu, manusia dikurniakan otak serta akal fikiran. Tujuannya adalah supaya kita dapat berfikir dan bertindak dengan tepat. Manusia mampu melakukan perkara-perkara yang binatang tak boleh buat. Manusia boleh berfikir dengan waras dan mampu membezakan perkara yang buruk dan yang baik!!!

Jadi, jikalau anda mengaku anda seorang manusia, mengapa anda tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu atau menuturkan kata-kata?

Tahukah anda, nikmat akal yang dianugerahkan kepada kita sememangnya perlu digunakan sebaik mungkin supaya tak di sia-siakan?? 

Disini terdapat beberapa contoh perbuatan/percakapan yang dilakukan dengan tidak berfikir/tidak menggunakan akal yang waras.

Contoh 1 : 

Seorang pelajar diberi tugasan untuk diselesaikan dalam masa seminggu, namun pelajar tersebut lebih mementingkan aktiviti persatuan/kelab, dan mengabaikan tugasan yang diberikan. Tugasan tersebut hanya dimulakan pada malam sebelum "due-date".

==>Pelajar ini tidak dapat membezakan perkara yang penting dan perkara yang kurang penting. Adakah pelajar ini telah menggunakan akalnya dengan baik? 

Contoh 2 :

Beberapa orang sahabat sedang berbincang..
A : Esok awak nak ke bandar kan? Boleh tak awak tolong pergi ke bank, untuk membayar sewa?
B : Boleh, tak ada masalah. Lagipun, ditempat kita ini, tak ada cash-deposit.
Tiba-tiba...
C : Eh..kita tak bayar sewa lagi. Sepatutnya bayar hari ini. Esok kena bank-in awal-awal pagi la.
A : Mangkuk Ayun!!! Kat sini kan tak ada cash-deposit!! (menjerit dalam hati)

==>Situasi ini menunjukkan "C" telah berkata-kata tanpa berfikir bahawa dikawasan tempat mereka tinggal tidak ada mesin cash-deposit dan perlu mengambil masa sejam untuk ke bandar. Ini bermakna, "C" tidak menggunakan akalnya untuk berfikir secara kreatif dan logik!!!

Contoh 3 : 

Beberapa orang pelajar sedang berbincang tentang situasi mereka diluar kampus. Salah seorang dari mereka memulakan bicara.
A : Saya rasa kita perlu menjimatkan penggunaan elektrik.
B : Betul, saya setuju.
C : Saya juga bersetuju. Tetapi, kita akan membeli peti ais, jadi, penggunaan elektrik akan meningkat.
D : Kita perlu membeli peti ais satu pintu. Peti ais dua pintu akan menggunakan elektrik yang banyak kerana perlu menyejukkan dua ruang.
A, B, & C bermonolog dalam hati masing-masing :
"Bukankah lebih jimat elektrik jika  gunakan peti ais dua pintu? Jika kita membuka pintu atas (freezer), hanya sedikit tenaga diperlukan untuk menyejukkan semula ruang freezer tersebut. Berbanding dengan peti ais satu pintu (sama saiz n kW), apabila kita membuka pintu untuk mengambil barang ditempat freezer, keseluruhan ruang dalam peti ais perlu disejukkan semula. Ini memerlukan tenaga elektrik yang LEBIH BANYAK!!!"
==> Situasi ini pula menunjukkan "D" hanya berkata-kata mengikut hatinya sahaja, dan bukannya menggunakan akal untuk berfikir dahulu. A, B, dan C pula berjaya menggunakan akal mereka dengan baik dan telah berfikir secara logik.

"Mini-doors give you easy access to items most often used. The main door is opened less often, which saves energy" ~Sumber DISINI...

Setakat ini sahaja celoteh saya. Sekian, Assalamualaikum.
Renung-renungkan, Selamat berfikir..=)

p/s : Percubaan pertama menulis menggunakan bahasa baku. Memang pelik sikit. Tapi, inilah luahan hatiku dikala sahabatku bersikap seperti diatas. hehehehehe.....

Saturday, September 24, 2011

Permission DENIED!!

Dah agak lama aku tak post entri. Nampak boring ja blog aku ni. Awal2 pembikinan blog ni, aku dah terangkan aku sebenarnya saja2 nak follow blog2 orang lain yang best2. Sebab tu aku wujudkan blog ni.

Macam biasa la, walaupun tak post entri, aku masih jenguk blog ni, blog-walking berjam-jam. Berpinar mata aku baca macam-macam jenis entri dan komen2. Seronok tengok blog orang lain banyak follower n komen. Blog pemalas macam aku ni mustahil la nak ada ramai follower kan? hahah..

Berkaitan dengan tajuk diatas, aku terkesima, tergamam, terkejut, dan bermacam-macam "ter-" lagi la masa nak melawat salah sebuah blog yang aku follow ni. Dengan muka bahagia aku klik tajuk entri orang tu. Dan.....tadaaa!!


This blog is open to invited readers only


It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
Apa kejadahnya semua ini? aku dah la tak faham benda2 blog ni. Boleh buat blog private a.k.a untuk orang tertentu je baca? hahah... Aku tak pernah terfikir pun pasal setting camni untuk blog.

Geram gak aku ada orang buat setting camtu. Kalau tak nak bagi aku baca blog dia, kenapa dia biar ja aku follow dulu?? Ingat best sangat ke blog dia tu? (kalo x best buat pe aku follow?)

Blogger2 yang lebih hebat n meleTOP pun tak buat macam tu. Maybe dia suka post entri yang serius. Ye la. Nama blog pun "SERIUS".

Maria Elena, JejariRuncing, Kerana Manisnya Epal n blog lain2 rilek ja walaupun popular n ramai followers.

Setakat ni je la aku nak merepek. Tak ada idea sebenarnya, tapi cuma nak melepaskan geram apabila niat nak baca blog terbantut. "Entah pape jeeee"

Friday, July 22, 2011

Aku juga begitu.....

Apakah erti tajuk ku kali ini? jeng jeng jeng.......haa...post kali ni tercetus setelah aku bca entri kat blog Cahayachenta...kisah dia dapat kos yang tak diminati, sama seperti aku...ya, aku juga mengalami keadaan yang sama....aku dapat kos yang tak diminati, tak dikenali..Tapi, itulah pilihan yang aku ada......

Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku tetapkan sendiri segalanya. mak dan ayah aku tak pernah paksa. Aku memilih untuk ke sekolah yang agak baru dibuka ditempatku. Walaupun aku mendapat tawaran ke sekolah lain yang menawarkan kelas sains, tapi aku lebih memilih kelas muzik di sekolah ini. Ya, satu-satunya sekolah yang menawarkan kelas muzik di daerah Kerian. Tak mungkin aku lepaskan peluang yang terbentang didepan mata. Aku memang dah lama impikan untuk belajar muzik (walaupun sebenarnya ramai orang tak sokong keputusan aku). Aku juga menolak tawaran cikgu ku, untuk masuk kelas arab.

Di sekolah ini la aku belajar mengenali erti persahabatan. Dan kerana sahabat juga, aku lakukan perkara2 yang agak bodoh. Aku selalu bagi orang lain meniru jawapanku dalam exam. Aku selalu dapat no1 dalam kelas dan aku tak mahu digelar kedekut. So, aku benarkan kawan2 aku meniru. Nasib aku agak baik, tak tertangkap oleh cikgu. 

Tahap meniru dalam kelas aku memang sangat teruk. Ramai yang bertukar2 kertas/nota kecil. Selalunya tempat duduk aku telah ditetapkan ditempat paling strategik, supaya ramai yang akan dapat meniru aku. Untuk paper objektif, kelas aku ada bahasa isyarat tersendiri. Hanya kami yang tahu. Untuk paper subjektif, kertas jawapan akan bertukar tangan. Aku pun agak pelik, cikgu tak pernah perasan perbuatan bodoh aku dan kawan2ku. Berdosanya aku membantu mereka menipu dalam exam.

Aku bersyukur sangat kerana dapat 8A dalam PMR. Bukanlah niatku untuk berbangga. Tapi, layanan terhadapku berubah setelah result PMR diumumkan. Setelah aku mendapat hadiah dihadapan perhimpunan sekolah, orang yang dulu tak suka berkawan dengan aku sebab aku dari kelas budak2 nakal, sudah mula mendekati aku. Orang yang pandang sinis dan anggap aku pelajar lemah dalam pelajaran mula tunjukkan riak benci kerana keputusan. Tapi, aku tetap aku. Budak dari kelas paling nakal.

Dalam tingkatan 4, aku terpaksa masuk kelas sains tulen (biologi). Aku dipaksa kerana result PMR aku 8A dan tak ramai pelajar yang berminat dengan aliran sains. Hanya 13 pelajar dalam kelas aku dan hampir kesemua mereka dari kelas arab. Mereka yang selalu mempersenda aku ketika form1 sampai form3, kini menjadi classmate aku. 

Aku melakukan kesilapan terbesar apabila terlalu rapat dengan seorang rakan yang bergaul bebas. Aku ikhlas berkawan dengan dia kerana orang lain meminggirkan dia. Aku mula belajar ponteng kelas, tapi Allah S.W.T melindungi aku. Aku sentiasa berasa takut apabila nak ponteng kelas. Dan selalunya aku akan berikan pelbagai alasan kepada rakan ku supaya aku dapat mengikuti kelas. Tapi, aku lebih banyak bersembang daripada belajar didalam kelas. PADAN MUKA aku. Selalu gagal add.math dan kimia. Aku tak dapat memahami langsung topik2 untuk subjek killer 2. 

Masa form4 ni la aku cuba ikut rakan ku. Main2 cinta. Tapi, aku rasa terkongkong. Dan aku tamatkan hubungan yang baru 4bulan. Dalam 4bulan, aku dah banyak membuang masa dengan handphone. Pelajaran terabai. Dan aku menyesal sehingga ke hari ini.

Selepas dapat result SPM, aku sedikit kecewa dengan diri sendiri. Aku dapat 6A, 2B, 2C. Ya, aku dapat C untuk add.math dan kimia. Bio dan fizik aku dapat B. Aku mengejek diri sendiri. Nama ja masuk kelas sains, tapi subjek sains semua tak dapat A. Aku mengulangi ejekan ku setiap hari. nasib aku agak baik. Aku dapat tawaran ke matrik walaupun ada 2C untuk subjek penting. Aku ragu2 untuk masuk matrik. Tapi aku terpaksa sebab tak dapat langsung tawaran diploma. Maybe sebab aku tersalah isi borang (haha..).

Aku berusaha keras di matrik. Aku tak nak gagal kimia dan maths. Aku berjaya memahami kimia. Tapi, maths tetap tak difahami. Maths kat matrik memang macam add.math kat sekolah. Aku cuba sedaya upaya untuk memahami maths, tapi tak berjaya. Dalam kelas 13orang pun aku susah nak faham, inikan pula dalam kuliah lebih dari 100 orang. Result sem1 aku, alhamdulillah, tak mengecewakan. Aku dpat 3.80 Namun, kegagalan aku untuk memahami maths memakan diriku. Result sem2 jatuh seperti buah durian gugur ke tanah. Dan akibatnya, result keseluruhan aku cuma 3.47. 

Aku risau kerana aku takkan dapat masuk ke universiti idaman aku, untuk kos yang menjadi impian ku. Pilihan pertama aku dalam UPU, forensik. Kawan2 aku kata aku gila, tapi aku memang minat. Aku rasa tak ada kos sains lain yang memenuhi citarasa aku melainkan forensik. Aku tak pernah minat untuk menjadi doktor atau apa2 yang berkaitan dengan merawat manusia. Aku takut untuk bermain dengan nyawa manusia. 

Aku dapat tawaran kos biotech di kolej swasta sebelum keputusan UPU keluar. Aku pernah isi borang untuk kolej 2 ketika minggu kerjaya di matrik. Tawarannya agak hebat. Ijazah Biotechnology 4 tahun. 2tahun di M'sia dan 2tahun lg di USA. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej, seperti scholarship. Tapi aku dalam dilema. Memang aku meminati biotech tapi aku masih mengharapkan kos forensik. Akhirnya aku abaikan tawaran kolej 2. Seperti selalu, mak aku tak membantah. Ayah ku tak memaksa. Tapi, aku bimbang tentang UPU.

Kebimbangan aku memuncak setelah keputusan UPU keluar. Aku dapat Kos Fisioterapi UiTM. Kecewa, sedih dan pelbagai perasaan bercampur baur. Mak aku sarankan aku untuk masuk UiTM. Aku tak pernah tahu apa itu fisioterapi tapi aku tahu, aku perlu berdepan dengan ramai orang, aku perlu merawat orang. Itulah perkara yang paling aku takut. MERAWAT MANUSIA..!!!! Berhari2 aku menangis seorang diri. mempersoalkan, mengapa aku dapat pilihan ke7. Aku tak menyangka akan dapat pilihan yang hampir terakhir. Tapi, akhirnya aku membuat keputusan untuk menerima tawaran UiTM. Aku tak sanggup mengecewakan keluarga aku. 

Di UiTM, perjalanan yang berliku menanti aku. Aku sangat susah nak adapt dengan kos ini. Sangat mencabar diriku. Aku selalu menyembunyikan perasaan sendiri. Adakala, aku mahu berhenti belajar. Banyak kali aku terfikir untuk tukar kos. Aku tak ada tempat untuk mengadu kerana aku sangat susah untuk berkongsi perasaanku dengan orang lain. Roommate ku pula dah berhenti dari UiTM setelah dapat tawaran kos medik di Indonesia. 

Ketika sem2, aku masih terfikir nak tukar kos, sebab aku rasa tak mampu catch-up dengan subjek2 untuk kos ini. Result sem1&2, hanya 3.01. Result sem3, sangat mengecewakan. Tiada angka 3 dihadapan. sangat rendah!Aku gagal 2 subjek! Aku rasa seperti kepala ku diketuk dengan kayu besbol. Pening. Apa perlu aku cakap kepada keluarga ku? Sehingga hari ini, setelah tamat sem4 dan clinical posting yg pertama, hanya mak aku yang tahu tentang result sem3 aku. 

Mak aku amat memahami, sememangnya aku telah berusaha, tapi ini saja yang aku mampu. Result sem4 tak membanggakan, sekadar cukup untuk menaikkan sedikit pointer, menghampiri angka 3.

Clinical posting yang pertama memberikan aku sedikit semangat untuk lebih berusaha, setelah aku merawat pesakit sebenar. Alhamdulillah, aku masih pelajar fisioterapi UiTM. Aku tak menyesal terima tawaran ini. Aku tak akan memandang rendah dengan UiTM lagi. Dulu, mereka kata UiTM tak bagus, aku percaya. Tapi setelah aku masuk UiTM, aku rasa, inilah universiti terbaik untukku.

UiTM dihatiku.........=)

p/s : kisah ku ini tak pernah diceritakan secara detail kepada sesiapapun. hanya mereka yang membaca blog aku akan mengetahui.

Friday, June 3, 2011

1st time g PRAKTIkAL.....!!!!

fuhhh...dh lama aku tak melawat blog ni...sejak praktikal n broadband pun tak berbayar.....hihih...
ni 1st time aku praktikal....hospital yg tak berapa besar, tapi, bleh tahan ramai gak pesakit....

1st month, aku akan berbakti di dalam gym..hehe.....seronok sebab tak payah jalan2 ke wad....tapi, seram sebab banyak penyakit yang aku tak tau....nak prescribe exercise pun teragak-agak....ntah pape la aku nih...tu la, masa dalam kelas, tak nak belajar betul2....kan dah susah time praktikal....huhu...

dalam gym ni, byk kes neuro n ortho.....kes ortho byk variety, mcm fracture, dislocation, OA, RA n septic arthritis.... tp neuro, stroke je.....segala jenis penyakit lain, tak dijumpai...hmm...tak de rezeki nak tengok kes2 yg lain ckit dr stroke....

sejak berpraktikal ni, aku jumpa macam2 jenis manusia, yg baik, yg peramah, yg periang..tp, ada jugak org yg kejam, tak berhati-perut, tak mesra alam.....

patut kah seorang yg dh berpengalaman bekerja di hospital membandingkan dirinya dengan kami, student yg bru first time praktikal....aku n sahabat2 ku baru mula mngenali suasana sebenar di hospital, tapi, 2nd day praktikal pn dh kena sembur mcm2....

ada pula seorang staff yg tak nak layan@memberi tunjuk ajar kepada sahabatku, dengan alasan dia tak suka stdent dr UITM.....teruk sangatkah UITM?kenapa dia sgt2 membenci kami? terkilan, tapi, tak mampu utk buat apa2....hanya boleh tahan telinga.....

setakat inilah pengalaman aku selama 2mggu berpraktikal....ada lg 6minggu...sabarlah wahai hati......=)

Monday, May 9, 2011

terkejut....surprised....speechless....

hari ini, aku rasa "kejutan" berganda.... Ni bukan kejutan bithday or what so ever...tapi, ada 3 perkara yang bagi aku amat tak patut berlaku dalam dunia ni....

1) Hari ni aku ada practical exam...macam biasa la ada komen2 n rasa tak puas hati dalam kalangan kawan2 aku...antaranya

  • Pertama, budak2 yang jadi model tak nak bagi kerjasama. Mereka menganggap, candidates for the 1st round dah bagi jawapan yang betul, padahal, not necessarily. Bila dh candidates for 2nd round masuk cubicle, ada beberapa model ni, buat2 pandai macam dah tau segalanya. Tak benarkan candidate buat teknik yang betul, kerana teknik tersebut berlainan dari candidate yang 1st round...Hello!! this is our exam, not yours. Awak 2 model je....ikut je la apa arahan yang diberi. Kalau awak betul2 tau teknik yang kitorg nak buat, xpe la...Ini x, you don't even know our syllabus....!!!!
  • Kedua, still pasal praktikal exam, ada examiner yang melempar pemadam ke arah candidate sebab candidate teragak2 nak bagi jawapan. Ini lagi satu masalah. Aku rasa, kalau dalam exam, tak ada manusia yang patut marah kalau student ambil masa untuk berfikir. For each cubicle, student are given 8minutes. So, we can take our time to answer the question. You don't have to push us so much. Kerja examiner hanya bagi markah, dan boleh tegur kalau ada apa2 kesalahan, tapi, jangan la sampai baling2 barang. Itu dah menjatuhkan maruah student n memalukan student depan orang lain. And the most important thing is,ia dah mematahkan semangat student dan menyebabkan student gelabah untuk cubicles yang seterusnya.
2) Perkara ketiga berkaitan kes buli. Aku terbaca kat blog Maria Elena pasal pelajar sekolah yang dibuli dan ada orang yang upload video kat YouTube. Tidak ku sangka, ganas betul budak2 perempuan sekarang. Sanggup buli kawan sekelas, potong2 rambut, tampar bertubi-tubi, tarik2 rambut. Lebih ganas dari yang aku pernah tengok dulu. Semakin parah nampaknya disiplin pelajar sekolah. Sangat-sangat menakutkan. Kesan mangsa buli 2. Aku tak faham, mana pergi cikgu2, classmates yang lain, takkan tak ada orang lain yang nak tolong? Takkan tak ada orang yang lapor kat cikgu masa kejadian buli 2 berlaku? Atau, semua orang turut jadi penonton aksi tak berperikemanusiaan 2? Huh.....sedih aku tengok video 2, hampir mengalir air mataku. Semoga orang yang membuli, yang merakam video, dan yang hanya menjadi penonton aksi melampau 2 diberi tindakan yang keras oleh pihak sekolah dan kementerian pelajaran.



Semalam, aku baru tengok video tentang anti-buli...sedap suara kumpulan ni..hayati lah liriknya. Versi asal nyanyian Pink, dan versi cover, oleh Ahmir.


Monday, May 2, 2011

short post...

disebabkan tak bayar broadband, aku dah tak boleh online...so, selepas dah bayar nanti, aku akan teruskan merepek kat blog ni...tapi, buat masa sekarang aku nak tumpukan perhatian kepada exam...(kononnya laaa...haha)

hidup aku tak la serabut sangat bila tak boleh online ni...sebab tak ada "SUARA" yang memanggil2 aku untuk on laptop....ahhaahahah.......aku nak study betul2.....harap2 sem ni tak seteruk sem lepas....

Ya Allah...bantulah hambaMu ini.....

Wednesday, April 27, 2011

Tegur salah...tak tegur pun salah...

Hari ni aku nak meluahkan perasaan....bukan pasal cinta, tapi pasal kawan2...
haa...ni dh post ke-3 kot pasal kawan...
Aku rasa, ramai lagi orang yang ada masalah, sama macam aku...
Macam yang aku pernah post dulu, pasal kawan aku yang suka membazir air....hari ni, still tentang masalah yang sama....MEMBAZIR air......
Aku cuma menegur (untuk kali yang ke berapa pn aku tak ingat), dengan harapan, dia akan berusaha untuk berubah...tapi sebaliknya yang berlaku...ayat yang sama still dia gunakan....

        "Dah terbiasa la...nak buat macam mana..."

ish...geram aku dengar ayat, macam 2...the main point bukan pasal dah terbiasa atau tak, tapi, cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik...takkan 2 pun tak faham...kalau nak bercakap pasal agama, dia lebih arif berbanding aku...takkan tak tahu, MEMBAZIR ADALAH AMALAN SYAITAN....

Lepas aku tegur 2, mula la tarik muka....terus diam membisu, tak cakap dengan aku dah.....suka hati la kalau nak terasa...selama ni aku terasa dengan dia, aku tak tarik muka pun...
Then, tiba2 aku dapat sms...dia kata, mintak maaf kalau aku terasa hati masa dia tarik muka tadi...n dia cakap lagi, dia rasa sedih bila aku tegur....dia rasa macam dia budak2 yang sentiasa perlu di ajar...n dia terasa macam tak berguna...

Aku tak paham kenapa sampai ke situ pulak dia fikirkan...Dalam Islam pun, kita digalakkan saling tegur menegur sesama kita, bukan bermakna bila ditegur, kita memang manusia paling teruk....Teguran cuma untuk tujuan mengingatkan.....takkan tak tahu...pelik betul....dah la..malas aku nak tegur lagi...lepas ni, kalu bil air umah sewa melambung tinggi, jangan tanya kenapa...kalau tanya jugak, nantikan jawapan terbaik dari aku......

Mood : kecewa+sedih+keliru......=(

Friday, April 22, 2011

Balik kampung....

Dah hampir seminggu aku tak update blog nih....huhu
Bukan tak ada masa, tapi tak tahu nak tulis apa...
Banyak sangat benda yang berlaku..hehe...kononnya la....

hari ni, nak cerita sikit pasal hari minggu yang lepas....
Selalunya, hari minggu, orang lain akan balik rumah,  keluar jalan2, makan angin, or dating dengan pasangan masing2....
Aku?haaa...aku balik rumah gak...tapi, bukan dating2 or jalan2...

15hb yang lepas, aku balik rumah family aku kat perak....wah...bahagianya nak jumpa mak n ayah....dah lama tak balik.......aku naik bas dalam pukul 10mlm n sampai rumah pukul 3pagi....sepanjang 5jam perjalanan, aku tak tidur....macam biasa la....aku tengok2 sekeliling, menikmati keindahan alam di waktu malam....aku memang tak boleh tidur kalau naik bas or kereta....walau mengantuk macam mana sekalipun, aku tetap tak boleh tidur....rasa tak selesa.....

Sampai ja kat stesen bas, aku call mak aku.....5minit lepas 2, mak n ayah pun sampai....rumah aku memang dekat dengan stesen bas...kalau jalan kaki, 10minit dah boleh sampai....tapi sebab malam2 buta ni, tak berani nak jalan sorang2.....sampai rumah, aku terus tidur......bestnya dapat tidur atas katil sendiri...walaupun tilamnya tak empuk, tapi aku tetap tidur dengan nyenyak sebab dah lama rindukan katilku....huhuhu...

Pagi hari sabtu, aku bangun dengan muka yang paling bahagia....hahaha...
Tiba2....my beloved mom said : "Jom balik Perlis. Ayah ajak kemas rumah Wan Ya"
Wan Ya = arwah atok ku....
Ayah aku dah dapat transfer kerja kat negeri kelahirannya, PERLIS...dah seminggu ayah aku stay kat Perlis...mula2, nak duduk kat rumah peninggalan atok aku, tapi, malangnya rumah 2 dah tak macam rumah....dah jadi macam stor..so, ayah aku duduk kat rumah Pak Long aku....hish....sedih betul aku tengok muka ayah aku....ayah aku balik ke perak semata-mata nak ajak aku n mak ikut ke perlis, untuk kemas rumah yang dah bersepah 2....dalam pukul 4ptg hari sabtu 2, kami bertiga bertolak ke Perlis....sampai sana, pi pekena ikan bakaq Kuala Perlis dulu...heheh...memang best...=)

Malam 2, kami tidur kat rumah Pak Long, bersebelahan je dengan rumah atokku.....
Keesokkan harinya, aku n parent ku masuk ke rumah atokku.....Astaghfirullah...dah macam reban ayam...padi kat depan pintu berguni2....tayar kat ruang makan, spare-part kereta kat dapur......ni rumah ke apa ni? Macam ni ke mereka "JAGA" rumah....?? 

 Ni la bilik depan (master bedroom??)

Ruang tengah@dekat dgn toilet n pintu

dulu2, ni la tmpt saudara-mara makan ramai2...

haa...mcm2 ada.....

ni pn gmbar bilik depan....segala benda sumbat kat sini

 ni bilik belakang...sebelum dibersihkan....


Tanpa, membuang masa, kami bertiga mula mengemas rumah...aku tak tahu nak mula dari mana....so, mak pun suggest untuk kemas bilik dulu...rumah ni ada 2bilik...kemas bilik belakang dulu, n then, barang2 yang ada kat bilik depan, semua masuk ke bilik belakang....macam2 ada....pasu bunga, tilam, bantal, karpet......Lepas selesai kemas bilik, kami mula mengemas ruang tamu...kerusi rotan yang dah buruk 2, semua diletakkan kat luar rumah....barang2 yang dah rosak, "kite bakor je"......hahah...memang pembakaran 2 mencemarkan udara...tapi, nak buat macam mana lagi....2 la cara paling sesuai.... Sepupu aku tolong potong pokok kat depan rumah n bakar je ranting2 serta daun2nya.... Selesai kerja untuk 1st day...penat sungguh.....tak terkata-kata.....

ni bilik depan setelah dibersihkan

ketika mop lantai.....lantai dah musnah akibat tikar getah dibiarkan terlalu lama.....
bilik belakang, selepas di kemaskan...
semua pakaian lama, sumbat dalam kotak...hoho...

Esoknya, hari isnin, ayah aku awal2 lagi dah pergi kerja...aku n mak aku terus ke rumah atok, untuk bersihkan toilet...aiyak....teruk sungguh....pintu dah rosak...lantai dah berkarat.....operasi dimulakan dengan mencurah clorox...hoho....bersungguh2 aku berus lantai...tapi hasilnya, kurang memberansangkan...tak dapat diselamatkan lagi...lantai toilet tetap berkarat....aku terus sambung cuci tempat2 lain...setakat itu sja aku mampu buat...rumah ni dah macam apa aku pun tak tahu la....

Malam 2, aku bergerak kembali ke puncak alam dengan menaiki bas...bertolak pukul 10.30mlm n sampai kat klang sentral pukul 7pagi.....kebas kaki ku, duduk lama sangat....huhuh...

Setekat ni la penceritaan ku....dah sakit kepala....need 2 go to sleep right now....
Assalamualaikum.....=)

Friday, April 15, 2011

Video Editing is Really Interesting.....

Today, I feel like a panda, i couldn't open my eyes widely. (+__+)
I slept at 5.30a.m. and woke up at 6.45a.m. Later, i continue sleeping from 7.10a.m until 8.30am. It is really rare that i stay up all night long. Usually, i will go to bed at 12a.m or even earlier than that. But last night, i tried my best to finish my group assignment for French language.

Just like what we've done last semester, we need to write script using the language and make a short and simple movie. After discussion, we've decided that i will edit the video.  I'm really impressed with my friends as they can come up with great ideas spontaneously during shooting sessions. I laugh so much that i my abdominal muscles become fatigue. My friends act like a professionals comedian. Their act look natural, but of course, with some mistakes. It is okay to make mistakes in learning process because people always learn from mistakes. I've started editing our video from last week.

Last night would be the final touch-up. At 10.30p.m. last night, i decided to burn the video into CD, after I reviewed it about 5 times...hehe.... Unfortunately, its like taking forever to burn the movie. Always get stuck. I took a nap while waiting for this silly thing to finish. At last, I managed to burn it at 2 o'clock. As I was ready to go to bed, my housemates ask me to go to their room. They asked me about video editing. They are doing their video, for Japanese language. I'll feel bad if i refused to help, so, i agreed.

It is really unfortunate for them that their video become corrupted. They are halfway done when the problem came up. They have to start again from the beginning, like cutting and splitting videos.  They are not familiar with the software and have no experience in video editing. It took 4days for them to cut and split the videos, and everything went wrong when they want to arrange the scenes. I feel sorry for them, and as a friend, I really want to help. So, I asked them to give me a briefing about their movie, and let me do all the cutting and splitting. They just need to rearrange the video after that. I finished the "cut and split" around 4.30 a.m. It took me longer time to edit their videos because they have more scenes compared to my group's movie.

I really want to go to bed at that time, but i feel bad to leave my friend, Fika alone, as everyone else in the the group has fall asleep. So, I accompanied her until 5.30. I couldn't wait any longer when I got a severe headache. I asked her to wake me up if she need my help. I went to bed with my eyes half open....hihih.....

When i woke up, they already finished the editing but didn't convert it to movie yet and they have to go to the class. So, I told them to leave it to me. I saved the movie and burn into CD. They came back from class at 9.30a.m. and took the CD to send it to their lecturer.

Then, I went for my French language class at 10.30a.m. I walked really slow because I felt so tired and hungry. I didn't take a breakfast. I arrived at the class 10minutes late but luckily, the lecturer didn't say anything. I show the movie to my group members and then, we passed it up to the lecturer. We felt relieved when the lecturer accepted our movie. I really want to jump at that time. During previous semester, my group's movie was rejected and we need to re-do our editing. But this semester, everything went well.

Alhamdulillah..........Thank you Allah for blessing us. (^___^)



p/s : sorry if there are grammatical errors in this post. I'm learning to write in English...=)

Tuesday, April 12, 2011

Aku, Panadol dan Mata....

Hari ni, selesai test untuk subjek pharmaco. Lega dah habis test, tapi, risau dengan markah yang bakal diterima.

Kali ni, aku memang betul2 tak tahu nak jawab test. Main tembak2 sesedap rasa ja. Ini semua sebab tak sempat study topik2 yang ada. 

Bayangkan la, nak hafal macam2 jenis ubat, dengan pelbagai contoh, description serta pelbagai perkataan pelik2 yang tak pernah tengok. Mesti la ambil masa yang lama untuk study. Tapi, tak elok merungut....huhu...

Dengan masalah kepala yang kerap pening2 bila study lebih dari sejam, aku tak dapat nak stay-up macam orang lain. Terpaksa akur dengan tuntutan kepala untuk berehat apabila "alarm" sudah di"activate"kan. Kalau aku teruskan study bila kepala dah sakit, aku akan dapat second "alarm" iaitu, photophobia a.k.a. sensitif kepada cahaya. Bila 2nd alarm dah berbunyi, memang tak dapat buat apa2 selain telan panadol dan tidur.

Kadang2 aku risau dengan masalah kesihatan sendiri. Asyik2 sakit kepala. Migraine ke ni? Aku malas sikit kalau bab2 jumpa doktor ni. Sebab selalunya bila aku jumpa doktor, dia akan bagi panadol, tanpa apa2 penerangan tentang sakit aku ni. Kalau setakat panadol, aku boleh beli sendiri la. Buang masa ja tunggu kat hospital 3jam. Aku jumpa doktor sebab nak tahu kenapa kerap sakit kepala, bukannya nak minta panadol free. Doktor zaman sekarang memang macam ni agaknya. Dia tahu nak prescribe ubat ja. Tak reti2 nak explain kat patients. Menyampah aku jumpa doktor. BUANG MASA..!!

Sekarang ni, aku masih meneruskan terapi mata yang dh masuk setahun ni. Agak lama aku menjalani terapi, sampai aku dah tahu setiap procedure dan ramai student final year optometry dah kenal aku. Even lecturer opto pun dah hafal nama aku....haha...nampak sangat mata aku memang teruk. 

Sejak kali pertama aku buat test mata lagi aku dah dikategorikan sebagai "special case". Semua final year student opto terpaksa bertungkus-lumus study pasal treatment untuk penyakit yang jarang ditemui ni. Lecturer mereka pun kata penyakit aku ni "rare". Susah sangat nak jumpa. Padahal sebelum ni aku rasa mata aku normal ja, selain sedikit rabun. Rupa-rupanya, mata aku ada masalah silau yang severe, serta ada masalah lateral deviation and horizontal deviation.

Lateral deviation ni memang jarang dijumpai. Kalau ada pun, semua tidak mendapatkan rawatan yang proper. So, aku rasa special sikit, walaupun ada masalah yang teruk ni. Walaupun keadaan mata aku ni bermasalah, tapi, at least aku dapat membantu orang lain untuk betul2 memahami tentang penyakit ini. Kadang2 aku rasa macam dijadikan bahan ujikaji. Tapi, aku tak kisah pun. Aku still dapat benefit dari "ujikaji" mereka.

Setakat ini saja bebelan ku. Masa untuk menyiapkan assignment. Sekian, Assalamualaikum....=)

Monday, April 11, 2011

Blog Walking....

today, i'm going to talk about my blog walking experience....
kecek omputih plak...hehehehe...

At first, I didn't know the meaning of blog walking. When i found out the meaning, actually, i already done it long ago. I don't care what ever people are calling it. What I know is, I love to read when bloggers are writing about their life experiences. Sometimes, I keep reading lots of blogs for the whole day without feeling bored. But at the end of the day, I'll get headache...haha... That's me. Always get headache.

I don't remember which blog is the first that I follow. But now, i got so many blogs to read. They are all about life experiences and knowledge that i will never learn in school or university.

I might not be a consistent blogger, because I have lots of more important things to do. But, I still enjoy writing in my blog. I know, not many people will read my blog because its not interesting at all. Yeah...its kind of boring. What can I do, I'm just a boring girl living in a boring environment with boring daily activities, repeated everyday. So, here are my boring life events. Anyone can read my boring thoughts right here. Na-ah. My life isn't that boring though. Its just that I don't know how to express my feelings in my writing.


I don't know why I am writing this post with this boring topic, which is not really suites the title. Like what i've said before, I don't care.......hehehehehe...=)

Sunday, April 10, 2011

Maddi Jane - Jar of Hearts Cover (by Christina Perri)



I've been watching this girl's videos lately...http://www.youtube.com/user/maddijanemusic
what a nice voice she had....this song is so amazing and i think the cover version is better than the original...maybe because i listened to the cover version first, before the original one....who ever singing this song, for sure will get my attention because i really love the song...it suites my feeling right now....


"who do you think you are?
running around leaving scars
collecting your jar of heart
and tearing love apart
you're gonna catch a cold
from the ice inside your soul
so, don't come back for me
who do you think you are?"

Saturday, April 9, 2011

Sadness is Painful

I don't know what to do....



I feel like having a deep cut in my heart..
Its like a bleeding deep inside.....
Worsen day by day...
Deeper night by night....

I don't want to cry anymore...
I need to live my life as before...
I must gain my happiness...
I want my smiles to be the sweetest...

Why would you enter my life...
If you don't care whether I'll survive...
Why did you came closed to me...
If you don't bother if I fall in my journey...

Friends are fun, full of joy
Loves are sweet, full of cares
Sadness are dull, full of pain
I'm a girl, full of feelings...

love, care and joy...I would prefer....
tears, sadness and pain....please don't interfere...


 wahai hati....tenanglah dikau........

Tuesday, April 5, 2011

sahabat sejati......

Apakah erti sahabat sejati?
Apakah erti persahabatan?

Selalunya, kita akan sebut si A atau si B sebagai bestfriend kita. Tahukah kita erti sebenar "bestfriend"??
Apakah yang telah kita lakukan kepada sahabat kita, sehingga kita layak menggelarkan diri sendiri sebagai "bestfriend" orang itu?

Manusia sekarang begitu mudah mengeluarkan kata-kata manis ketika dalam kesenangan. Namun, ketika dalam kesusahan, adakah kita akan tetap teguh dengan janji-janji manis itu? Ataupun, kita akan mengubah pendirian, mengikut kepentingan diri?

Ketika senang, segala perkara dilakukan bersama. Pergi ke kelas, kafe, shopping, dan segala jenis aktiviti akan dilakukan bersama "sahabat".

Ketika susah, sesetengah orang akan mula berubah. Ada yang bertelingkah, menegakkan pendirian masing-masing demi kesenangan diri sendiri. Lebih sanggup meninggalkan sahabat, daripada diri sendiri mendapat kesusahan. Biarkan sahabat terkapai-kapai bersendirian.

Beginikah sikap kita yang kita sendiri gelarkan sebagai sahabat sejati? Tak sanggup berkorban untuk sahabat. Layakkah kita mendapat sahabat sedangkan kita lebih mementingkan diri sendiri? Padahal, kita disarankan oleh agama, untuk menyayangi orang lain, seperti kita menyayangi diri sendiri.

Malulah kita menggelarkan diri sebagai SAHABAT jika perbuatan kita tidak menggambarkan sebagai seorang sahabat.

"Selama ini, ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini. Namun sehingga kini, belum ku temui insan yang sudi memberi sokongan, pengorbanan, dan pengertian......."
"Pilu hati ini, mengenangkan sahabat yang tidak mengerti. Ku amat menyayangi mereka kerana Allah, namun mereka menganggap persahabatan hanya mainan di dunia....."